Monday 16 April 2018

KEBAIKAN SET MENYUSU SHAKLEE DAN TESTIMONI

KEBAIKAN SET MENYUSU SHAKLEE DAN TESTIMONI



Anda sedang mencari set menyusu yang terbaik? Dan kebanyakkan ibu kini memilih set menyusu Shaklee sebagai supplemen untuk ibu amalkan sepanjang tempoh penyusuan. Set menyusu shaklee boleh dikategorikan sebagai set paling popular sekali di kalangan ibu-ibu selepas melahirkan anak. Set menyusu shaklee ada hubungkaitnya dengan Set Berpantang Shaklee.

Tujuan Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Menyusu

Set menyusu shaklee adalah bertujuan untuk membantu melengkapkan  nutrisi yang tidak cukup. Selama 9 bulan kita mengandung dan terlalu banyak nutrisi dari badan kita hilang akibat diserap oleh bayi semasa dalam kandungan untuk membantu perkembangan bayi.

Jadi, untuk mengelakkan ibu terus hilang nutrisi apabila beralih kepada fasa penyusuan pula selepas berpantang, ibu menyusu perlu menambah semula nutrisi badan supaya ibu sentiasa kekal cergas dan bertenaga. Kekurangan  nutrisi selepas bersalin menyebabkan ibu mudah mengalami sakit pinggang, sakit belakang, lenguh-lenguh badan, kerap demam atau muka pucat.

Untuk kesan jangka panjang pula, ibu mula akan mengalami kerapuhan tulang (osteporosis), gigi rapuh, sakit sendi, jalan bongkok dan sebagainya. Mungki pada peringkat awal ibu akan fikir nutrisi tambahan tidak penting. Namun, apabila usia semakin meningkat, satu persatu masalah akan muncul, ibu-ibu agak terlambat untuk mengembalikan kecergasanwalaupun cuba untuk mengambil nutrisi tambahan pada ketika itu.

Sebab itu lah perlu ada kesedaran tentang nutrisi tambahan pada peringkat awal lagi

Kebaikan Set Menyusu Shaklee

1. Vitalea Iron Formula

Ia adalah multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan.
Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

2. B Complex With Folic Acid
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia.
Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

3. Vita C SR Plus
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan.
Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran. sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan…dan kulit lebih cantikkk.

4. Alfalfa Complex
Alfalfa adalah milkbooster yang baik. Ia membantu memekatkan susuibu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Alfalfa turut membantu perkumuhan menjadi lebih lawas dan membantu ibu membuang angin dari dalam badan. Kesannya, anak juga susah hendak kena kembung.

5. Ostematrix
Antara kelebihan ostematrix adalah atasi sembelit, bagi tenaga dan mudah bangun dari tidur kekalkan tekanan darah normal, bantu kita rasa  segar, elakkan kemurungan, mengatasi masalah water’retention’, elakkan kekejangan dan masalah tulang belakang.
Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.
Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali.
Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

6. Energizing Soy Protein (ESP)
ESP berikan tenaga berpanjangan kepada tubuh…selain itu, tubuh kita terdiri dari sel. Protein pula makanan sel. tubuh yg tidak sihat..kerana selnya tidak sihat…protein ESP bantu baiki dan ganti sel2 yg tidak sihat dengan sel2 yg sihat dan baru.
Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Testimoni





Jom Dapatkan Set Menyusu Shaklee Sekarang

Jika anda ada sebarang soalan berkaitan set menyusu Shaklee boleh terus wasap saya. Untuk order juga sila terus ke nombor wasap saya. Konsultasi percuma khas untuk anda semua.
Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Nurul Asmarehan Alias
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0129388321
Shaklee ID : 1238240
FB Page : By Asmarehan Alias
Continue Reading

KELEBIHAN SET MENGANDUNG SHAKLEE DAN TESTIMONI

KELEBIHAN SET MENGANDUNG SHAKLEE DAN TESTIMONI

Ramai yang sedia maklum bahawa vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Kalau dah namanya semulajadi, pastinya tiada campuran bahan kimia dan selamat digunakan oleh ibu hamil dan juga bayi di dalam kandungan. Selain itu Penggunaan konsisten membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang diamalkan oleh ibu hamil.

Antara vitamin yang ada dalam Set Mengandung Shaklee adalah:

1. Vitalea

Vitalea adalah multivitmin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari.

2. B Complex With Folic Acid

Mencegah penyakit deabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress

3. Vita C Plus

Membantu menguatkan sistem imun badan ibu hamil. Ibu hamil perlu jaga kesihatan serta mencegah diri dari dijangkiti penyakit. Jka ibu hamil jatuh sakit, ia amat sukar untuk dapatkan ubat yang bersesuaian ketika hamil. Selain itu, ianya membantu dalam pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen. Kebaikan set mengandung Shaklee juga membantu ibu kekal cantik ketika hamil

4. Ostematrix

Membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix ini ialah bekalan kaslium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami msalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.

5. ESP (Energizing Soy Protein)

Membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.

6. Omega Guard

Penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang menaglami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.



Testimoni Set Mengandung Shaklee





Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Nurul Asmarehan Alias
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0129388321
Shaklee ID : 1238240
FB Page : By Asmarehan Alias
Continue Reading

BAHAYA IBU HAMIL TIDAK CUKUP NUTRISI

BAHAYA IBU HAMIL TIDAK CUKUP NUTRISI



Nutrisi yang mencukupi untuk ibu hamil sangat penting untuk ibu hamil supaya dapat menentukan adakah seorang wanita dapat menjalani dapat melalui tempoh kehamilan yang baik atau tidak. Jika ibu hamil tidak cukup nutrisi, ia akan menyebabkan banyak komplikasi yang boleh terjadi ketika hamil, bukan saja pada diri ibu hamil tetapi juga memberi kesan kepada kandungan.

Keadaan Kritikal Di Pejabat

Saya juga mengalami masalah ini iaitu sukar untuk mendapatkan nutrisi yang cukup ketika hamil. Saya makan secara alar kadar sahaja. Mana yang sempat saya makan saja. Kalau tak sempat saya tak makan atau makan sedikit. Kadang kala saya suka makan ikut nafsu sendiri yang semestinya makanan tersebut tidak bagus untuk seorang ibu hamil seperti KFC, burger, McDonals dan sebagainya.

Disebabkan oleh saya tidak mengambil endah berkaitan pemakanan semasa mengandung, saya dapati diri ini sangat mudah letih. Di tempat kerja saya selalu makan nasi yang banyak setiap kali waktu rehat pukul 10 pagi. Korang bayangkan pagi-pagi dah makan nasi. Terukkan. Dah la masa tu saya fikir saya perlu makan untuk dua orang. Sebenarnya perkara tersebut sangat salah. Ia lagi menyebabkan saya rasa lemah, letih dan selalu rasa mengantuk. Sukar untuk fokus dalam kerja harian. Kritikal sangat rasa.

Balik dari kerja saya terus tidur sebab letih yang amat.

Sampai la saya mula mencari punca kenapa saya selalu letih, lesu, tidak bermaya dan mengantuk setiap hari. Rupa-rupanya adalah kerana faktor pemakanan yang tidak seimbang. Keperluan protein, kalsium, vitamin, zat besi, mineral yang sangat diperlukan oleh ibu hamil tidak mencukupi. Makin membesar perut makin saya rasa letih melampau. Saya mula fikir keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Saya bimbang tentang kesihatan diri dan juga bayi dalam kandungan.

Mula Cari Jalan Penyelesaian

Mulalah saya cari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Kawan pejabat saya jual Shaklee. Dia pelawa saya untuk cuba set mengandung Shaklee. Saya tak tahu pasal Shaklee pun masa tu. Saya terus buat carian google. Saya baca semua nya dan saya agak yakin lah dengan shaklee. Saya terus order dengan kawan sepejabat tersebut



Dalam set mengandung Shaklee ada ESP, Vita C Plus, Ostematrix, Omega, Vitalea dan B complex. Saya pun mula amalkan supplemen tersebut. Yang saya tak sangkanya pukul 10 pagi saya tak makan nasi pun! Sebab saya masih kenyang lagi bila bersarapan dengan ESP. Disebabkan oleh saya tak makan nasi, saya jadi tak mengantuk, kurang letih, dan saya sendiri rasa lebih cergas. Best sangat!!

Paling best kulit pun berseri. Orang kata ibu hamil ni kurang berseri wajahnya sebab bayi dalam kandungan ambil seri ibu. Hihihi... Salah sama sekali. Wajah kurang seri akibat daripada pemakanan ibu sendiri. Bila sa ambil supplemen ni saya sedar ia sangat membantu melengkapkan nutrisi harian saya sebagai ibu mengandung. Bukan bagus untuk ibu sahaja malah untuk bayi dalam kandungan juga. Tumbesaran bayi lebih baik dan sempurna.

Saya sangat syorkan pada anda diluar sana yang mengalami masalah selalu letih, menagntuk, tak bermaya, rasa malas nak buat kerja untuk cuba set mengandung Shaklee ni. InsyaAllah sangat membantu anda mengatasi masalah tersebut. Untuk order atau sebarang pertanyaan terus wasap saya. Konsultasi percuma untuk anda semua.

Asma
0129388321

FB Page : By Asmarehan Alias
Continue Reading

ATASI MASALAH SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

ATASI MASALAH SAKIT GIGI KETIKA HAMIL



Pernah tak anda hadapi masalah sakit gigi ketika sedang hamil? Sakit gigi ketika memang sangat menyakitkan! Sakit gigi sering terjadi kepada ibu hamil akibat perubahan hormon dan boleh bertambah buruk akibat simptom kehamilan yang mempengaruhi kesihatan mulut seperti morning sickness. Sakit gigi ketika hamil sering berlaku apabila kandungan mencapai usia trimester kedua.

Faktor Sakit Gigi Ketika Hamil

1. Perubahan Hormon -  Hormon berubah semasa mengandung. Perubahan hormon berkemungkinan menyebabkan radang gusi. Ia menyebabkan gusi bengkak dan ketika memberus gigi terdapat darah yang keluar. Namun, ibu-ibu perlu menggosok sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana perubahan hormon akan menyebabkan sistem imunisasi badan berkurang. Sekiranya imun badan ibu rendah, nakteria boleh menyerang dan mengakibatkan sakit gigi dan gusi.

2. Muntah - Ibu hamil sering muntah ketika awal kehamilan akibat perubahan hormon.. Ketika muntah, asid perut akan keluar. Anda perlu berkumur sehingga bersih selepas muntah kerana asid perut yang tinggi boleh merosakkan enamel gigi dan boleh menyebabkan gigi berlubang

3. Kekurangan Kalsium - Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan sakit gigi. kalsium ibu semakin berkurang ketika hamil kerana tumbesaran bayi di dalam kandungan telah menyerap sumber kalsium di dalam badan ibu. Apabila kalsium berkurang, sakit gigi boleh berlaku.

Pengalaman Sendiri

Pengalaman mengandung anak pertama saya mengalami sakit gigi yang amat teruk. Sangat teruk sehinggakan kepala sering menjadi pening. Apabila malam, mula lah sakit gigi datang menyerang sampai tak boleh nak tidur langsung. Kadang-kadang tak tidur sampai pagi akibat dari menahan sakit gigi.

Teruk sangat rasa sakit!!

kadang-kadang sampai terganggu emosi akibat menahan sakit yang amat sangat. Saya ingat lagi masa tu usia kandungan baru 3 bulan tetapi dan sakit gigi melampau. Gigi memang berlubang teruk, cepat sangat berlubang. Saya pergi klinik untuk cabut gigi sebab dah tak tahan sangat. 

Masuk dalam bilik doktor saya cakap "saya nak cabut gigi dan saya sedang mengandung" sambil hulur buku rekod kesihatan mengandung.

Doktor tanya berapa usia kandungan. Saya bagitau la 3 bulan, Doktor tak benarkan cabut gigi lagi sebab baru di trimester pertama. Saya pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat kecewa kerana saya tahu sakit gigi mesti akan kembali menyerang bila-bila masa sahaja. Setiap kali lepas makan mesti akan sakit gigi. Wajib!

4 bulan mengandung, saya pergi ke klinik lagi untuk cabut gigi. Ramai kawan-kawan bagitahu tak boleh cabut gigi ketika mengandung kerana ia berkaitan dengan sarat dan mungkin akan menyebabkan gangguan pertumbuhan bayi dalam kandungan

Saya jadi buntu. Gigi sakit yang amat dan pada masa yang sama saya risaukan kandungan. Stress juga jadinya. Saya terus dapatkan nasihat dari doktor gigi tersebut. Dan mujur alhamdulillah doktor cakap saya dah boleh cabut gigi sebab masa tu usia kandungan dah cecah 4 bulan iaitu pada trimester kedua.

Terus cabut sebatang gigi. Lega!

Sepanjang mengandung anak pertama saya langsung abaikan pengambilan makanan sihat terutama kalsium yang sangat diperlukan untuk gigi yang kuat dan sihat. Saya tak minum susu pun masa mengandung. Rasa kurang berilmu sangat.

Itu lah pengalaman ngeri yang saya pernah alami sewaktu mengandung anak pertama tahun 2014 dulu.

Hamil Anak ke Dua Lebih Bersedia

Tahun 2015 saya hamil lagi alhamdulillah rezeki Allah. Saya belajar daripada pengalaman. Saya tak mahu dah masalah sakit gigi melampau menghantui saya lagi untuk kali kedua ini. Jadi sebaik sahaja saya disahkan hamil, terus saya cari ikhtiar untuk ambil kalsium yang cukup setiap hari. Ibu hamil perluakn 1000-1200mg kalsium setiap hari.

Saya tahu daripada pemakanan harian sangat tidak mencukupi. Saya makan ala kadar dan tak ikut pemakanan yang betul pun. Jadi saya nekad untuk tambah nutrisi dengan supplemen. Saya ambil Ostematrix sebagai bekalan kalsium setiap hari. Saya consume ostematrix sampai akhir mengandung dan sambung sehingga menyusu sekarang ini.



Sebelum tidur saya mewajibkan diri untuk telan 4 biji ostematrix sekaligus. Sepanjang tempoh kehamilan, saya tiada lagi masalah sakit gigi. Gembira sangat rasa sebab saya tak perlu nak rasa stress lagi dan rasa pening kepala akibat tahan sakit. Saya dapat menikmati masa mengandung dengan lebih bahagia.

Selain ostematrix, saya juga ambil ESP dan juga Vita C Shaklee untuk menampung keperluan protein dan vitamin C. ESP untuk beri saya tenaga sepanjang hari dan vitamin c untuk lindung badan saya dari rasa nak demam sebab vita C Shaklee kaya dengan atioksidan yang tinggi untuk meningkatkan imuniti badan kita.

Saya memang sangat-sangat syorkan set mengandung Shaklee untuk ibu-ibu hami diluar sana yang ada apa-apa masalah ketika hamil mahupun yang tiada masalah kerana supplemen sebagai penambah dan pelengkap nutrisi makanan harian kita.

Bagi anda yang ingin dapatkan set mengandung shaklee boleh lah wasap saya. Konsultasi percuma hanya untuk anda.

Bulan ni promosi ESP tau. Jom dapatkan harga murah ini segera




Asma
0129388321

FB Page : By Asmarehan Alias

Continue Reading

TIPS BERPUASA BAGI IBU HAMIL

TIPS BERPUASA BAGI IBU HAMIL



Apakah hukum bagi wanita hamil yang ingin berpuasa di bulan Ramadhan? Hukumnya masih lagi wajib jika keadaan ibu sihat, kuat dan mampu serta tidak ada penyakit lain yang menyebabkan mereka perlu berbuka puasa untuk makan ubat.

Hukum Puasa Bagi Ibu Hamil

Terdapat dua hukum puasa bagi ibu yang sedang mengandung.

Pertama
Wanita hamil yang mengalami masalah kesihatan semasa mengandung dan risau ianya akan memberi kesan kepada keselamatan diri dan bayi dalam kandungan. Seperti contoh, alahan yang teruk, kencing manis semasa mengandung, darah tinggi, anemis (kurang darah merah), sakit jantung, athma, mengandung anak kembar dan sebagainya.

⇒ Hukumnya adalah : Wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa membayar fidyah

Kedua
Wanita hamil yang sihat tetapi risau akan keselamatan bayi dalam kandungan

⇒ Hukumnya adalah : Wajib menggantikan puasanya yang ditinggalkan dan wajib membayar fidyah.

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil

1. Sewaktu Sahur

Ketika sahur, seeloknya pilih lah makanan yang mengandungi protein  dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua-dua jenis nutrisi ini dapat bertahan lebih lama kerana proses pencernaannya perlahan menyebabkan ibu hamil akan berasa lambat lapar pada siang hari. Antara makanan yang mempunyai protein untuk ibu hamil adalah daging. Daging adalah sumber makanan yang mengandungi kalori dan protein yang sangat tinggi dimana ia mampu disimpan dalam tubuh waktu yang cukup lama

Makanan yang kaya dengan vitamin C juga baik untuk diamalkan ketika sahur. Elakkan dari ambil makanan manis ketika sahur supaya tubuh badan tidak cepat berasa lapar disebabkan oleh gula masuk kedalam darah secara drastik.

Sebaiknya, minum air putih sebanyak mungkin sehingga waktu sahur hampir tamat

2. Ketika Sedang Berpuasa

Betulkan niat anda sebelum menjalani ibadah puasa dan ikhlas melakukannya agar hari-hari puasa anda lebih tenang dan ceria tanpa sebarang masalah walaupun sedang mengandung

Banyakkan berehat dan kurangkan aktiviti yang menggunakan tenaga lebih. Jangan kusutkan fikiran juga dengan pelbagai masalah. hadapinya dengan tenang supaya dapat mengelakkan tekanan

3. Ketika Berbuka

Segerakan waktu berbuka puasa dan diawali denfan minuman yang suam dan manis sedikit untuk meningkatkan kadar gula dalam darah. Namun, ibu hamil juga harus tetap menghadkan minuman dan makanan manis. Elakkan minuman sejuk berais.

Kemudian boleh ibu hamil mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat simpleks seperti kurma. Seterusnya bolehlah mengambil makanan tetapi dengan jumlah yang sederhana sahaja. Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa kerana bimbang anda akan berasa lemah. Makan secukupnya sahaja. Lepas solat terawih boleh sambung makan lagi walau hanya sedikit.

Segera Batalkan Puasa Jika Ibu Hamil Mengalami

✔️ Muntah-muntah lebih dari 3 kali kerana bimbang anda akan terhidrasi
✔️ Mengalami cirit-birit diikuti rasa memulas
✔️ Pening kepala atau rasa nak pitam

Ibu hamil yang menjalani ibadah puasa tidak perlu bimbang kalau-kalau bayi dalam kandungannya kelaparan. Ini kerana jika bayi dalm kandungan ibu lapar, secara automatiknya akan mengambil gizi dari tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui plasenta. 

Proses nutrisi yang optimum sebenarnya bermula sejak seseorang ibu itu berada di zaman kanak-kanak lagi. Seseorang yang mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sejak dari awal, akan mempunyai status pemakanan yang amat bagus dan mempunyai bekalan yang cukup sehingga ke awal kandungan

Dengan meneruskan tabiat ini, mereka bukan sahaja dapat mengelakkan kekurangan nutrien, malah mereka juga akan memastikan anak di dalam kandungannya sentiasa sihat.
Continue Reading

Sunday 15 April 2018

5 KEPENTINGAN SUSU UNTUK IBU HAMIL

5 KEPENTINGAN SUSU UNTUK IBU HAMIL



Susu boleh dikatakan minuman yang wajib diambil oleh ibu hamil untuk melengkapi pengambilan makanan harian mereka. Hal ini kerana ibu hamil memerlukan 72mg susu berkualiti sehari bagi memenuhi keperluan protein. Namun terdapat segelintir dari mereka yang tidak gemarkan susu. disebabkan loya muntah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, mereka tetap perlu ambil sumber protein lain iaitu produk tenusu seperti keju, yourt dan soya atau boleh ambil protein dari haiwan.

5 Kepentingan Susu Untuk Ibu Hamil

1. Sumber Kalsium Yang Penting

Seorang ibu hamil memerlukan antara 1000-1200mg protein setiap hari berbanding wanita biasa. Semasa hami, keperluan nutrien semakin meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Makan, 3 cawan susu dapat membantu anda untuk memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika mengandung. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga penting dalam membantu melancarkan ransangan pada saraf dan otot janin.

2. Mengurangkan masalah Kehamilan

Ibu hamil biasanya cenderung untuk mengalami masalah seperti pedih ulu hati dan jug gastrik. Memandangkan susu adalah sejenis antasid, ia dapat berperanan melegakan masalah tersebut.

3. Mencegah Risiko Bayi Kurang Berat

Tahukah anda, vitamin D juga penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat? Ya, selain kalsium, susu untuk ibu hamil juga mengandungi vitamin D. Terdapat sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2011, ia menemukan bahawa pengambilan produk tenusu dengan vitamin D selama kehamilan membantu mengurangkan risiko multiple sclerosis, iaitu sejenis komplikasi saraf pada bayi.

4. Menggalakkan Perkembangan Janin

Susu juga mempunyai protein yang sangat penting untuk keperluan ibu hamil. Fungsi nya adalah untuk pembentukan rahim, darah dan tisu bayi. Selain itu, susu juga mengandungi zat yang penting seperti folat dan DHA yang berperanan dalam pembentukan sarat serta otak janin.

5. Manfaat Jangka Masa Panjang Untuk Anak

Ibu hamil yang minum susu seawal kehamilan bukan untuk perkembangan bayi semasa dalam kandungan sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada perkembangan anak yang bakal dilahirkan nanti, iaitu dalam jangka masa panjang. Saintis mendapati bahawa wanita hamil yang minum sekurang-kurangnya 150ml susu setiap hari berpotensi mendapat anak yang lebih tinggi dan cepat berkembang berbanding mereka yang kurang minum susu semasa hamil. Ada juga yang mengatakan bahawa anak-anak ini memiliki tahap insulin yang lebih tinggi dalam darah, lalu mengurangkan risiko diabetes type 2

Kandungan Nutrisi Dalam Susu Khas Untuk Ibu Hamil

✔️ Kalori
✔️ Protein
✔️ Kalsium
✔️ Zat Besi
✔️ Asid Folat
✔️ AHA/DHA
✔️ Zink
✔️ Vitamin A
✔️ Vitamin B1
✔️ Vitamin B2
✔️ Niacin
✔️ Vitamin B12
✔️ Vitamin C
✔️ Fosfur
✔️ Sodium

Sebagai kesimpulannya, susu adalah antara tambahan terbaik bagi setiap ibu hamil. Minum susu selain sihat, ia juga praktikal kerana menjadi 5 elemen yang menyempurnakan kekurangan nutrisi makanan. Susu menjadi pelengkap keperluan nutrisi ibu hamil kerana kandungan nutrisinya yang banyak. Minum susu juga menjamin  pengambilan zat-zat penting yang diperlukan untuk perkembangan janin teruatama jika pengambilan gizi daripada makanan yang bermenu tidak bervariasi dan seimbang atau tidak diserap dengan baik
Continue Reading

7 SENAMAN TERBAIK IBU MENGANDUNG

7 SENAMAN TERBAIK IBU MENGANDUNG



Sangat penting bagi ibu mengandung untuk bersenam walaupun 30 minit sahaja untuk setiap hari supaya ibu sentiasa berkeadaan cergas dan sihat. Walaubagaimana pun senama ibu mengandung tidaklah seperti golongan yang tidak mengandung. Ibu hamil mempunyai jenis senaman yang khas untuk mereka. Dalam entri kalini yang saya nak kongsikan iaitu 7 senaman terbaik untuk ibu mengandung.

Kebaikan Ibu Mengandung Kerap Bersenam

⇒ Membantu anda membawa berat yang nda tambah semasa mengandung
⇒ Mempersiap sedia diri anda untuk cabaran fizikal untuk proses kelahiran
⇒ Memperbaiki mood dan memberi anda tenaga
⇒ Membantu anda tidur dengan lebih baik
⇒ Membuatkan anda lebih mudah kembali ke bentuk asal selepas bersalin
⇒ Memberi peluang kepada anda untuk berjumpa dengan bakal-bakal ibu yang lain sekiranya ada mengikuti kelas senaman.

Jadi saya teruskan kepada jenis senaman yang terbaik khas untuk ibu mengandung. Senaman berikut adalah jenis senaman yang selamat untuk anda yang bakal bergelar ibu. Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko berbahaya seperti tergelincir, terjatuh seperti gimnastik, bermain sepatu roda, menunggang kuda atau berain ski.

7 Senaman Terbaik Ibu Mengandung

1. Berjalan

Berjalan adalah satu senaman untuk jantung. Ia adalah senaman yang sangat selamat untuk ibu mengandung tanpa mencederakan lutut dan buku lali. Berjalanlah dalam 30 minit sehari dan lima kali seminggu. Anda boleh cuba berjalan pusing di taman kawasan perumahan anda atau di ruang legar pejabat semasa waktu makan tengah hari

2. Naik Tangga

Senama ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih lagi belum kukuh dan kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

3. Berenang

Berenang adalah satu senaman yang selamat untuk ibu mengandung dan ia amat disarankan kerana ianya memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa bebas. Kawalan pernafasan ketika berenang akan membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada dalam air. Tekanan air akan membuatkan otot anda lebih sedikit daripada biasa.

4. Kerja Rumah

Ibu mengandung digalakkan untuk membuat kerja-kerja rumah yang ringan. Ibu mengandung yang di awal kehamilan, kerja-kerja seperti menyapu lantai dan menyidai pakaian tidak menjadi masalah. Elakkan dari mengemop lantai, mencuci bilik mandi dan mengangkat barang yang berat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungan.

5. Senaman Lantai Pelviks

Jika anda mudah terkucil sedikit ketika batuk atau bersin, anda mungkin mempunyai otot lantai pelvik yang agak lemak\h. Buatlah senaman lantai pelvik setiap hari untuk menguat otot lantai pelvik. Senaman ini bukan sahaja untuk ibu hamil tetapi juga sesuai untuk semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak.

6. Yoga



Yoga untuk kehamilan membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksible dan memperbaiki postur anda. ia lebih lembut pada sendi berbanding jenis senaman yang lebih keras. Walaubagaimanapun, anda mungki perlu juga membuat beberapa aktiviti aerobik seperti berjalan kaki beberapa kali seminggu untukmembolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik.

7. Bertinggung

Apa itu bertinggung? Bertinggung adalah seakan mencangkung, tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakala mencangkung ditahan oleh tapak kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

Bersenama sememangnya aktiviti yang sangat baik untuk ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungannya. Namun begitu, anda perlu merujuk kepada pakar terlebih dahulu sekiranya  ada komplikasi yang boleh menghalang anda untuk bersenam sepanjang tempoh kehamilan. Pakailah pakaian yang sesuai semasa bersenam. Bersenamlah mengikut kemampuan dan jangan sesekali memaksa diri walaupun tidak mampu atau mempunyai masalah kesihatan yang lain. Jangan lupa untuk minum banyak air supaya badan sentiasa bertenaga.
Continue Reading

8 TIPS ATASI KELETIHAN MELAMPAU IBU HAMIL DAN KEMBALI CERGAS!

7 TIPS ATASI KELETIHAN MELAMPAU IBU HAMIL DAN KEMBALI CERGAS!



Mengandung itu sendiri sebenarnya meletihkan bagi ibu mengandung. Namun ada tips untuk ibu hamil nampak ceria dan cergas sepanjang tempoh mengandung tanpa rasa keletihan. Biasanya ibu hamil sering mengalami keletihan dan juga selalu mengantuk pada awal kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan simptom muntah-muntah yang dialaminya. Keletihan ini akan berkurang apabila masuk trimester kedua fasa mengandung tetapi ia mungkin akan merasa keletihan semula apabila masuk trimester ketiga.

Hal ini kerana apabila perut semakin membesar, ibu hamil akan lebih sukar untuk mendapat tidur a\yang selesa apatah lagi lena sepanjang malam serta sering ke tandas. Perubahan tubuh badan ibu hamil menjadi punca yang menyebabkan seseorang wanita sentiasa letih dan mengantuk terutama pada siang hari.

Untuk mengatasi masalah letih dan mengantuk di kalangan ibu hamil, saya akan kongsikan kepada anda semua 7 tips atasi keletihan melampau ibu hamil dan kembali cergas sepanjang tempoh mengandung supaya dapat menjalankan tugas harian dengan lebih baik dan lebih bahagia.

7 Tips Ibu Hamil Atasi Keletihan Dan Kembali Cergas

1. Lakukan Senaman Ringan

Walaupun kita rasa keletihan, ringan-ringankan badan untuk membuat senaman ringan selama lebih kurang 30 minit sahaja setiap hari. Senaman ringan seperti contoh berjalan di sekitar rumah pun boleh. Ini akan membantu mengembalikan tenaga anda yang hilang. Kalau di pejabat, anda boleh membuat senaman regangan dan hirup udara segar melalui tingkap. Terdapat banyak jenis senaman khas untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba. Ia juga dipercayai dapat membantu memudahkan proses bersalin.

2. Pilih Makanan Berkhasiat



Antara perlara penting yang ibu hamil perlu ambil berat supaya tidak mengalami keletihan melampau iaitu dengan bijak memilih makanan. Ibu hamil perlu lebihkan tenaga dengan mengambil protein, karbohidrat yang tidak diproses dan lemak sihat. Protein adalah sumber tenaga baik untuk ibu dan juga tumbesaran bayi dalam kandungan. Sumber protein yang boleh didapati ialah ikan, ayam, tauhu dan soya.

Karbohidrat juga merupakan sumber tenaga yang penting. Gantikan pengambilan nasi dan pasta dengan karbohidrat sihat seperti bijirin penuh dan roti mil. makanan bergoreng dan merjerin juga perlu diganti dengan minyak sihat semulajadi seperti avokado dan mentega kacang.

3. Rehat Dan Tidur Yang Berkualiti

Kurang mendapatkan rehat dan tidur adalah antara punca ibu hamil letih dan lesu setiap hari. Pastikan anda tidur awal setiap hari. Jika ada waktu kelapangan cuba ambil masa untuk lelapkan mata sekejap. Elakkan minum air sebelum masuk tidur supaya tidak terjaga tengah malam untuk ke tandas. Anda juga boleh dapatkan urutan khas ibu mengandung atau boleh juga mandi di dalam rendaman air suam dan titiskan beberapa titis aromaterapi yang menenangkan sebelum masuk tidur.

4. Banyakkan Minum Air Kosong

Air kosong banyak manfaatnya. Tidak kira mengandung atau tidak, masalah letih, lesu, dan mengantuk juga boleh terjadi disebabkan oleh kehausan. Jadi, anda perlu lebihkan pengambilan air kosong setiap hari. Mereka yang minum air walaupun setengah gelas setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga. Boleh juga minum jus buah atau teh tanpa kafein untuk kelainan. Buah dan sayur seperti tomato dan timun juga dapat menambah kandungan air dalam badan.

5. Makan Sedikit Tetapi Kerap

Mengandung bukan alasan untuk anda makan untuk 2 orang. Kajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makanan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak. Cara ini dapat membendung keletihan badan dan mengembalikan tenaga. Anda digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang biasa diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Jika anda jenis yang suka mengunyah, isilah tenaga anda dengan makan kudapan yang berkhasiat seperti kurma, badam atau yogurt serta buah-buahan setiap 4 jam untuk kekal cergas.

6. Hirup Udara Segar

Menurut pakar, udara segar dapat membantu untuk mengurangkan keletihan. Bila anda hanya terperap di dalam rumah tanpa keluar untuk menghirup udara luar membuatkan anda lebih terdedah dengan bakteria kerana anda hanya menghirup udara yang sama. Anda seharusnya keluar rumah setiap hari walaupun sekejap setiap pagi untuk menyedut udara yang mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak. Ini dapat membantu untuk meningkatkan daya tubuh anda

7. Mandi Dengan Kerap

Jika badan berpeluh akan membuatkan ibu hamil lagi cepat letih. Ditambah pula dengan faktor cuaca di Malaysia kini yang kadang-kadang sangat panas menyebabkan anda kurang selesa akibat berpeluh. Sebaiknya anda harus kerapkan mandi. Mandi juga dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 

8. Bersarapan

Sebaiknya anda tidak skip sarapan pada waktu pagi. Ini kerana ibu hamil yang mengambil sarapan pagi akan lebih bertenaga untuk melakukan kerja harian dan mempunyai emosi yang lebih positif sepanjang hari tersebut. Tetapi anda perlu pastikan sarapan anda kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang dan bahagian daging yang tidak berlemak kerana kekurangannya sering dikaitkan dengan punca keletihan. Penyerapan zat besi yang optimum dibantu oleh pengambilan vitamin C.

Tiada Alasan Lagi Untuk Ibu Hamil Tampil Lebih Bertenaga

Justeru itu, tiada alasan lagi untuk anda para ibu hamil untuk tampil lebih cergas dan bertenaga seterusnya dapat mengatasi masalah keletihan melampau disebabkan masalah-masalah tertentu. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cuma anda sahaja yang nak mengatasinya atau hanya biarkan sahaja ia terjadi sehingga menjejaskan aktiviti harian anda dan juga keluarga. 

Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Continue Reading