Friday 30 March 2018

7 KEPENTINGAN MINYAK IKAN UNTUK KANAK-KANAK

7 KEPENTINGAN MINYAK IKAN UNTUK KANAK-KANAK


Pernah tak anda lihat iklan minyak ikan di kaca telvisyen rumah anda? Mesti pernah kan. Malah sejak kecil lagi kita selalu melihat iklan supplemen minyak ikan untuk kanak-kanak. Sebenarnya minyak ikan sangat penting untuk kita bekalkan pada anak-anak kita bermula dari umur 1 tahun lagi.

Di pasaran sekarang pun terdapat banyak supplemen minyak ikan dijual dengan pelbagai jenama. Cuma anda perlu pilih jenama yang paling terbaik, semulajadi, berkesan dan selamat digunakan. 

Ada juga orang kata, bagi anak makan minyak ikan setiap hari, anak jadi bijak. Sebenarnya memang ya, kerana minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu perkembangan otak dan minda kanak-kanak.

Jadi hari ini saya nak kongsikan pada anda semua tentang 7 kepentingan minyak ikan untuk kanak-kanak.

7 KEPENTINGAN MINYAK IKAN UNTUK KANAK-KANAK


1. Perkembangan Minda


Satu kajian mendapati bahawa ibu hamil yang mengambil supplemen minyak ikan omega-3 sepanjang temph kehamilan dan diteruskan mengambilnya dalam tempoh penyusuan, anak-anak mereka mampu memperoleh skor markah yang lebih tinggi untuk ujian kognitif ketika berusia 4 tahun berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil supplemen minyak ikan omega-3.


2. Penglihatan yang tajam


DHA yang terdapat dalam omega-3 fatty acid membantu menajamkan penglihatan mata pada bayi. Bagi warga emas yang mengambil minyak ikan pula akan dapat mengelakkan mereka dari menghidap penyakit mata yang dipanggil Age Related Macular Degeneration (AMD)


3. Meningkatkan 'mood', mengelak depresi


Gangguan emosi dapat dikurangkan jika seseorang individu mengambil asid lemak omega-3. Begitu juga dengan wanita hamil yang mengambil minyak ikan, mereka akan dapat mengurangkan masalah kemurungan selepas bersalin (postpartum depression)


4. Menguatkan Sistem Imun Badan


Dalam satu kajian terhadap kanak-kanak di Denmark, kanak-kanak yang minum susu formula yang ditambah dengan minyak ikan didapati mempunyai fungsi sistem imun yang lebih baik berbanding kumpulan kanak-kanak yang minum susu lembu atau susu formula biasa.


5. Mengurangkan Risiko Athma


Asid lemak omega-3 membantu mengurangkan keradangan di laluan pernafasan. Sebab itu la ia sangat bermanfaat bagi penghidap athma. Minyak ikan mampu memanaskan dada pesakit athma. Amat digalakkan untuk ambil sebelum tidur malam sekiranya anak anda tidur di dalam bilik berhawa dingin.


6. Melegakan Batuk dan Kahak


Minyak iakn bersifat memanaskan badan. Apabila anak batuk berkahak, minyak ikan membantu mencairkan kahak serta melegakan batuk dengan cepat. Secara tidak langsung, ia tidak lagi perlu bergantung pada ubat untuk menyembuhkan batuk berkahak


7. Mencegah Ekzema


Asid lemak omega-3 membantu mengurangkan keradangan diseluruh bahagian badan termasuk bahagian kulit. Satu kajian di Sweden menyatakan bahawa dengan memberikan sdikit salmon atau tunadi dalam makanan bayi sebelum mencecah umur 9 bulanboleh membantu melindunginya daripada mendapat alahan kulit.


Justeru itu, melalui enty ini anda sedia maklum tentang kepentingan minyak ikan untuk kanak-kanak kan. Jadi bolehlah anda bertindak untuk mula memberi supplemen minyak ikan kepada bayi anda seawal usia 1 tahun. Secara tidak langsung, ia memberikan nutrien untuk minda agar anak lebih fokus dan cerdas semasa belajar. Semoga enty ini bermanfaat untuk anda semua.
Continue Reading

Thursday 29 March 2018

10 PUNCA ANAK KURANG SELERA MAKAN YANG IBU PERLU TAHU

10 PUNCA ANAK KURANG SELERA MAKAN YANG IBU PERLU TAHU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ada tak antara ibu-ibu yang punya masalah anak kurang selera makan? Semestinya masalah ini amat merunsingkan ibu-ibu sekalian. Bukan anda saja yang mengalami masalah ini, saya sendiri juga sebagai ibu sedang berhadapan dengan masalah sebegini. Anak saya sangat cerewet dalam membuat pemilih makanan. Nak makan makanan kegemaran dia sahaja. Tak suka makan sayur.

Jadi dalam entry kalini saya nak kongsikan dengan ibu-ibu semua tentang punca anak kurang selera makan yang ibu perlu tahu.

PUNCA ANAK KURANG SELERA MAKAN YANG IBU PERLU TAHU


1. Makan Bersendirian
Anak-anak tak suka makan bersendirian. Mereka lebih suka dan rasa gembira bila dapat makan bersama-sama dengan keluarga, adik beradik atau saudara sebaya mereka. Mereka akan rasa lebih seronok

2. Kembung Perut
Boleh jadi jika anak mengalami kembung perut atau perut masuk angin, selera makannya juga mungkin akan berkurang. Periksan keadaan perut anak anda

3. Masalah Cacing
Kanak-kanak yang mempunyai masalah cacing juga mungkin akan mengalami masalah hilang selera makan akibat daripada gangguan pada ususnya. Sebab tu ada orang-orang tua cakap anak kurang selera makan ni mungkin ada masalah cacing. Kenyataan tersebut adalah berkemungkinan ianya benar.

4. Tidak Sukakan Sayur
Kanak-kanak yang pernah mengalami pengalaman makan sayur yang pahit rasanya seperti sawi kampung berkemungkinan boleh hilang selera makannya jika anda hidangkan makanan bersama-sama dengan sayur.

5. Menu Sama
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan kan. Apabila mereka melihat menu yang dihidangkan sama setiap hari, mereka mungkin merasa bosan dengan makanan tersebut. Usahkan kanak-kanak, orang dewasa pun akan bosan jika makan makanan sama setiap hari. Jadi anda perlu kreatif untuk olah makanan harian supaya ada sedikit kelainan dari segi warna, bentuk atau rasanya sendiri.

6. Cara Hidangan Tidak Menarik
Cara hidangan makanan yang langsung tidak menarik perhatian kanak-kanak juga satu punca mereka hilang selera makan walaupun rasanya mungkin sedap

7. Jatuh Sakit
Anda perlu periksa dahulu keadaan anak anda. Mungkin mereka demam, batuk atau selesema yang menyebabkan selera makannya hilang.

8. Leka Bermain
Kanak-kanak yang sangat leka bermain akan tidak hiraukan untuk makan dan kadang-kadang mereka lupa untuk makan. Ini menjadikan waktu makan mereka menjadi terabai oleh kerana habitnya yang gemar bermain dan menangguh untuk makan.

9. Sakit Gigi
Kanak-kanak yang sedang membesar kebanyakannya mempunyai masalah gigi rosak. Justeru itu, keadaan mulutnya yang tidak selesa menyebabkan mereka akan menolak segala makanan.

10. Suka Makanan Ringan
Makanan ringan kebanyakkannya mengandungi MSG. MSG dalam makanan ringan akan membuatkan mereka tidak suka dengan makanan bebas MSG. Ia juga akan menyebabkan anak anda kenyang hanya waktu sementara sahaja atau merasa ketahih dengan makanan ringan tersebut.

Justeru itu, anda perlu pastikan masalah anak anda mengapa mereka kurang selera makan. Dengan itu anda akan dapat mengatasi masalah tersebut. Anda juga boleh mengetahui tentang Tips Atasi Masalah Anak Kurang Selera Makan.  Anak adalah amanah yang dikurniakan kepada ibu bapa. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan hak dan keperluan mereka terjamin.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Terima kasih.
Continue Reading

Tuesday 27 March 2018

10 TIPS ATASI MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN

10 TIPS ATASI MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN

Pernah tak anda sebagai ibu bapa mengalami masalah anak yang susah nak makan atau seolah-olah tiada selera makan? Saya percaya rata-rata ibu bapa ada yang mempunyai masalah ini kan. Setiap kali tiba waktu makan, samada sarapan, makan tengah hari, atau makan malam mesti anak mengelak dan lebih berminat untuk bermain daripada duduk makan.

Perkara ini akan membuatkan ibu berasa pening kepala memikirkan kenapa anak susah nak makan dan juga boleh membuatkan ibu stress memikirkan hal ini.

Kesan Jika Anak Kurang Selera Makan

1. Kekurangan Nutrisi harian
2. Mudah terkena jangkitan atau demam
3. Masalah kekurangan berat badan
4. Tumbesaran perlahan
5. Imuniti badan lemah
6. Kulit mudah terluka dan jika ada luka lambat sembuh
7. Kulit bersisik
8. Otot badan kurang menyokong sistem badan
9. Masalah pembelajaran terganggu
10. Kekurangan tenaga menyebabkan kanak-kanak nampak lemah dan kurang bermaya
11. Risiko anemia akibat kekurangan darah
12. Perkembangan minda perlahan

Pastinya anda tidak mahu anak-anak anda tertinggal atau lambat dalam pembelajaran betul tak? Ini kerana anak-anak yang kurang selera makan semestinya akan kekurangan nutrisi juga dan faktor ini akan menyebabkan perkembangan minda dan pembelajaran mereka akan terganggu.

Jadi disini saya sudi kongsikan pada ibu bapa semua Tips untuk Atasi Masalah Anak Kurang Selera Makan.

10 TIPS ATASI MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN

1. Makan Bersama-sama
Ambil peluang untuk makan bersama-sama anak-anak. Jika anak melihat ibu bapanya serta adik beradik lain makan, secara tidak langsung ia akan menambah selera makan anak tersebut untuk turut serta. Ini kerana anak-anak mudah untuk mencontohi ibu bapa. Amalkan setiap hari samada sarapan, makan tengah hari atau makan malam selain ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

2. Jangan Paksa Anak Makan
Situasi memaksa anak makan tidak akan membantu mereka malah ia akan memburukkan lagi keadaan. Anak-anak akan menganggap ia adalah satu penyiksaan dan akan terus membenci.

3. Pelawa Anak Makan Semasa Lapar dan Tenang
Semasa anak bertenang dan agak-agak lapar, cuba pelawa mereka makan. Jangan tunggu mereka terlalu lapar untuk mempelawa. Bimbang anak tak selesa perutnya sebab terlalu lapar dan lagi akan menyebabkan mereka langsung tak mahu makan dengan keadaan tak tenang. Orang dewasa sendiri pun kalau lapar sangat mesti tak senang duduk kan apatah lagi kanak-kanak

4. Cipta Suasana Makan Yang Menggembirakan
Wujudkan suasana makan yang membuatkan anak-anak gembira. Sebagai contoh menyanyikan lagu kegemaran anak-anak sambil menyuap makanan ke dalam mulut mereka. Pasti anak-anak berasa seronok dan secara tidak langsung mereka makan apa yang disuap oleh ibu.

5. Hidangkan Makanan Menarik
Cuba hidangkan makanan yang boleh menarik perhatian anak-anak untuk makan seperti bentuk yang anak-anak suka, warna kegemaran, atau apa saja corak dan hiasan yang comel-comel mengikut kreativiti anda sendiri.

6. Elak Memberi Makanan Ringan

Elakkan anak-anak dari makan makanan segera atau makanan ringan yang kebanyakkannya mengandungi MSG sebelum tiba waktu malam. Ini kerana makanan yang mengandungi MSG akan mengurangkan selera makan anak-anak terhadap makanan yang bebas MSG

7. Ajak Anak Makan Dengan Rakan Sebaya Atau Saudara Sebaya
Sesekali ajaklah anak-anak makan dengan rakan sebaya mereka atau saudara sebaya. Ini kerana anak-anak sukakan suasana makan beramai-ramai. Ia akan membangkitkan lagi keinginan untuk mereka makan.

8. Ajak Anak Membeli Barangan Dapur Bersama
Jika ke pasaraya, ajak anak sekali untuk membeli barang dapur seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran. Sambil membeli tunjukkan pada mereka bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.

9. Galakkan Anak Membantu Menyediakan Makanan
Seperti contoh meminta anak untuk membawa pinggan ke meja, letak sudu dalam mangkuk, kalau anak besar sikit boleh minta mereka tolong potong-potong.

10. Tanya Pendapat Anak Tentang Menu Yang Diingini
Galakkan untuk bertanya kepada anak tentang menu yang mereka suka. Ini akan membuatkan anak-anak rasa dihargai dan disayangi.

Justeru itu, ibu tak perlu lagi risau dengan masalah anak yang kurang selera makan ni. Ibu-ibu boleh aplikasikan tips tersebut setiap hari. Cuba satu satu. Andaikata tips nombor satu kurang berkesan boleh cuba tip kedua dan seterusnya.

Semoga enty ini bermanfaat bagi ibu bapa semua.
Continue Reading

KEPENTINGAN NUTRISI BAGI KANAK-KANAK

KEPENTINGAN NUTRISI BAGI KANAK-KANAK

Pernah tak anda menghadapi situasi dimana anak anda sukar untuk makan? Saya yakin sebahagian besar dari kita mempunyai masalah ini betul tak? Termasuk lah diri saya sendiri sebagai ibu, anak saya juga dikategorikan sebagai 'peaky eater'. Sangat memilih untuk makan. Hanya mahu makan makanan kegemaran dia sahaja. Sudah semestinya keperluan nutrisinya kurang lengkap.



Jadi kita sebagai ibu bapa mesti mengambil berat tentang hal ini kerana mereka adalah amanah dan tangungjawab yang kita mesti tunaikan. Bukan tugas mudah bagi kita sebagai ibu bapa untuk memujuk kanak-kanak untuk makan kalau tidak kena pada gayanya.



Untuk entry kalini saya nak kongsikan pada anda semua berkaitan dengan KEPENTINGAN NUTRISI BAGI KANAK-KANAK dimana mereka kini sedang membesar dan sangat perlukan pemakanan yang cukup zat dan khasiat untuk membantu tumbesaran mereka tanpa sebarang gangguan.


MENGAPA KANAK-KANAK PERLUKAN NUTRISI LENGKAP?


1. Perkembangan Minda dan Intelektual 
Perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak akan terganggu jika jumlah pengambilan nutrien harian mereka tidak mencukupi. Oleh sebab itu, tumbesaran kanak-kanak dari segi fizikal termasuklah mata, minda dan pertumbuhan fizikal seperti tulang belakang dan sebagainya juga akan terganggu. Proses pembelajaran juga boleh terjejas disebabkan keperluan nutrisi mereka yang tidak lengkap. Semua ini adalah satu proses pembesaran bagi kanak-kanak dari umur satu hingga tujuh tahun


2. Perkembangan Mental dan Fizikal
Bagaimana kalau kanak-kanak mengambil hanya satu nutrien sahaja? Sebagai contoh, anak suka makan ayam goreng sahaja. Ini bermakna hanya protein sahaja yang masuk ke dalam tubuh badan kanak-kanak tersebut. Maka perkembangan mental dan fizikal yang terbaik tidak dapat dihasilkan melalui dengan hanya pengambilan satu nutrien sahaja. Ia perlukan gabungan nutrisi dan zat makanan yang seimbang bagi menyokong perkembangan keseluruhan anak kita. 

3, Pembentukan Tulang
Sumber terbaik yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk perkembangan fizikal mereka adalah kalsium dan vitamin D. Ia sangat penting untuk menyokong pembentukan tulang yang kuat, sihat dan sempurna. Sumber kalsium boleh didapati daripada produk tenusu, yogurt atau cheese manakala sumber vitamin D semulajadi adalah daripada matahari


4. Imuniti Badan dan Pembinaan Otot
Selain itu, sumber-sumber lain yang kanak-kanak perlukan adalah karbohidrat, protien vitamin, zat besi dan mineral yang lain supaya ia sama-sama membantu untuk meningkatkan kekuatan badan dan imuniti mereka supaya tidak mudah terkena demam, batuk, selesema atau jangkitan penyakit lain. Protein diperlukan untuk membina otot yang kuat dan tak lembik untuk menyokong aktiviti harian mereka. Antara sumber makanan yang mengandungi protein adalah ayam, telur, daging, dan juga kekacang.

5. Sumber Tenaga
Untuk menjadikan kanak-kanak supaya sentiasa bertenaga, mereka sangat perlukan karbohidrat. Karbohidrat boleh didapati di dalam nasi, roti, mee, pasta dan oat.

6. Elak Masalah dan Penyakit
Dan yang terakhir adalah, jika kanak-kanak kekurangan nutrisi lengkap, mereka akan berdepan dengan risiko masalah kekurangan berat badan, obesiti, atau kekurangan darah iaitu anemia.

Justeru itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan penting iaitu dengan memberi perhatian lebih, menyediakan makanan seimbang dan memantau setiap pengambilan makan harian bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ibu bapa juga hendaklah memastikan anak-anak tidak mengambil makanan ringan seperti gula-gula, jajan atau air berkarbonat yang merosakkan nutrien dalam badan mereka.

Semoga entry kali ini memberi seribu manfaat kepada anda semua.

#nutrisilengkap
#supplemen
Continue Reading

Saturday 17 March 2018

AKIBAT JIKA IBU MENYUSU MENGABAIKAN PENGAMBILAN NUTRISI

AKIBAT JIKA IBU MENYUSU MENGABAIKAN PENGAMBILAN NUTRISI

Perhatian kepada ibu menyusu yang seringkali mengabaikan pengambilan makanan hariannya yang langsung tidak cukup nutrisi akan menyebabkan bayinya mendapat kesan sampingan.

Kesan sampingan yang diperkatakan adalah TUMBESARAN TERBANTUT!!!

Bayangkan bayi yang anda susukan dari umur sehari dan mengharapkan mereka membesar dengan sihat dan sempurna sedangkan diri anda sendiri wahai ibu tidak menghiraukan tentang makanan yang diambil setiap hari bakal menyundang risiko kepada bayi anda sendiri.

Tahu kan apa yang ibu makan, anak pun akan dapat sekali iaitu melalui air susu ibu?

Namun, para ibu kebanyakannya memberi alasan tidak sempat untuk mengambil makanan berkhasiat disebabkan kekangan kerja dan disesbkan oleh itu, anda sering makan di luar dimana kebersihan makanan tersebut diragui dan juga sudah pasti jumlah nutrisi yang diambil adalah sangat tidak mencukupi.

Makanan luar di kedai-kedai makan di tepi jalan mahupun di restoran mungkin dimasak terlalu lama menyebabkan nutrisinya hilang dan juga mungkin mengandungi kandungan penambah rasa yang tinggi.

Apa yang akan terjadi jika anda sebagai ibu yang masih lagi menyusukan bayi tidak mengambil keperluan nutrisi yang cukup?

Kesan Kekurangan Nutrisi

Kesan kepada ibu:

  • Badan sentiasa lemah
  • Senang dapat penyakit
  • Tulang cepat rapuh
  • Osteoporosis
  • Kulit tidak cantik
  • Nampak lebih tua
  • Susu badan berkurang
  • Susu badan cair
  • Susu badan kurang berkualiti
  • Kegemukan
Kesan kepada bayi:
  • Mudah terdedah kepada penyakit
  • Elergik
  • Kembung perut
  • Bayi mudah berasa lapar
  • Pertumbuhan tulang lambat
  • Tumbesaran terbantut
  • Gigi mudah rapuh
  • Kulit mudah luka dan lambat sembuh
  • Kulit sensatif
Pengalaman Sendiri

Pengalaman saya sendiri masa anak pertama pun macam tu juga. Saya selalu beri alasan tak sempat nak makan makanan berkhasiat. Selalu juga makan kat kedai. Kesannya, badan sangat letih dan lesu. Nampak sangat tak bermaya, susu badan pulak nampak cair dan kurang kualiti. Saya juga nampak lebih gemuk sebab makan tak tentu. Kadang-kadang makan nasi tengah malam. Ya Allah teruk sangat masa tu. Kulit pula kusam yang teramat kusam. Hilang serinya. 

Tapi selepas beberapa bulan saya rasa susu makin berkurang. Disebabkan masalah itu saya cari penyelesaian. Mujur saya jumpa Set Menyusu Shaklee. Set ni sangat banyak membantu saya dari segi tenaga tambahan untuk melakukan kerja-kerja harian dengan lebih baik.

Set meyusu Shaklee ni bertindak sebagai makanan tambahan untuk mengisi lopong-lopong nutrisi yang tidak lengkap. Sebagai contoh, saya tak mampu nak minum susu 8 gelas dan 4 kali sehari untuk mencukupkan keperluan kalsium yang ibu menyusu perlukan iaitu 1000-1300mg sehari, jadi saya telan saja 4 biji Ostematrix. Mudah sangat.

Begitu juga keperluan protein harian. Saya cuma bancuh ESP setiap pagi sebelum sarapan. Ia membantu saya untuk beri tenaga tambahan. Selain itu susu badan mula bertambah dan menjadi lebih pekat. 

Dan dengan supplemen menyusu lain seperti Vitamin C, Alfalfa dan Omega membuatkan saya bertambah gembira dengan kesan tambahan yang saya dapat iaitu kulit cantik. Hihi.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti ini saya sarankan amalkan set menyusu shaklee hari ini.

Untuk membuat pesanan boleh terus whatsapp saya nombor seperti dibawah. Ada harga istimewa khas untuk ibu-ibu menyusu semua.

Your Breasfeeding Partner,
AsmarehanAlias
0129388321
Continue Reading

Thursday 15 March 2018

PERHATIAN KEPADA IBU MENYUSU BEKERJAYA YANG SERING MENGALAMI KELETIHAN

PERHATIAN KEPADA IBU MENYUSU BEKERJAYA YANG SERING MENGALAMI KELETIHAN

Ramai diantara ibu menyusu hari ini yang keluar berkerja dari awal pagi dan pulang sehingga lewat petang. Sebelum pulang kerumah, singgah dahulu di rumah pengasuh untuk menjemput anak yang ditinggalkan hampir seharian disitu.

Keadaan sama yang saya alami suatu ketika dahulu. Bangun seawal pukul 5 pagi siapkan diri sendiri dahulu lepas tu terpaksa kejut anak bangun awal juga dan siapkan anak dengan bekalan susu dan baju-baju untuk dihantar kerumah pengasuh kemudian baru ke tempat kerja. Kadang-kadang terlewat tiba di tempat kerja. Terpaksa la merah pada punch card. 

Di tempat kerja pula, sangat banyak kerja yang tak akan pernah habis dengan terpaksa hadap dengan bos yang suka marah-marah lagi. Makan pun mana sempat je. Waktu rehat pula bergegas pergi bilik rehat bukan untuk rehat tapi untuk pam susu supaya stok tak putus dan nak susu badan sentiasa dihasilkan. 

Rutin yang sama berlaku setiap hari dan ini sangat memenatkan!! Disebabkan penat dan stress, susu pun segan nak keluar, makin hari makin drop. Mula rasa macam tak dapat bagi yang terbaik untuk anak. Tambahan, kulit saya pun rasa macam semakin kusam.

Sangat penat sampai ada satu hari saya menangis seorang diri. Dengan tekanan dan emosi yang tidak stabil, dengan keadaan badan yang sangat penat hampir setiap hari, sakit belakang, sakit pinggang, lenguh-lenguh badan dan macam-macam lagi, saya tekad untuk mencari satu penyelesaian.

Suatu hari saya google tentang cara macam mana untuk kembali bertenaga bagi seorang ibu menyusu. Jadi daripada hasil pencarian itu saya jumpa banyak orang post berkaitan dengan Set Menyusu Shaklee. Tanpa berlengah lagi saya terus order satu Set Menyusu Shaklee yang lengkap. Masa tu saya fikir "kalau tak menjadi at least aku usaha, selebihnya aku serah semua pada Allah"

Selepas sebulan saya konsisten amalkan set ini, saya terkejut dengan perubahan pada diri saya. Saya menjadi lebih aktif, badan saya sangat bertenaga, emosi saya stabil, saya tak ada lagi masalah lenguh-lenguh badan, sakit belakang dan sakit pinggang tu, malah susu saya pun jadi semakin meriah. Dan bonus yang saya dapat adalah kulit saya jadi semakin halus, lembut dan cerah sedikit. Tiada lagi kulit kusam. Beza sangat dengan sebelum ni.

Jadi bagi ibu menyusu yang bekerja dan yang mengalami maslah seperti ini, anda jangan risau, Set Menyusu Shaklee mampu membantu masalah anda. Saya sebarkan kebaikan ini supaya dapat membantu ibu-ibu semua untuk kembali ceria dan bertenaga untuk menguruskan aktiviti harian dengan lebih baik.

Bagi ibu menyusu yang pertama kali berurusan dengan saya untuk dapatkan set menyusu Shaklee, anda akan dapat harga yang istimewa dan juga KONSULTASI PERCUMA dari saya.

Boleh terus wasap saya sekiranya anda inginkan lebih penjimatan. Cadangan terbaik pastinya saya berikan untuk anda semua. Saya kongsikan juga dengan anda semua tentang kenapa ibu menyusu sering letih. Klik sini.

Your Breasfeeding Partner,
Asmarehan Alias
0129388321



Continue Reading

7 TIPS PENTING UNTUK IBU MENYUSU

7 TIPS PENTING UNTUK IBU MENYUSU

Menyusu adalah satu pengalaman yang sangat berharga yang mana tak semua ibu mampu melakukannya. Menyusu adalah sesuatu yang sangat mencabar bagi setiap ibu. Namun lain ibu lain cabaran yang di hadapinya. Sebagai seorang yang bakal bergelar ibu tak lama lagi atau baru saja bergelar ibu, anda seharusnya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Disini saya kongsikan 8 tips penting untuk ibu menyusu tak kira samada bakal ibu atau baru sahaja bergelar ibu. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua

7 TIPS PENTING UNTUK IBU MENYUSU

1. TIDAK MENYUSUKAN ANAK TIDAK BERMAKNA ANDA GAGAL MENJADI SEORANG IBU YANG BAIK
Lain ibu, lain bahagian rezekinya. Ada ibu dikurniakan rezeki susu yang melimpah ruah sampai selalu mengalami bengkak susu yang amat dasyat. Ada ibu yang mengalami masalah susu sedikit dan tidak cukup untuk keperluan harian bayinya. Usah stress sengan menyalahkan diri sendiri.

Usaha selagi mampu. Banyak sangat teknik untuk membanyakkan susu ibu, makanan yang meningkakan susu ibu, teknik power pumping dan sebagainya.

Tapi bagi ibu yang terpaksa menambah susu dengan memberikan susu formula pun tidak salah. Buatlah apa yang terbaik untuk anak dan keluarga anda. Jangan dengar suara-suara sumbang yang bercakap itu dan ini kerana ini pilihan terbaik anda.

Kelilingi dengan mereka yang bersifat positive supaya dapat membantu dari segi emosi sebagai galakan untuk anda. Sokongan dari orang sekeliling mampu melancarkan pengaliran susu yang lebih baik.

2. CABARAN UNTUK MULA MENYUSUKAN ANAK
Pada mulanya memang mencabar untuk menyusukan bayi lagi-lagi bagi ibu yang kali pertama menyususkan bayi. Lain ibu lain cabarannya. Ada yang mengalami luka pada puting menyebabkan proses penyusuan terganggu dan ibu tiada jalan lain selain memberhentikan menyusu pada puting sebelah tersebut. Ada juga yang belum pandai memerah susu dengan tangan dan pam susu yang dibeli ibu langsung tidak sesuai menyebabkan susu yang keluar hanyalah sedikit tetapi payudara bengkak. Jadi ibu mesti belajar teknik-teknik untuk menyusus. Ia menjadi lebih senang dan tenang. Bersabar dengan semua dugaan tersebut untuk beberapa minggu sahaja. Selepas itu, ia akan menjadi lebih mudah.

3. BERJUMPA DOKTOR JIKA RASA SAKIT SEMASA MENYUSU

Sila berjumpa dengan doktor jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena semasa proses penyusuan samada masalah susu, payudara atau sebagainya untuk ketahui samada ianya normal atau ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin anak anda mempunyai masalah tali lidah pendek yang menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan lekapan yang betul. Ia akan mengganggu proses penyusuan tetapi perkara ini tidak perlu risau. Ia hanya perlu pembedahan kecil sahaja untuk membetulkan tali lidahnya sebelum dapat menyusu dengan baik

4. GUNA PELINDUNG PUTING (NIPPLE SHIELD) JIKA PERLU
Apa itu pelindung puting atau kita panggil nipple shield? Nipple shield dalam bahasa mudahnya ialah puting tiruan yang dipakikan dipayudara semasa penyusuan. ia biasanya diperbuat daripa silikon, getah atau lateks. Pelindung ini akan melitupi kawasan areola payudara. ia mempunyai lubang kecil yang membolehkan susu mengalir keluar semasa bayi sedang menyusu.

Mengapa pelindung puting diperlukan?

  • Membantu mengurangkan masalah lekapan semasa menyusu
  • Membantu bayi yang pra-matang supaya melekap dengan lebih baik
  • Membantu mengurangkan rasa sakit jika ibu sedang mengalami sakit pada puting.
  • Membantu bayi yang lebih suka puting tiruan
  • Disarankan menggunakannya hanya selepas beberapa hari kelahiran sahaja.

5. NURSING PAD YANG BOLEH DICUCI

Nursing pad yang boleh dicuci dan digunakan semula dapat menjimatkan kos. Jika pilih nursing pad yang jenis kain lebih bagus kerana ianya lembut dan lebih selesa berbanding yang jenis pakai buang.

6. ANAK SUKA MENGGIGIT PUTING KETIKA MENYUSU
Tips ni berkesan bagi anak yang suka menggigit puting ibu semasa sedang menyusu. Senang sahaja, bila anak menggigit, picit sahaja hidung anak untuk beberapa saat supaya anak membuka mulutnya untuk bernafas. Ia tidak membahayakan anak anda. Cuba lah dalam 2 3 kali pasti menjadi.

7. POSISI MENYUSU JIKA ANDA MELAHIRKAN ANAK SECARA PEMBEDAHAN

Pergerakan akan lebih terbatas bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan berbanding ibu yang normal. Tempat luka pembedahan akan merasa sangat sakit jika ibu memilih posisi menyusu yang salah. Sebaiknya, posisi yang terbaik adalah dengan menyusu sambil baring mengiring bersama-sama bayi. ia akan memberi lebih keselesaaan kepada ibu dan juga bayi.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua ibu.
Continue Reading

Monday 12 March 2018

KESALAHAN DALAM MENGENDALIKAN SUSU IBU PERAHAN DAN PENYELESAIANNYA

KESALAHAN DALAM MENGENDALIKAN SUSU IBU PERAHAN DAN PENYELESAIANNYA

Mengendalikan susu ibu perahan bukanlah mudah seperti yang disangka. Susu ibu perahan sangatlah sensitif. Jika salah cara mengendalikannya, maka susu tersebut tidak dapat bertahan lebih lama dan akan cepat rosak. Jika ibu tidak mendalami ilmu penyusuan secara details, akan mengakibatkan banyak masalah yang bakal berlaku.

Apa yang akan terjadi jika ibu tidak tahu bahawa susu perahan yang dikendalikannya itu tidak betul? Pastinya kesan akan dirasai oleh bayi. Kesian la kan, bayi yang terpaksa menanggung sakit akibat daripada kesalahan ibu sendiri.

Ini banyak berlaku di kalangan ibu menyusu yang bekerja kerana ibu perlu mengepam susu di pejabat untuk disimpan dan diberi kepada pengasuhnya. Ibu juga perlu mengajar pengasuh mereka tentang cara pengendalian susu ibu perahan supaya kesalahan sebegini tidak akan berlaku.

KESAN JIKA SUSU IBU PERAHAN TIDAK DIKENDALIKAN DENGAN BETUL

Pastinya kesan yang diperoleh adalah kepada bayi yang diberi susu perahan tersebut.

1. Bayi akan meragam
2. Bayi kembung perut
3. Bayi akan mengalami muntah-muntah
4. Berlaku jangkitan kuman pada bayi
5. Bayi mudah mendapat penyakit
6. Sistem imunisasi bayi berkurang

KESALAHAN DALAM MENGENDALIKAN SUSU IBU PERAHAN DAN PENYELESAIANNYA

1. PERUBAHAN SUHU YANG MENDADAK
Kesalahan
❌Lepas pam susu terus bekukan
❌Bawa turun susu yang beku dari freezer dan terus panaskan
❌Panaskan susu dengan air mendidih

Sepatutnya
☝Selepas pam susu, biarkan susu pada suhu bilik kemudian sejukkan dahulu di peti ais bawah (chiller) baru bekukan
☝Untuk panaskan susu, bawa turun dahulu susu beku dan biarkan ia mencair di bahagian chiller. Setelah sepenuhnya mencair baru panaskan dengan air suam-suam kuku sahaja.

2. JANGAN GONCANG SUSU IBU
Kesalahan
❌Setelah panaskan susu, anda goncang susu tersebut.

Sepatutnya
☝Hanya alirkan perlahan susu ibu dan terbalikkan botol ke atas kemudian kebawah sehingga susu sebati (bercampur)

3. BUANG SUSU YANG TELAH ROSAK
Kesalahan
❌Bayi diberi susu yang lebih dari satu jam setelah dipanaskan dan menyimpan baki susu yang tidak habis diminum

Sepatutnya
☝Susu yang sudah sampai tarikh expired, susu yang sudah dipanaskan lebih dari satu jam tetapi tidak dihabiskan oleh bayi, dan susu yang lebih 4 jam pada suhu bilik perlu dibuang dan jangan disimpan atau beri semula pada bayi. Tiada istilah "sayangnya nak buang'' dalam susu ibu ni. Lebih baik kita elakkan risiko daripada bayi yang terpaksa sakit.

4. SUSU IBU HANYA BOLEH DICAMPUR PADA SUHU YANG SAMA
Kesalahan
❌Ibu pam susu pada waktu pagi kemudian simpan dalam peti ais. Ketika tengah jhari, ibu pam susu dan kemudian terus mencampurkan susu yang baru dipam kedalam bekas yang dipam pagi tadi

Sepatutnya
☝Susu yang di pam pada hari yang sama tetapi pada masa yang berbeza  boleh dicampurkan dengan syarat suhu perlu sama dahulu

5. KEDUDUKAN SUSU IBU PERLU DALAM PETI AIS DAN TIDAK BERCAMPUR
Kesalahan
❌Susu ibu disimpan di bahagian rak tepi pintu dalam peti ais. Malah diletakkan berselebahan dengan bahan mentah seperti ayam dan daging dan tidak bertutup.

Sepatutnya
☝Susu ibu perlulah disimpan didalam peti ais dan dibahagian dalam. Sebolehnya khaskan 1 rak peti ais hanya untuk letakkan susu ibu sahaja. Contohnya di bahagian chiller. Suhu peti ais di kawasan ini lebih stabil dan susu akan tahan lebih lama
☝bahan basah seperti ayam, ikan atau daging dibahagian beku perlu disimpan dalam bekas bertutup dan kedap bau supaya bau bahan mentah tidak menyerap ke dalam susu ibu.

Ini lah antara 5 kesalahan dalam mengendalikan susu ibu perahan dan cara untuk menyelesaikannya. Bukan mudah tetapi ianya perlukan cara dan teknik yang betul melalui ilmu pengetahuan berkaitannya. Ibu menyusu perlu banyak belajar dan membaca supaya sentiasa dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam dunia penyusuan. 

Semoga perkongsian ini mendapat seribu kebaikan kepada ibu-ibu semua.
Continue Reading

5 SEBAB KENAPA IBU MENYUSU SELALU LETIH

5 SEBAB KENAPA IBU MENYUSU SELALU LETIH

Menyusu adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan sebenarnya jika dinikmati dengan sebaikknya. Namun ia akan menjadi suatu proses yang sangat memenatkan dan meletihkan jika ibu tidak mendalami ilmu penyusuan dengan betul dan mencari punca mengapa ianya terjadi.

KESAN JIKA IBU SELALU LETIH

Apa akan jadi jika keadaan ibu selalu letih, lemah badan, lemau, tidak bermaya dan tidak bertenaga? Pastinya ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Susu ibu akan mula merudum disebabkan faktor-faktor tersebut. Disebabkan oleh susu mula berkurang, mula lah ibu akan semakin stress dan emosi mudah terganggu kerana merasakan dirinya tidak mampu mengenyangkan bayinya yang mengakibatkan bayi cepat meragam disebabkan oleh susu tidak mencukupi. Oleh sebab itu, ibu seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang tempoh penyusuan.

Jadi, apakah punca ibu menyusu selalu merasa letih dan lemau? Jadi saya kongsikan dengan para ibu semua 5 sebab kenapa ibu menyusu selalu letih.

5 SEBAB KENAPA IBU MENYUSU SELALU LETIH

1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK CUKUP NUTRISI
Selepas bersalin dan melalui tempoh berpantang, ibu perlu jaga pengambilan makanan betul tak? Setiap hari makan nasi putih hangat, ikan panggang. Ayam tak boleh sentuh langsung, sayur ada yang boleh ada yang tak boleh. Ada sayur yang sejuk ibu berpantang tak boleh makan. Buah pun tak boleh ambik. Lagi-lagi berpantang dengan mak mertua. Eh, mak sendiri pun apa kurangnya. Sama saja kalau mak-mak ni memang mereka akan memerhati je apa yang kita makan. Itu tak boleh ini tak boleh. Habis tu yang boleh makan cuma nasi dan ikan panggang saja. Ikan punkene pilih ikan-ikan jugak. Jadi mana nak dapat nutrisi yang cukup? Vitamin C, kalsium, vitamin B, zat besi dan sebagainya langsung tidak mencukupi untuk seorang ibu yang perlukan nutrisi lengkap supaya mendapat tenaga.

2. TIDAK CUKUP TIDUR
Bermulanya episod berpantang maka bermula jugalah episod ibu berjaga malam. Selain tidak cukup rehat, ibu menyusu juga kurang tidur. Kejap-kejap bayi terjaga malam nak susu. Kadang- kadang 5 atau 6 kali bayi terjaga daripada malam hingga ke pagi. Maka 5 atau 6 kali jugalah ibu akan bangun untuk menyusukan bayi. Mau tak penat kan. Jadi disarankan ibu mengambil peluang tidur jika bayi sedang tidur dan bangun semula apabila bayi bangun.

3. BAYI MENYUSU KERAP DAN LAMA
Sifat susu ibu yang cepat hadam menyebabkan bayi akan cepat lapar dan akan kerap menyusu. Begitu juga dengan bayi yang tidak puas menyusu mungkin disebabkan oleh susu ibu yang agak cair disebabkan oleh pemakanan ibu itu sendiri akan mengambil masa yang lama untuk kenyang. Dan hal ini akan menyebabkan ibu lebih kerap menyusukan bayi dan seterusnya menyebabkan ibu tidak cukup rehat.

4. EMOSI YANG TIDAK STABIL
Ibu menyusu yang sering stress menyebabkan emosi yang tidak stabil akan memberi kesan pada dirinya sendiri dari segi fizikal seperti tiada selera makan, mudah sakit kepala dan badan tidak cukup tenaga disebabkan diet yang tidak seimbang.

5. KURANG MINUM AIR
Dehidrasi akan berlaku jika ibu menyusu kurang minum air. Ini juga akan menyebabkan ibu mudah merasa lemah dan tidak bermaya serta lesu. Sakit kepala juga mungkin boleh menyerang dan berlakunya gangguan emosi pada ibu. Jadi ibu menyusu perlu minum air dengan cukup.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan bayi sehingga umur dua tahun.
Continue Reading

Sunday 11 March 2018

KEPERLUAN NUTRISI YANG IBU MENYUSU WAJIB TAHU

KEPERLUAN NUTRISI YANG IBU MENYUSU WAJIB TAHU


Ramai sangat ibu menyusu sekarang ini yang 'tak pantang' dalam pengambilan makanan harian mereka. Ada juga yang makan ikut sedap tekak saja tanpa kira samada ianya baik untuk ibu dan bayi atau sebaliknya.


Pengambilan makanan ibu sangatlah penting supaya bayi yang menyusu mendapat keperluan nutrisi yang cukup. Malah ibu juga perlu lebih peka dan menitik beratkan lagi pengambilan makanan harian mereka untuk memastikan keadaan ibu sentiasa bertenaga dan sihat.

Kesan Jika Ibu Tidak Mengambil Makanan Bernutrisi


1. Tumbesaran bayi terganggu
2. Ibu akan cepat letih
3. Ibu akan mudah mengalami tekanan
4. Susu akan berkurang
5. Kualiti susu ibu yang dihasilkan adalah rendah
6. Susu ibu cair
7. Bayi mudah terkena penyakit
8. Risiko ibu untuk mendapat penyakit osteoporosis
9. Kulit tidak cantik

10. Bayi tidak puas menyusu


Jadi saya kongsikan dengan ibu-ibu semua 7 jenis keperluan nutrisi lengkap bagi ibu yang masih menyusu bayi.

Ibu wajib ambil berat!


KEPERLUAN NUTRISI YANG IBU MENYUSU WAJIB TAHU


1. KEPERLUAN PROTEIN
Contoh sumber protein yang boleh didapati adalah daripada daging, ayam, makanan laut, keju, telur, taufu, susu, yogurt dan cheese. Untuk melengkapi keperluan protein dalam badan, ibu menyusu perlu makan 2 hingga 3 hidangan protein dalam sehari.

Memakan dalam jumlah protein seperti yang diperlukan badan yang menyusukan boleh membantu memaksimumkan bekalan susu anda, yang secara langsung akan membantu mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi 2009 “Kejururawatan dan Sains Kesihatan” melaporkan bahawa kepekatan protein dalam susu ibu ditentukan dengan jumlah pengambilan kalori dan lemak seorang ibu.



Tambahan lagi, ibu yang menyusu perlu makan apabila berasa lapar.

2. KEPERLUAN KALSIUM

Contoh sumber kalsium yang boleh didapati adalah daripada susu lembu. susu kambing, tauhu, yogurt dan cheese. Seperti ibu mengandung, ibu menyusu juga perlu cukup kalsium dalam menu pemakanan seharian.

Kalsium penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang sedang disusui dan  yang sedang membesar. Sekiranya tidak cukup pengambilan kalsium oleh ibu dalam menu sehariannya, kilang susu ibu akan mengambil sumber kalsium daripada tulang dan gigi ibu.

Lama-kelamaan akan menjejaskan badan ibu yang menyebabkan ibu cenderung untuk mengalami osteoperosis dan kerapauhan gigi dalam usia yang lebih muda. Jadi pengambilan kalsium perlu dititik beratkan.

3. KEPERLUAN ZAT BESI
Contoh sumber zat besi yang boleh didapati adalah kekacang, daging merah, makanan laut, ikan bilis, buah-buahan kering dan lain-lain. Zat besi adalah nutrien yang juga perlu di ambil oleh ibu yang menyusu. Seperti ibu yang mengandung, zat besi dapat membantu mengelakkan masalah anemia ibu mengandung. Sama seperti ibu menyusu, zat besi yang cukup adalah perlu.

Zat besi membantu ibu menyusu supaya tidak mudah pening dan sebagainya. Jumlah zat besi harian yang perlu di ambil untuk ibu menyusu yang berumur lebih 19 tahun adalah 9 miligram setiap hari

4. KEPERLUAN VITAMIN C

Contoh sumber vitamin c yang boleh didapati adalah buah-buahan sitrus segar dan sayur-sayuran seperti brokoli, buah-buahan seperti betik, oren, tembikai, jambu batu dan sebagainya. Vitamin C perlu di ambil dalam 120 miligram sehari oleh ibu menyusu yang berumur 19 tahun dan ke atas.Ibu menyusu memerlukan jumlah vitamin C lebih daripada ketika mengandung

5. KEPERLUAN VITAMIN B
Contoh sumber vitamin b yang boleh didapati adalah bayam, asparagus, brokoli, sawi hijau, daun bawang dan sebagainya. Vitamin B Complex sangat penting selain vitamin C. Pastikan ibu mengambil Vitamin B Complex yang bukan sahaja bagus untuk proses dalam badan, memberi tenaga, sistem saraf, melancarkan metabolisme badan malah sangat bagus untuk meredakan stress/tekanan ibu yang sedang menyusukan.

Kekurangan vitamin B mengakibatkan anemia, mengganggu fungsi otak, masalah depresi (tekanan perasaan), hilang daya memori, cepat letih, sesak nafas, insomnia, kurang fokus dan konsentrasi dan mudah tersinggung

6. KEPERLUAN MULTIVITAMIN
Mengikut RDA, ibu menyusu perlu mengambil multivitamin dalam menu seharian. Ibu boleh ambil supplement multivitamin untuk membantu meningkatkan kandungan pelbagai vitamin dalam badan. Multivitamin yang di ambil oleh ibu akan disalurkan untuk keperluan bayi yang disusuinya

7. KEPERLUAN AIR
Air sangat penting bagi ibu yang menyusukan bayi. Ibu menyusu memerlukan lebih 8 gelas sehari untuk memastikan badan terhidrat dan susu air ibu dapat dihasilkan dengan lebih baik. Air susu ibu seperti yang kita tahu adalah 70% daripada kandungan bendalir. Jadi ibu menyusu perlu minum air yang cukup malah lebih bagus jika di ambil lebih dalam sehari.

.
.

Jadi itulah antara 7 keperluan yang sangat penting bagi ibu yang masih menyusukan bayinya. Ibu sebolehnya jangan mengabaikan tanggungjawab ini terhadap bayi mahupun diri sendiri kerana ia akan memberi kesan yang buruk pada bayi.



Jadilah ibu yang bertanggungjawab.

Semoga entri kali ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang masih struggle untuk cukupkan keperluan nutrisi harian insyaAllah.



Continue Reading