Thursday 12 April 2018

3 JENIS BENTAN IBU BERPANTANG DAN CARA MERAWATNYA

3 JENIS BENTAN IBU BERPANTANG DAN CARA MERAWATNYA



Bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin.  Dalam masyarakat melayu, bentan dipercayai sebagai akibat melanggar pantang larang selepas bersalin. Antara contoh pantang larang selpas bersalin adalah berjalan dengan langkah yang kecil, berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan, dan sayuran yang dikatakan sejuk, ikat rambut tinggi-tinggi, tidak keluar rumah dan sebagainya.

Apa Itu Bentan?

Bentan adalah bahasa orang kampung manakala istilah perubatan pula ialah komplikasi selepas kelahiran. Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses berpantang selepas bersalin. Ibu boleh mengalami sakit-sakit badan, sakit urat dan pinggang, demam, badan berasa seram sejuk, pening, loya, tumpah darah, sakit pada bahagian peranakan, sakit pada bahagian luka kelahiran dan jantung berdegup kencang.

Punca Bentan Berlaku

Antara punca yang menyebabkan bentan berlaku adalah jika ibu mengambil makanan sejuk atau tersepak benda keras. Akibatnya badan berasa seram sejuk seperti hendak pitam. Hal ini berlaku kerana semas menjalani proses berpantang, badan ibu masih lagi lemah dan belum sembuh sepenuhnya. Jika ibu mengalami masalah ini, sukar untuk ia sembuh dengan kadar segera dan mengambil masa yang agak lama sehingga berminggu-minggu dan ada yang berbulan-bulan. Akibatnya, proses berpantang menjadi semakin panjang dari tempoh sepatutnya.

Jadi dalam entry kali ini saya anakn kongsikan kepada anda semua 3 jenis bentang ibu berpantang dan cara merawatya. Jom teruskan menambah ilmu.

3 Jenis Bentan Ibu Berpantang

1. Bentan Urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari. Seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas dan wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim

Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan. Jika terjadi bentan urat peranakan ini, ibu digalakkan baring di lantai tanpa alas bantal, alas punggung dengan 2 biji bantal atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah.

3. Bentan Urat Besar (Urat Pinggang)

Urat besar ia;ah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lengun dan sakit di bahagian belakang, pinggang dan tumit kaki sehingga ibu berjalan berdingkit-dingkit. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin melaui cara pembedahan.Oleh itu, ibu perlu berehat dan kurangkan pergerakan

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Jadi disini saya kongsikan dengan anda cara untuk mengelak dan merawat bentan.

Cara Mengelak Dan Merawat Bentan

1) Banyakkan Berehat

Disebabkan oleh tempoh kehamilan yang panjang dan juga tempoh bersalin yang menyakitkan, ibu seharusnya memberi ruang kepada diri sendiri untukbanyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat kerja berat termasuk mandikan anak. Minta lah bantuan suami atau penjaga lain untuk membantu anda.

2) Elak Jangkitan Kuman

Disebabkan oleh dara kotor iaitu darah nifas masih belum bersih sepenuhnya lagi, ibu selepas bersalin amat mudah untuk mendapat jangkitan kuman di bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan diri anda untuk mengelak jangkitan kuman.

3) Jaga Pemakanan

Masalah bentan ini juga turut dipengaruhi oleh faktor pemakanan ibu. Ibu hendaklah memastikan pengambilan makanan mereka sihat dan berkhasiat. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda. Boleh rujuk disini jika anda ingin mengetahui Jenis Makanan Larangan Ibu Berpantang. Jika anda mengalami bentan teruk seperti tumpah darah dan demam yang tinggi serta badan menjadi searm sejuk, segeralah mendapat rawatan daripada doktor. Perlu diingat bahagian dalam ibu belum sembub sepenuhnya  dan jangan biarkan bentan berlarutan tanpa dirawat.

Walaupun segelintir orang berkata adar-adat berpantang ini sebagai satu perkara yang ketinggalan zaman disebabkan arus moden, namun kita sebagai wanita kene betul-betul menjaganya kalau kita betul-betul nak kekal cantik sampai ke tua. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

0 comments:

Post a Comment