Monday 26 February 2018

IBU MENYUSU JANGAN BUAT PERKARA INI | ASMAREHANALIAS

IBU MENYUSU, JANGAN BUAT PERKARA INI

Ibu menyusu

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh anda buat jika masih menyusukan bayi. Atau kita kata pantang larang. Sebenarnya ibu menyusu dan pantang larang ni agak sinonim dari segi pelbagai aspek.

Okey kat sini saya rungkaikan 5 perkata penting yang tidak bolej dilakukan oleh ibu menyusu.

1. Tak Mengepam Kerana Breast Tak Bengkak

Susu ibu akan terhasil apabila terdapat ransangan atau signal iaitu melalui hisapan secara terus (direct feeding) atau perahan berterusan (mengepam). Perkara ini lah yang ramai kurang faham bagaimana terhasilnya susu ibu. Mereka selalu anggap bahawa jika breat tidak bengkak maka tak perlu pam (khas untuk ibu yang bekerja)

Tahu kenapa breast tidak bengkak? Ini adalah kerana faktor pengambilan makanan ibu itu sendiri yang tidak seimbang dan  kurang berzat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein mampu merangsang pengeluaran susu ibu dengan cepat.

Cuba anda makan telur dalam kuantiti yang banyak atau daging atau ayam yang mengandungi sumber protein. Pasti pengeluaran susu adalah dengan kadar cepat. Tak percaya cubalah!

2. Pengambilan minuman bergas dan berais

Minuman bergas atau berkarbonat seperti pepsi, coca cola, mirinda dan sebagainya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Minuman berkarbonat ini tidak bagus jika diambil dalam jangka masa panjang kerana kandungan gas boleh menggangu sistem penghadaman dan usus kita.

Macam mana pula dengan minuman berais? Jika ibu minum minuman berais akan menyebabkan urat susu mengecut dan menyebabkan pengaliran susu terganggu dan pengambilan minumam berais juga akan menyebabkan ibu mengalami sengal kaki dan sakit badan.

Justeru itu ibu sangat disarankan minum air suam dan air panas supaya urat mengembang seterusnya pengaliran susu lancar.

Air berais juga akan menyebabkan masalah kegemukan. Jika ibu minum air berais selepas makan, ais akan membekukan minyak-minyak  dari makanan yang kita baru makan. Makan proses pencernaan pun akan menjadi lambat. Apabila minyak tadi menjadi lemak dan terbentuk di dinding usus, maka ia akan menyempitkan saluran usus menyebabkan akan datang pula pelbagai penyakit lain

3. Pengambilan minuman berkafein

Minuman berkafein seperti kopi dan teh adalah kurang baik untuk ibu menyusu. Mungkin ada yang kata minum kopi dapat tenaga tapi itu hanyalah sementara. Dan ada juga yang kata kopi mengandungi antioksida yang tingga. Ya memang betul tapi kita tak makan biji kopi ratah macam tu saja. Ia telah diproses dan mengandungi kafein lebih tinggi dari teh.

Kafien memusnahkan vitamin c dan b yang terdapat dalam tubuh badan kita. Ya memang betul. Boleh rujuk posy berkaitan di sini. Klik

4. Pengambilan supplemen diet

Apabila seorang ibu menyusu mengambil supplemen diet seperti minuman beriber, secara tidak langsung ibu itu telah mengurangkan zat asli dalam badan. Ibu mesti faham konsep pengambilan supplemen. Pengambilan supplemen adalah untuk mengisi kekosongan ruang nutrisi untuk mencukupi keperluan pengambilan makanan harian ibu menyusu dan bukan untuk menggantikan makanan ibu. Jika itu berlaku, khasiat sebenar akan berkurang dan akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu yang mana susu ibu sangat kaya dengan nutrisi dari pemakanan ibu.

Ibu-ibu boleh lihat perbezaan mengambil supplemen diet dan supplemen tambahan melalui hasil perahan susu ibu yang mana ibu yang mengambil supplemen diet mempunyai hasil perahan susu yang cair manakala ibu tang mengambil supplemen tambahan mempunyai susu yang lebih pekat, berkrim dan pastinya lebih enak!

5. Merungut setiap masa

Kita seharusnya banyakkan bersyukur dan bukannya merungut dan kecewa dengan hasil perahan yang diperolehi. Orang yang bersyukur akan ditambah nikmatnya oleh Allah s.w.t.

Lumrah manusia bila hasil perahan susu sedikit kita kecewa, stress dan rasa geram walhal bila hasil perahan susu banyak kita pula yang alpa dan lupa nak bersyukur. Ucaplah Alhamdulillah walaupun banyak mana sekalipun rezeki yang Allah beri. InsyaAllah keberkatannya akan menyusul.

Semiga entry kali ini bermanfaat bagi ibu-ibu di luar sana insyaAllah

Regards,.
Asma

Fb Page : By Asmarehan Alias
Ig : supermom_vitaspace

#yourBFpartner
#jombisnes2018
#infosharig
Continue Reading

Wednesday 21 February 2018

10 MAKANAN YANG IBU MENYUSU PERLU ELAKKAN

10 MAKANAN YANG IBU MENYUSU PERLU ELAKKAN

Assalamualaikum. 

Adalah normal bagi ibu menyusu yang cepat rasa lapar dan ada keinginan untuk makan macam-macam jenis makanan. Ibu mungkin akan rasa lapar walaupun baru makan 2 jam yang lalu. Makanan yang seimbang dan berzat sangat diperlukan oleh seorang ibu yang masih lagi menyusukan bayinya supaya keperluan nutrisi mencukupi untuk bayi mahupun diri sendiri. Namun, ramai ibu yang tak mampu mengambil makanan yang berkhasiat malah mengambil makanan yang kurang berzat dan makan secara alar kadar sahaja.



Pemakanan ibu juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan tiada masalah terhadap bayi apabila ibu mengambil sesuatu makanan. Tidak semua jenis makan yang boleh diambil oleh ibu menyusu. Jika ibu dapati bayi meragam, menangis, kebung perut, muntah, cirit-birit atau sebagainya, ibu perlu periksa makanan yang diambil

Jom saya kongsikan dengan ibu-ibu semua antara makanan-makanan yang ibu menyusu perlu elakkan atau kurangkan pengambilannya.

1. Kopi/teh
Seperti yang kita tahu, kopi dan teh mengandungi kandungan kafein. Kafein yang terdapat dalam kopi dan teh akan diserap kedalam badan ibu dan seterusnya disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Bayi tidak mampu mengeluarkan kafein dari badannya seperti orang dewasa, jadi ini akan menyebabkan bayi akan merasa tidak selesa, kembung perut atau sukar untuk tidur. Jadi ibu perlu kurangkan pengambilan kopi dan teh atau elakkan terus pengambilannya sepanjang tempoh penyusuan.

2. Buah-Buahan Sitrus
Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan perut bayi jika ibu mengambilnya. Bayi mungkin akan mengalami pedih perut, menangis, meragam atau boleh juga terjadi ruam lampin. Jika ibu inginkan pengambilan vitamin c, boleh gantikan dengan buah lain yang mengandungi vitamin c seperti betik dan mangga.

Coklat

3. Coklat
Antara makanan kegemaran kita semua betul tak? Hihi. Sama macam kopi dan teh, coklat juga mempunyai kafien tetapi kandungan kafeinnya jauh lagi rendah berbanding kopi dan teh. Jadi tak risau sangat kan. Tapi ibu perlu pastikan juga keadaan bayi jika mengalami masalah-masalah tertentu disebabkan oleh coklat, ibu perlu hentikan pengambilan coklat atau kurangkan.

4. Makanan Pedas Dan Berempah
Ada sesetengah ibu yang sangat gemarkan makanan yang pedas-pedas atau berempah. Jika anda mendapati bayi anda ada masalah perut tidak selesa, meragam dan sebagainya, ibu perlu mengelak dari mengambil makanan tersebut.

5. Makanan Bergandum
Makanan bergandum seperti roti canai, jemput-jemput, pasta boleh menyebabkan bayi anda meragam, perut tak selesa atau juga boleh menyebabkan najis berdarah. Jika anda mendapati simptom seperti ini berlaku, hentikan pengambilan makanan bergandum buat seketika. Jika bayi menunjukkan tanda-tanda positif selepas ibu hentikan makanan tersebut, ia bermaksud bayi alah kepada makanan bergandum

6. Kekacang
Makanan jenis kekacang juga boleh menyebabkan alahan kepada bayi anda. Jika anda mendapai bayi kembung perut, badan tidak selesa, meragam, segera hentikan pengambilan kekacang tersebut. 

Produk Tenusu

7. Produk Tenusu
Produk tenusu sepeerti yogurt, susu, keju, marjerin, dan sebagainya boleh menyebabkan beberapa jenis simptom kepada bayi seperli colic, muntah-muntah, sukar tidur malam dan eczema. Jika anda mendapai bayi anda mengalami simptom tersebut, hentikan pengambilan produk tenusu buat seketika sehingga bayi kembali sihat.

8. Makanan Laut
Makanan laut seperti udang, kerang atau sotong juga boleh memberi alahan kepada sesetengah bayi seperti gatal-gatal dan timbul ruam pada badan. Maka ibu perlu elakkan pengambilan makanan laut sepanjang tempoh penyusuan. 

Selain itu, kandungan merkuri yang tinggi dalam makanan laut seperti ikan yu, ikan todak, ikan tenggiri boleh menyebabkan sistem saraf otak bayi terjejas. Maka gantikan dengan makanan laut yang rendah merkuri seperti salmon, tuna, udang dan ikan air tawar.

9. Telur
Ada sesetengah bayi yang alah kepada telur. Maka ibu perlu pastikan makanan yang berasaskan telur seperti kek, roti dan biskut perlu dikurangkan atau elakkan terus.

10. Bawang Putih
Pengambilan bawang putih secara berlebihan dalam makanan akan mempengaruhi bau dan susu badan ibu. Bayi mungkin akan menolak untuk menyusu kerana tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat

Ibu perlu mencuba dahulu sesuatu jenis makanan samada sesuai atau tidak kepada bayi anda. Tak semua makanan yang saya senaraikan di atas tu tidak sesuai, jika ibu makan antara makanan tersebut dan mendapati bayi tiada tanda-tanda negatif, maka ibu boleh teruskan mengambil makanan tersebut.

Semoga entri kali ini bermanfaat pada ibu-ibu semua. 

Terima Kasih

FB Page: By Asmarehan Alias
Ig: supermom_vitaspace

Continue Reading

Thursday 8 February 2018

PUNCA RAMBUT GUGUR IBU MENYUSU DAN CARA MENGATASINYA

PUNCA RAMBUT GUGUR DI KALANGAN IBU DALAM PANTANG DAN JUGA IBU SEDANG MENYUSU BADAN

Masalah rambut gugur adalah perkara paling common yang berlaku di kalangan ibu menyusu. Mungkin ada yang tidak mengalami masalah sebegini tetapi peratusannya sangat rendah. Rata-rata wanita dengan masalah rambut gugur memang tidak dapat dipisahkan.

Punca Rambut Gugur Ibu Menyusu
Ibu Menyusu Rambut Gugur?

CikMa sendiri pun mengalami masalah yang sama selepas bersalinkan anak sulung, Malique Asyraf. Masa bang Malique masuk 3 4 bulan start gugur teruk dah masa tu. Nak sikat rambut pun takut. Sekali sikat masyaAllah....penuh rambut kat sikat. Ngeri tengok rambut sendiri yang super banyak macam tu

Tu belum cerita bab hari2 sapu lantai penuh rambut. Kadang-kadang atas tilam pun banyak rambut, atas sofa lagi, merata-rata rambut. Husband jenuh la dia bebel rambut cikMa je banyak atas lantai. Sambil dia sapu sambil bebel. Macam pakcik-pakcik pulak 😆

Masuk anak nombor 2, Mikael Azraff dah kurang gila rambut gugur. Pelik jugak. Orang kata bila baby start main buih air liur masa tu la rambut start gugur. Tapi adik Mikael main je buih air liur dia tapi tak gugur teruk pun. Ha start situ la cikMa rasa punca rambut gugur adalah bukan sebab baby main buih air liur. Itu cuma mitos sahaja yang masih diguna pakai sehingga kini. Biasa la orang tua kan. Hihi

Lets check it out punca-punca sebenarnya.

PUNCA-PUNCA RAMBUT GUGUR BAGI IBU MENYUSU

1. Perubahan Hormon

Semasa mengandung, hormon estrogen ibu hamil akan meningkat, jadi masa ni pertumbuhan rambut akan terhenti.

Apabila ibu bersalin dan selepas bayi berusia 3 atau 4 bulan, hormon estrogen ibu akan turun dan kembali ke paras normal. Dan waktu ini lah ibu-ibu akan mengalami masalah keguguran rambut yang amat dasyat sekali.

2. Tekanan

Lepas bersalin, ibu mesti lebih sibuk dari sebelumnya. Dengan nak prepare anak lagi, keperluan suami lagi dan lagi2 bagi ibu yang bekerja. Mungkin tekanan di tempat kerja dengan tugas2 yang perlu diselesaikan.

Semua ni membuatkan ibu tak sempat nak jaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jangan ambil mudah tau. Takkan nak tunggu botak atau rambut nipis dulu baru nak jaga hehe.

3. Berusia Dan Memiliki Anak Ramai

Ibu yang lebih berusia dan sudah mengandung lebih dari 3 kali mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran rambut.

Sebab tu boleh lihat kebanyakkan orang tua mempunyai rambut yang sangat nipis kat bahagian tengah-tengah hingga menampakkan kulit kepalanya.

4. Pola Pemakanan Yang Tidak Sihat

Ini yang paling penting. Ibu menyusu yang sememangnya perlukan nutrisi yang cukup dan lengkap selain untuk keperluan bayi, ia juga untuk keperluan badan ibu sendiri.

Kadang-kadang ibu ingin kembalikan bentuk badan yang cantik semula lepas bersalin dan ibu mengawal diet membuatkan mereka kekurangan nutrisi penting untuk tubuh.

Penjagaan pemakanan ni perlu dititik berat kan oleh kaum wanita ya. Sebab kadar penuaan wanita lebih cepat berlaku berbanding lelaki.

5. Faktor Usia

Makin meningkat usia, makin kurang penghasilan kolagen dalam badan, makin kurang jugak pertumbuhan rambut baru

Makin berusia, ibu perlu lebih banyak nutrisi tau. Jadi muda-muda ni jom jaga pemakanan kita.

So korang dapat sesuatu tak?

Betapa pentingnya pemakanan yang kita ambil setiap hari mempengaruhi kesihatan badan dan rambut juga.

Jadi jangan pandang remeh perkara ni. Memang normal tapi jangan biarkan masalah ni jadi lebih serius. Takkan nak biar masalah ni sampai ke tahap botak kan. Korang nak ke botak diusia muda ke? Atau rambut menipis dari hari ke hari

Kalau tak nak mesti ikhtiar dari sekarang!!!

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEKARANG??




Jangan sampai botak baru nak bertindak okeh. Lakukan sekarang. Jom baca sampai habis cikMa nak share ni.

☝ Anda mesti makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi

☝ Jangan buat rawatan rambut seperti mengerinting, mewarna, rebonding sebab mostly rawatan tersebut menggunakan bahan kimia

☝ Jangan pakai rambut palsu kerana ia menyebabkan kulit kepala tak dapat bernafas dengan baik dan merosakkan folikel rambut

☝ Jumpa doktor jika masalah rambut gugur makin serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis

Semoga entry ini memberi seribu manfaat pada kita semua.

Your BF Partner,
Asma

FB Page : https://www.facebook.com/byasmarehanalias/?ref=settings


Continue Reading

Friday 2 February 2018

JENIS-JENIS MASALAH KULIT DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum semua..

😃

Entry kalini cikMa nak share berkaitan dengan jenis-jenis masalah kulit yang berbeza-beza tak kira wanita mahupun lelaki

Beruntung lah bagi mereka yang semulajadi memiliki kulit yang cantik dan flawless kan. Ade segelintir dari mereka yang memang dikurniakan olehNya kulit sempurna tiada masalah.

Tapi sebahagian besar dari kita mesti adala masalah kulit! Betul tak? Teruk atau tak ianya tetap satu masalah yang mesti diselesaikan

Jenis-jenis Masalah Kulit

Lain orang lain masalah kulit yang dihadapinya. Ade orang masalah kulit yang normal, ade orang kronik. Dan punca masalah kulit ni adalah dari beberapa faktor contohnya kulit sering terdedah kepada matahari, hormon, tak cuci muka dengan betul, pakai produk/skincare yang salah, tidur dengan tak tanggal makeup dan sebagainya. Jom cikMa share apa dia jenis-jenis masalah kulit tersebut.

1. Kulit Berjerawat



Paling common sekalo masalah ni baik wanita mahupun lelaki. Rata-rata masalah kulit jerawat ni macam susah nak elak betul tak? Kalau wanita, setiap bulan mesti akan timbul jerawat baru, ada tu jerawat datang sekali dengan anak beranak jerawat yang lain, penuh kat pipi, dagu, dahi. Kadang-kadang bila stress pun jerawat naik jugak.

2. Kulit Berjeragat



Korang tahu tak kalau tak jaga kulit muka dengan betul, jeragat sangat mudah nak muncul. Seawal usia 25 tahun lagi sebenarnya kulit mudah terjadinya jeragat cuma belum lagi muncul. Jika tak jaga dengan baik, selalu terdedah dengan cahaya matahari, jeragat akan mula muncul pada usia 30 tahun. Jeragat memang tak bahaya tapi ia menampakkan kulit kita tidak sihat. Jeragat terhasil daripada pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteri di bahagian liang-liang roma muka terutama di bahagian dahi, pipi, dagu dan hidung.

3. Kulit Kering 



Kulit kering akan menampakkan wajah kita lebih tua daripada usia sebenar. Garisan halus pada wajah mudah timbul dan orang yang jenis kulit kering ni sebenarnya mempunyai kulit yang sensitif dan mudah luka. Puncanya adalah mungkin disebabkan keadaan cuaca atau pemakaian kosmetik yang tidak sesuai. Jadi sebelum pilih produk untuk kulit wajah, harus teliti dahulu ianya sesuai dengan kulit anda atau tak

4. Kulit Berminyak


Korang jenis kulit berminyak tak? Rasa macam mana? Rimas kan? Biasanya orang yang bermasalah kulit berminyak ni sangat tak selesa. Sampai kene beli tisu yang serap minyak tu. Selalu cikMa nampak kawan2 yang bawak tisu tu, masa tu tak tau lagi function dia, rupanya untuk serap minyak kat muka 😂. So kalau korang ada masalah minyak ni mesti kene jaga kulit betul-betul.

5. Kulit Kusam


Ni la masalah cikMa! 😠 Seribu kekusaman melanda diri ini sejak dari zaman universiti  lagi dan membawak kepada zaman kerja sampai lah tahun lepas. Tapi now cikMa dah bebas kusam! Yehaaa! 😃. Nak tau macam mana cikMa buat? Okeh teruskan membaca sampai habis 😉
Sebenarnya kulit kusam ni terjadi biasanya disebabkan oleh stress atau kurang rehat. Rehat yang cukup pun salah satu faktor untuk dapat kulit cantik ya.

.
Okeh so korang dah tau kan jenis-jenis masalah kulit yang dihadapi. Korang kategori jenis yang mana? Hihi

.
Jom saya share macam mana nak selesaikan masalah-masalah kulit yang sering dihadapi oleh kita para wanita mahupun lelaki hari ini.

.
SET GORGEOUS SHAKLEE mampu membantu anda mengatasi masalah kulit tersebut !!!


ESP

Minuman soya ESP mengandungi protein yang sangat diperlukan oleh sel kulit kita. ESP membaiki sel kulit yang rosak dan memperbaharuinya semula. Sel kulit akan rosak akibat daripada terkena sinaran uv akan dibaik pulih oleh protein yang mencukupi. ESP memberi kesan gebu pada kulit anda jika konsisten mengamalkannya. ESP memudarkan parut jerawat juga. Orang amal ESP kulit cantik hokeh 😉

VITA C PLUS SR

Vitamin c Shaklee sangat special kerana ia bersifat Sustained Released iaitu ia melepaskan vitamin C ke dalam badan secara berperingkat. Jadi 500mg vitamin C dalam 1 tablet akan mengambil masa 5 jam untuk diserap sepenuhnya ke dalam badan. So takkan membazir lah vit c tu. 100mg setiap sejam akan dilepaskan. Vitamin c menghaluskan kulit wajah selain meningkatkan imuni badan. Vitamin c juga melindungi sel badan dari serangan radikal bebas seperti asap rokok, debu2 kotor, gas beracun yang merosakkan kulit kerana ia mengandunyi antioksida. Jadi sesiapa yang amalkan vita c shaklee mesti akan dapat kesan kulit yang cerah, gebu, halus, cantik dan berseri

VITA E

Vitamin e sangat membantu mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Vit e memberikan kesan kelembapan pada kulit. Juga sangat bagus untuk mereka yang mempunyai parut jerawat. Cepat pudar sangat.

This is my Shaklee effect 😉 👇



Ishhh teruk sangat muka sebelum ni. Kusam yang teramat kusam sampai jadi gelap kulit wajah. Malu tu toksah cakap la memang setiap hari pakai foundation. Kulit cikMa jenis kombinasi, ada part kering ada part berminyak. Tapi masalah jerawat alhamdulillah takde sangat cuma kusam, kasar, kering campur berminyak

Lepas cikMa cuba ESP, Vit C dan Vita E, memang sangat-sangat improve berbanding sebelumnya. Kulit kusam dah takde lagi, kulit bertambah cerah, halus, dan husband kata berseri hihi

Terkejut jugak. Tak percaya pun ada shaklee mampu beri kesan positif macam ni. Alhamdulillah

Sekarang cikMa konsisten je dengan 3 supplemen untu masalah kulit ni.

Korang kene cuba jugak okey 💪

Macam mana nak dapatkan Gorgeous Set shaklee??

Boleh terus whatsapp cikMa disini 👇

0129388321

Fb : Nurul Asmarehan Alias
Fb Page : Nurul Asmarehan Alias Page
Ig : asmarehan_alias
ID Shaklee : 1238240

"We're about a Better Tommorrow"
Continue Reading