Thursday 8 February 2018

PUNCA RAMBUT GUGUR IBU MENYUSU DAN CARA MENGATASINYA

PUNCA RAMBUT GUGUR DI KALANGAN IBU DALAM PANTANG DAN JUGA IBU SEDANG MENYUSU BADAN

Masalah rambut gugur adalah perkara paling common yang berlaku di kalangan ibu menyusu. Mungkin ada yang tidak mengalami masalah sebegini tetapi peratusannya sangat rendah. Rata-rata wanita dengan masalah rambut gugur memang tidak dapat dipisahkan.

Punca Rambut Gugur Ibu Menyusu
Ibu Menyusu Rambut Gugur?

CikMa sendiri pun mengalami masalah yang sama selepas bersalinkan anak sulung, Malique Asyraf. Masa bang Malique masuk 3 4 bulan start gugur teruk dah masa tu. Nak sikat rambut pun takut. Sekali sikat masyaAllah....penuh rambut kat sikat. Ngeri tengok rambut sendiri yang super banyak macam tu

Tu belum cerita bab hari2 sapu lantai penuh rambut. Kadang-kadang atas tilam pun banyak rambut, atas sofa lagi, merata-rata rambut. Husband jenuh la dia bebel rambut cikMa je banyak atas lantai. Sambil dia sapu sambil bebel. Macam pakcik-pakcik pulak 😆

Masuk anak nombor 2, Mikael Azraff dah kurang gila rambut gugur. Pelik jugak. Orang kata bila baby start main buih air liur masa tu la rambut start gugur. Tapi adik Mikael main je buih air liur dia tapi tak gugur teruk pun. Ha start situ la cikMa rasa punca rambut gugur adalah bukan sebab baby main buih air liur. Itu cuma mitos sahaja yang masih diguna pakai sehingga kini. Biasa la orang tua kan. Hihi

Lets check it out punca-punca sebenarnya.

PUNCA-PUNCA RAMBUT GUGUR BAGI IBU MENYUSU

1. Perubahan Hormon

Semasa mengandung, hormon estrogen ibu hamil akan meningkat, jadi masa ni pertumbuhan rambut akan terhenti.

Apabila ibu bersalin dan selepas bayi berusia 3 atau 4 bulan, hormon estrogen ibu akan turun dan kembali ke paras normal. Dan waktu ini lah ibu-ibu akan mengalami masalah keguguran rambut yang amat dasyat sekali.

2. Tekanan

Lepas bersalin, ibu mesti lebih sibuk dari sebelumnya. Dengan nak prepare anak lagi, keperluan suami lagi dan lagi2 bagi ibu yang bekerja. Mungkin tekanan di tempat kerja dengan tugas2 yang perlu diselesaikan.

Semua ni membuatkan ibu tak sempat nak jaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jangan ambil mudah tau. Takkan nak tunggu botak atau rambut nipis dulu baru nak jaga hehe.

3. Berusia Dan Memiliki Anak Ramai

Ibu yang lebih berusia dan sudah mengandung lebih dari 3 kali mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran rambut.

Sebab tu boleh lihat kebanyakkan orang tua mempunyai rambut yang sangat nipis kat bahagian tengah-tengah hingga menampakkan kulit kepalanya.

4. Pola Pemakanan Yang Tidak Sihat

Ini yang paling penting. Ibu menyusu yang sememangnya perlukan nutrisi yang cukup dan lengkap selain untuk keperluan bayi, ia juga untuk keperluan badan ibu sendiri.

Kadang-kadang ibu ingin kembalikan bentuk badan yang cantik semula lepas bersalin dan ibu mengawal diet membuatkan mereka kekurangan nutrisi penting untuk tubuh.

Penjagaan pemakanan ni perlu dititik berat kan oleh kaum wanita ya. Sebab kadar penuaan wanita lebih cepat berlaku berbanding lelaki.

5. Faktor Usia

Makin meningkat usia, makin kurang penghasilan kolagen dalam badan, makin kurang jugak pertumbuhan rambut baru

Makin berusia, ibu perlu lebih banyak nutrisi tau. Jadi muda-muda ni jom jaga pemakanan kita.

So korang dapat sesuatu tak?

Betapa pentingnya pemakanan yang kita ambil setiap hari mempengaruhi kesihatan badan dan rambut juga.

Jadi jangan pandang remeh perkara ni. Memang normal tapi jangan biarkan masalah ni jadi lebih serius. Takkan nak biar masalah ni sampai ke tahap botak kan. Korang nak ke botak diusia muda ke? Atau rambut menipis dari hari ke hari

Kalau tak nak mesti ikhtiar dari sekarang!!!

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEKARANG??




Jangan sampai botak baru nak bertindak okeh. Lakukan sekarang. Jom baca sampai habis cikMa nak share ni.

☝ Anda mesti makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi

☝ Jangan buat rawatan rambut seperti mengerinting, mewarna, rebonding sebab mostly rawatan tersebut menggunakan bahan kimia

☝ Jangan pakai rambut palsu kerana ia menyebabkan kulit kepala tak dapat bernafas dengan baik dan merosakkan folikel rambut

☝ Jumpa doktor jika masalah rambut gugur makin serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis

Semoga entry ini memberi seribu manfaat pada kita semua.

Your BF Partner,
Asma

FB Page : https://www.facebook.com/byasmarehanalias/?ref=settings


0 comments:

Post a Comment