Monday 23 July 2018

SIMPTOM-SIMPTOM HFMD DAN CARA UNTUK MENCEGAHNYA

SIMPTOM-SIMPTOM HFMD DAN CARA UNTUK MENCEGAHNYA

Wabak berkala iaitu HFMD sedang menular di negara kita Malaysia. Bimbang juga ni takut anak-anak terkena HFMD.

Sebelum ni ada juga Mikael demam, ada lepuh dalam mulut dia, saya syak HFMD, bila dua tiga hari lepas tu takde dah. Mujur bukan. Alhamdulillah.

Nak bawak anak-anak keluar pun risau sekarang ni. Kanak-kanak memang mudah sangat terkena virus macam ni. Imuniti badan mereka low, mudah la kena jangkitan apa-apa.

Mari saya perjelaskan apa itu HFMD, simptom-simptom dan cara untuk mencegahnya.

Apa Itu HFMD?

HFMD adalah singkatan kepada penyakit tangan, kuku dan mulut yang disebabkan oleh virus Coxsacki. Iainya sering menyerang kanak-kanak yang berumur 10 tahun kebawah.

Setakat 18 Julai 2018, kes HFMD di Malaysia telah mencatat jumlah sebanyak hampir 40 ribu kes iaitu diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Paling tinggi adalah di Selangor iaitu sebanyak 9981 kes


Jika anda dapati terdapat simptom-simptom ini, segera bawa anak anda berjumpa doktor untuk mengesahkannya dan dapatkan nasihat doktor.

Simptom-simptom HFMD

Antara simptom-simptom yang boleh kita lihat adalah seperti berikut :

• Deman
• Sakit Tekak
• Bengkak pada lidah, gusi atau di dalam pipi
• Blister
• Ruam merah
• Gatal-gatal kulit
• Hilang selera makan



Bagaimana HFMD Merebak?

Virus HFMD amat mudah untuk merebak dari seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain. Virus HFMD ini boleh menular melalui sentuhan secara langsung melalui cecair hidung, air liur, air lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Jika anda mendapati anak anda bersentuhan dengan kanak-kanak lain yang dijangkiti HFMD, seeloknya anda kuarantin anak anda selama 3 hingga 7 hari sebelum simptom keluar.

Bagaimana Untuk Mencegah HFMD Sebelum Terkena?

Ada beberapa cara yang dapat kita lakukan untuk mencegah dari dijangkiti daripada kanak-kanak lain. Antaranya ialah:



Cara saya untuk mencegah dari jangkitan penyakit adalah dengan mandikan anak-anak dengan Basic H. Setiap hari saya bilas mereka dengan pencuci tu. Kadang-kadang saya rendam sekejap mereka dalam baldi atau besen dan biar mereka main buih. Tujuannya supaya ia meresap masuk kedalam tubuh.

Tak risau sebab basic H ni organic. Saya guna untuk bunuh kuman-kuman pada badan mereka.

Lepas mandi, saya akan sapu pulak dengan krim Herbal Blend. Tempat-tempat yang ada merah-merah tu saya sapu saja. Supaya mereka tak de nak garu-garu lagi sebab herbal blend ni bila kita sapu dia akan rasa sejuk.

Kalau ada yang nak cuba boleh contact saya. Tekan saja ini 0129388321

Semoga entri kalini bermanfaat untuk anda semua insyaAllah.


Fb : Nurul Asmarehan Alias
Fb Page : By Asmarehan Alias
Continue Reading