Tuesday 10 April 2018

8 JENIS MAKANAN LARANGAN IBU BERPANTANG

7 JENIS MAKANAN LARANGAN IBU BERPANTANG


Makanan adalah antara perkara penting yang patut dititik beratkan oleh ibu yang dalam tempoh berpantang. Ibu berpantang tidak boleh makan semua jenis makanan. Ia ada pantangnya. Ada makanan boleh dimakan dan ada juga yang dilarang makan oleh sebab-sebab tertentu.

Berpantang adalah satu tempoh untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah berpenat lelah berjuang di bilik bersalin dengan banyak darah yang keluar, dengan luka yang dijahit, dengan mengeluarkan banyak tenaga untuk meneran semasa proses kelahirang, dengan rahim bengkak dan sebagainya. Maka sebab itu lah ibu berpantang perlu menjaga pemakanan yang betul-betul berkhasiat. Tidak seperti sebelumnya dimana ibu boleh makan apa saja yang mereka inginkan tanpa had. Ini kerana, pemilihan makanan yang dilarang akan menyebabkan masalah lain yang akan timbul. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan masa berpantang ibu menjadi kurang harmoni. Jadi dalam entry kali ini, anda akan mengetahu 7 jenis makanan larangan ibu berpantang.

Perlu ke Diet Khusus Semasa Berpantang?

Sebenarnya, tiada diet atau makanan khusus untuk ibu berpantang. Pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut. Tiada halangan bagi ibu yang ingin mengamalkan pantang larang tersebut asalkan ibu mengambil diet yang seimbang dan makan secara sihat.

Beza Antara Ibu Yang Menjaga Dan Ibu Yang Melanggar Makanan Pantang

Ibu yang menjaga pantang mempunyai stamina yang kuat dan cergas untuk menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya mereka sendiri

✓ Stamina mereka kuat dan susah untuk mendapat sakit urat dan sendi kerana dalaman mereka sihat kesan daripada pemakanan yang menyihatkan semasa berpantang

✓ Bagi ibu yang melanggar pantang pula sering kelihatan penat, cepat mengantuk dan rasa letih itu akan membuatkan mereka cepat marah dan moody.

✓ Mereka juga senang untuk mendapat sakit sendi dan sakit urat, badann mudah masuk angin, jerawat tumbuh, senang gemuk serta berisiko untuk fibroid kerana rahim mereka tidak bersih daripada darah kotor dan juga ketidakseimbangan hormon.

8 Jenis Makanan Larangan Ibu Berpantang

1. Buah-buahan Sitrus


Menurut pakar laktasi, buah-buahan sitrus seperti buah oren boleh menyebabkan masalah penghadaman bagi sesetengah bayi. Jika anda mendapati bayi mengalami kembung perut, cirit birit atau muntah-muntah selepas anda makan buah tersebut, maka sebaikknya anda mengelak untuk mengambilnya lagi.

Walaubagaimana pun, kita disarankan mengabil serat kerana ia amat penting untuk mengelak masalah sembelit ibu. Sebaiknya anda boleh mencuba dahulu buah tersebut. Jika tiada apa-apa kesan pada anda dan bayi, maka boleh teruskan.

2. Kafien


Minuman berkafien seperti kopi, teh dan nescafe sememangnya kegemaran bagi sesetengah ibu. Akan tetapi ibu perlu mengurangkan pengambilan minuman berkafien tersebut kerana terdapat kajian yang mendapati jumlah kafien yang terlalu banyak boleh menjejaskan penghasilan susu badan.

Pengambilan kafien berlebihan juga boleh mneyebabkan ibu mengalami dehidrasi tubuh dan juga akan mengganggu kualiti tidur bayi seterusnya akan membuatkan bayi meragam.

Akan tetapi jika kafien tidak memberi apa-apa kesan buruk pada anda dan bayi, boleh la mengambilnya dalam kadar kuantiti yang sedikit, 1 cawan sehari. Kafein juga terdapat dalam coklat.

3. Kekacang


Jika anda penggemar kacang dan kekacang, pastikan ambil dalam kuantiti yang sedikit dahulu. ini kenana komponen alergenik yang ada dalam kacang mampu dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Biasanya ibu yang mengambil kacang, bayi nya akan mudah untuk mendapat ruam, bintik-bintik merah atau bengkak. Manakala jika tiada sebarang tanda tersebut, ibu boleh mengambilnya.

4. Ikan Kering


Ikan kering adalah antara jenis makanan yang diperam. Oleh sebab itu, ikan kering adalah bukan dari sumber protein yang segar dan tiada nutrisi akibat dari proses pengeringan tersebut. Namun, ramai di kalangan ibu berpantang memilih ikan kering sebagai makanan mereka disebabkan oleh kepercayaan mereka bahawa jenis-jenis ikan tertentu seperti ikan duri, pari, sembilang, terubuk akan menyebabkan bentan. Hal ini kerana mereka ingin mengelakkan daripada makan sumber protein lain seperti ayam, daging mahupun telur sedangkan makanan tersebut baik untuk penyembuhan luka ibu selepas bersalin.

Menurut sesetengan bidan juga, pengambilan ikan kering akan menyebabkan darah nifas berbau, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

5. Makanan Berlemak Tinggi

Makanan berlemak tinggi sememangnya sangat tidak baik untuk ibu berpantang yang ingin kembalikan bentuk tubuh seperti anak dara. Makanan berlemak dan berminyak bukan sahaj menyukarkan pencernaan, ia juga menambah kuantiti lemak jahat yang terkumpul dalam badan. Ini akan mneyukarkan lagi ibu untuk menguruskan badannya.

6. Makanan Segera

Makanan segera bukan sahaja tidak bagus untuk berpantang, malah ia juga perlu dielakkan oleh golongan lain juga seperti ibu menyusu, ibu mengandung, kanak-kanak, warga emas dan boleh dikatan semua golongan. Ini kerana makanan segera seperti KFC, McDonald, Maggie dan sebagainya mengandungi nutrisi yang sangat rendah selain kandungan gula dan MSG yang sangat tinggi.

7. Minuman Berais


Ini juga antara pantang larang terbesar bagi ibu berpantang. Ibu berpantang sebeaiknya tidak mengambil minuman berais semasa dalam tempoh berpantang 44 hari atau 100 hari. Ini kerana minuman sejuk akan menyebabkan ibu sering mengalami sakit-sakit badan, sengal-sengal tubuh, badan berasa lemah dan sebagainya. Ais juga boleh mengganggu pengeluaran susu badan ibu.

8. Jamu dan Herba Tertentu

Kebanyakan ibu yang bakal melahirkan bayi biasanya akan siap-siap membeli jamu atau herba tertentu untuk digunakan semasa berpantang supaya dapat kembalikan bentuk badan kepada asal. Bukan semua jamu dan herba sesuai untuk anda makan semasa dalam pantang. Ada yang menyebabkan bayi tidak selesa dan serasi dan akan menyebabkan penyakit kuning atau dikenali sebagai jaundis.

Sebagai alternatif, anda boleh mengamalkan pemakaian tapel, param, pilis secara luaran untuk tetap menjaga kesihatan dan berpantang.

Kunci utama untuk pengambilan makanan bagi ibu berpantang adalah pastikan setiap sumber keperluan nutrisi seperti proetin, karbohidrat, vitamin, serat, zat besi dan sebagainya dipenuhi mengikut kuantiti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Justeru itu, ibu berpantang haruskan menerima rationalnya tentang pantang larang pengambilan makanan ini.

0 comments:

Post a Comment