Monday 17 September 2018

ISTILAH-ISTILAH DALAM DUNIA PENYUSUAN IBU

ISTILAH-ISTILAH DALAM DUNIA PENYUSUAN IBU



Mungkin ada ibu menyusu yang masih baru dalam dunia penyusuan yang belum tahu istilah-istilah ini kan.

Jom saya kongsikan dengan anda semua.

BF ➡ Breastfeeding

LAKTASI ➡ Keseluruhan proses menyusu susu ibu

PROLAKTIN ➡ Hormon yang meningkatkan pengeluaran susu ibu

EBM ➡ Expressed Breast Milk

FM ➡ Formula Milk

MARMET ➡ Teknik perahan susu menggunakan tangan

PUMPING / MENGEPAM ➡ Proses mengeluarkan susu menggunakan pam

TANDEM PUMPING ➡ Teknik perahan atau pengepaman sambil menyusukan bayi

POWER PUMPING ➡ Teknik pengepaman kedua belah susu selama beberapa minit setiap sebelah sesecara bergilir berterusan sehingga ke satu jam proses dilakukan

DEMAND AND SUPPLY ➡  Konsep ada permintaan susu dari bayi@apabila breast dikosongkan, maka akan adalah juga bekalan susu berdasarkan permintaan bayi atau susu baru berdasarkan ruang kosong tersebut.

MILKBOOSTER ➡ Agen/ sebarang pemakanan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu

FRESH EBM ➡ Susu ibu yang baru diperah

CHILLED EBM ➡ Susu ibu yang telah diperah dan disejukkan(bukan beku)

FROZEN EBM ➡ Susu ibu yang telah dibekukan

LEKAPAN ➡ Cara puting susu ibu dimasukkan ke mulut bayi

PENYUSUAN EKSKLUSIF / Exclusive Breastfeeding ➡ Bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa susu formula atau air.

PENYUSUAN PENUH / Full Breastfeeding ➡ Bayi mendapat susu ibu bersama makanan lain dan air tetapi tanpa susu formula atau susu alternatif yang lain.

PENYUSUAN SEPARA / Half Breastdfeeding ➡  Bayi diberi susu ibu bersama makanan tambahan lain

PENYUSUAN LANJUTAN / Extended Breastfeeding ➡ Bayi masih diberi susu ibu setelah melebihi usia 2 tahun

DIRECT FEEDING ➡ Penyusuan secara terus dengan ibu

BOTTLE FEEDING ➡ Penyusuan menggunakan botol susu

SUCTION ➡ Hisapan susu bayi

STIMULATION ➡ Stimulasi atau rangsangan terhadap puting susu

RELAKTASI ➡ Proses menyambung semula penyusuan susu ibu setelah berhenti seketika untuk suatu tempoh.

AREOLA ➡ Kawasan berwarna gelap pada puting susu ibu

Semoga bermanfaat untuk ibu yang baru saja masuk ke dunia penyusuan

Share jika bermanfaat untuk anda



#yourbfpartner
#teamyfg
Continue Reading