Wednesday 21 February 2018

10 MAKANAN YANG IBU MENYUSU PERLU ELAKKAN

10 MAKANAN YANG IBU MENYUSU PERLU ELAKKAN

Assalamualaikum. 

Adalah normal bagi ibu menyusu yang cepat rasa lapar dan ada keinginan untuk makan macam-macam jenis makanan. Ibu mungkin akan rasa lapar walaupun baru makan 2 jam yang lalu. Makanan yang seimbang dan berzat sangat diperlukan oleh seorang ibu yang masih lagi menyusukan bayinya supaya keperluan nutrisi mencukupi untuk bayi mahupun diri sendiri. Namun, ramai ibu yang tak mampu mengambil makanan yang berkhasiat malah mengambil makanan yang kurang berzat dan makan secara alar kadar sahaja.



Pemakanan ibu juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan tiada masalah terhadap bayi apabila ibu mengambil sesuatu makanan. Tidak semua jenis makan yang boleh diambil oleh ibu menyusu. Jika ibu dapati bayi meragam, menangis, kebung perut, muntah, cirit-birit atau sebagainya, ibu perlu periksa makanan yang diambil

Jom saya kongsikan dengan ibu-ibu semua antara makanan-makanan yang ibu menyusu perlu elakkan atau kurangkan pengambilannya.

1. Kopi/teh
Seperti yang kita tahu, kopi dan teh mengandungi kandungan kafein. Kafein yang terdapat dalam kopi dan teh akan diserap kedalam badan ibu dan seterusnya disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Bayi tidak mampu mengeluarkan kafein dari badannya seperti orang dewasa, jadi ini akan menyebabkan bayi akan merasa tidak selesa, kembung perut atau sukar untuk tidur. Jadi ibu perlu kurangkan pengambilan kopi dan teh atau elakkan terus pengambilannya sepanjang tempoh penyusuan.

2. Buah-Buahan Sitrus
Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan perut bayi jika ibu mengambilnya. Bayi mungkin akan mengalami pedih perut, menangis, meragam atau boleh juga terjadi ruam lampin. Jika ibu inginkan pengambilan vitamin c, boleh gantikan dengan buah lain yang mengandungi vitamin c seperti betik dan mangga.

Coklat

3. Coklat
Antara makanan kegemaran kita semua betul tak? Hihi. Sama macam kopi dan teh, coklat juga mempunyai kafien tetapi kandungan kafeinnya jauh lagi rendah berbanding kopi dan teh. Jadi tak risau sangat kan. Tapi ibu perlu pastikan juga keadaan bayi jika mengalami masalah-masalah tertentu disebabkan oleh coklat, ibu perlu hentikan pengambilan coklat atau kurangkan.

4. Makanan Pedas Dan Berempah
Ada sesetengah ibu yang sangat gemarkan makanan yang pedas-pedas atau berempah. Jika anda mendapati bayi anda ada masalah perut tidak selesa, meragam dan sebagainya, ibu perlu mengelak dari mengambil makanan tersebut.

5. Makanan Bergandum
Makanan bergandum seperti roti canai, jemput-jemput, pasta boleh menyebabkan bayi anda meragam, perut tak selesa atau juga boleh menyebabkan najis berdarah. Jika anda mendapati simptom seperti ini berlaku, hentikan pengambilan makanan bergandum buat seketika. Jika bayi menunjukkan tanda-tanda positif selepas ibu hentikan makanan tersebut, ia bermaksud bayi alah kepada makanan bergandum

6. Kekacang
Makanan jenis kekacang juga boleh menyebabkan alahan kepada bayi anda. Jika anda mendapai bayi kembung perut, badan tidak selesa, meragam, segera hentikan pengambilan kekacang tersebut. 

Produk Tenusu

7. Produk Tenusu
Produk tenusu sepeerti yogurt, susu, keju, marjerin, dan sebagainya boleh menyebabkan beberapa jenis simptom kepada bayi seperli colic, muntah-muntah, sukar tidur malam dan eczema. Jika anda mendapai bayi anda mengalami simptom tersebut, hentikan pengambilan produk tenusu buat seketika sehingga bayi kembali sihat.

8. Makanan Laut
Makanan laut seperti udang, kerang atau sotong juga boleh memberi alahan kepada sesetengah bayi seperti gatal-gatal dan timbul ruam pada badan. Maka ibu perlu elakkan pengambilan makanan laut sepanjang tempoh penyusuan. 

Selain itu, kandungan merkuri yang tinggi dalam makanan laut seperti ikan yu, ikan todak, ikan tenggiri boleh menyebabkan sistem saraf otak bayi terjejas. Maka gantikan dengan makanan laut yang rendah merkuri seperti salmon, tuna, udang dan ikan air tawar.

9. Telur
Ada sesetengah bayi yang alah kepada telur. Maka ibu perlu pastikan makanan yang berasaskan telur seperti kek, roti dan biskut perlu dikurangkan atau elakkan terus.

10. Bawang Putih
Pengambilan bawang putih secara berlebihan dalam makanan akan mempengaruhi bau dan susu badan ibu. Bayi mungkin akan menolak untuk menyusu kerana tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat

Ibu perlu mencuba dahulu sesuatu jenis makanan samada sesuai atau tidak kepada bayi anda. Tak semua makanan yang saya senaraikan di atas tu tidak sesuai, jika ibu makan antara makanan tersebut dan mendapati bayi tiada tanda-tanda negatif, maka ibu boleh teruskan mengambil makanan tersebut.

Semoga entri kali ini bermanfaat pada ibu-ibu semua. 

Terima Kasih

FB Page: By Asmarehan Alias
Ig: supermom_vitaspace

0 comments:

Post a Comment