Tuesday 23 October 2018

PERTAMA KALI DI SEMINAR MASTER OF THE GAME, TERBAKAR HABIS!!

Assalamualaikum,

Hello hello hai semua. Blog saya ni dah tak berhabuk dah, hurrayyy!!! Dan licin dah di lap cantik-cantik.

Untuk entri kali ni saya macam tak sabarnya nak kongsi dengan anda semua berkaitan dengan Seminar Master Of The Game RYG yang saya hadir tanggal 21hb Oktober lepas. Ini adalah seminar RYG pertama yang saya hadir. 



Dari Terengganu ke Batu Pahat dan terus ke KL untuk seminar ni, saya angkut sekali dengan suami dan anak-anak sebagai peneman setia. Sampai di KL, kami tinggal di sebuah hotel di Batu Caves. Esoknya tu saya pergi ke seminar bersama-sama dengan kawan satu bisnes. Suami yang tolong jagakan anak-anak sepanjang seharian saya di seminar. Thank you sayang 😊

Untuk pengetahuan korang, seramai 350 orang yang hadir di seminar yang dikendalikan oleh Master saya iaitu Master Dr. Hasifah Mohd Yusoff. Bertempat di Dewan Mahar Cinta, M3 Mall. Tau tak saya tersangat-sangat teruja untuk ke seminar tu. Sebelum perginlagi saya dah tau yang saya akan dapat sesuatu yang sangat berharga disana.

Bermula dengan pengisian dari Master Dr. Hasifah, buatkan saya semakin yakin dengan halatuju dalam bisnes yang saya sedanh bangunkan ini iaitu bisnes Shaklee.

Master Dr. Hasifah

Boleh dikatakan setiap kata-katanya sangat tepat dan mengena dengan diri ini. Semua orang boleh buat bisnes tapi tak semua orang mampu bertahan dalam bisnes, hanya mereka yang punya hati yang kuat sahaja akan berjaya lalui fasa-fasa dalam perniagaan.

Menjadi agen kepada syarikat besar seperti Shaklee sebenarnya ia bukan hanya sekadar agen, tetapi ianya adalah kerjaya kita yang mampu beri pendapatan yang lumayan. Dalam RYG sendiri dah ramai yang buktikan mereka sangat mampu untuk mendapat pendapatan. Ada yang income 4 angka sebulan, ada yang 5 angka dan ada yang dah cecah 6 angka sebulan!!

Percaya atau tak, ini adalah kenyataan yang sebenar. Mula-mula saya sendiri tak percaya, akan tetapi bila saya lihat penyata bonus mereka, mata saya jadi terbeliak dan saya mula yakin!

BIG WHY

Masa slot BIG WHY ni lah yang buatkan semua orang di dewan tertunduk menangis termasuk lah kakak-kakak catering dan juga abang-abang cameraman.

Satu dewan sunyi, yang kedengaran hanyalah esakan tamgis kecil kami termasuk lah saya sendiri. Sungguh, big why adalah yang terpaling penting bagi setiap individu yang sedang berbisnes. Kenapa nak sangat buat bisnes ni? Untuk siapa kita buat bisnes ni? Semua persoalan ini adalah penguat diri untuk terus buat dan bina sampai berjaya apa yang diinginkan dalam hidup

Bersama Ticer Mona

Ini Ticer Mona, big why nya adalah sangat besar yang membuatkannya terus bertahan dalam bisnes. Saya ada kongsikan cerita ini di laman Facebook saya. Boleh klik Big Why Ticer Mona untuk cerita lanjut. Saya sendiri tak boleh nak tahan air mata dari jatuh laju.

Kemudian diikuti dengan cerita seorang wanita yang ditinggalkan suami yang sangat tidak bertanggungjawab dan ketika itu dia sedang sarat mengandungkan anak pertama! Sangat menyayat hati. Juga saya ada kongsikan di laman Facebook peribadi saya. Boleh klik Kisah Bunda Ali.

Bunda Ali

Semua yang ada di dewan ni punya kisah masing-masing. Kisah yang buatkan kami betul-betul terinspirasi. Jika kita rasa kita lah yang paling susah, banyak dugaan dan cabaran dalam hidup, sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah. Banyakkan bersyukur kita ni.

SURAT MINTA MAAF

Kemudian kami semua satu dewan ni diberi task untuk buat satu surat. Surat minta maaf kepada seseorang yang buatkan hati ni memberontak kerana belum dapat tunaikan sesuatu hajat untuk yang tersayang. Maka saya juga tulis surat itu. Saya tujukan surat minta maaf itu kepada ibu dan abah saya. Tulis sambil menahan esakan, sambil terbayang wajah ibu dan abah dikampung.

Ya, memang saya sedang bina bisnes ini untuk mereka selain untuk suami dan anak-anak saya. Saya sudah sangat jelas tujuan saya buat bisnes Shaklee ni.

Saya tahu dan saya sangat yakin bisnes ini mampu mengubah hidup saya sekeluarga dalam masa 2 3 tahun dari sekarang. Saya cuma perlu konsisten dan terus fokus.

Seminar ni betul-betul beri saya impak yang besar untuk saya buat dengan lebih baik. Kata-kata semangat dari otai-otai RYG sangat segar dalam fikiran ini.

Tiada yang mustahil dalam Shaklee.

Sudah ramai pemegang bonus 4 angka termasuk diri saya sendiri. Sudah ramai juga dalam group RYG kami yang sudah capai Car Bonus yang mana Shaklee beri cash setiap bulan dan duit tu kita boleh buat apa saja. Ada yang guna untuk buat downpayment kereta, ada yang buat untuk beli rumah, ada yang buat untuk taja ibu ayah ke umrah vvip dan sebagainya

Saya nak kongsikan gambar-gambar semasa di seminar


Bersama Master Cip

Satu-satunya adik beradik bisnes

Pun sama hihi

Sahabat baik dalam bisnes

Sideline a.k.a BFF

Duk tunggu nak bergambar dengan Master Cip, kita bergambo la sini dulu hihi


Nak mulakan bisnes Shaklee ni sangat tak susah. Tak perlu modal ribu-ribu, cuma daftar dengam RM65 sahaja, anda sudah boleh mulakannya.

Saya sedang buka 5 tempat untuk anda yang nak mulakan bisnes Shaklee bersama-sama team kami. 

Kita belajar sama-sama, kita buat sama-sama, kita susah sama-sama, kita senang sama-sama.

Yang betul-betul nak dibantu untuk ubah hidup, anda boleh terus wasap saya ke 012-9388321. Atau boleh tekan linkNak Bisnes Modal Rendah

Percayalah, anda takkan menyesal.

Asma,
Leader to YFG Empire.

#nakbisnes
#janaincome

0 comments:

Post a Comment