Monday 26 February 2018

IBU MENYUSU JANGAN BUAT PERKARA INI | ASMAREHANALIAS

IBU MENYUSU, JANGAN BUAT PERKARA INI

Ibu menyusu

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh anda buat jika masih menyusukan bayi. Atau kita kata pantang larang. Sebenarnya ibu menyusu dan pantang larang ni agak sinonim dari segi pelbagai aspek.

Okey kat sini saya rungkaikan 5 perkata penting yang tidak bolej dilakukan oleh ibu menyusu.

1. Tak Mengepam Kerana Breast Tak Bengkak

Susu ibu akan terhasil apabila terdapat ransangan atau signal iaitu melalui hisapan secara terus (direct feeding) atau perahan berterusan (mengepam). Perkara ini lah yang ramai kurang faham bagaimana terhasilnya susu ibu. Mereka selalu anggap bahawa jika breat tidak bengkak maka tak perlu pam (khas untuk ibu yang bekerja)

Tahu kenapa breast tidak bengkak? Ini adalah kerana faktor pengambilan makanan ibu itu sendiri yang tidak seimbang dan  kurang berzat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein mampu merangsang pengeluaran susu ibu dengan cepat.

Cuba anda makan telur dalam kuantiti yang banyak atau daging atau ayam yang mengandungi sumber protein. Pasti pengeluaran susu adalah dengan kadar cepat. Tak percaya cubalah!

2. Pengambilan minuman bergas dan berais

Minuman bergas atau berkarbonat seperti pepsi, coca cola, mirinda dan sebagainya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Minuman berkarbonat ini tidak bagus jika diambil dalam jangka masa panjang kerana kandungan gas boleh menggangu sistem penghadaman dan usus kita.

Macam mana pula dengan minuman berais? Jika ibu minum minuman berais akan menyebabkan urat susu mengecut dan menyebabkan pengaliran susu terganggu dan pengambilan minumam berais juga akan menyebabkan ibu mengalami sengal kaki dan sakit badan.

Justeru itu ibu sangat disarankan minum air suam dan air panas supaya urat mengembang seterusnya pengaliran susu lancar.

Air berais juga akan menyebabkan masalah kegemukan. Jika ibu minum air berais selepas makan, ais akan membekukan minyak-minyak  dari makanan yang kita baru makan. Makan proses pencernaan pun akan menjadi lambat. Apabila minyak tadi menjadi lemak dan terbentuk di dinding usus, maka ia akan menyempitkan saluran usus menyebabkan akan datang pula pelbagai penyakit lain

3. Pengambilan minuman berkafein

Minuman berkafein seperti kopi dan teh adalah kurang baik untuk ibu menyusu. Mungkin ada yang kata minum kopi dapat tenaga tapi itu hanyalah sementara. Dan ada juga yang kata kopi mengandungi antioksida yang tingga. Ya memang betul tapi kita tak makan biji kopi ratah macam tu saja. Ia telah diproses dan mengandungi kafein lebih tinggi dari teh.

Kafien memusnahkan vitamin c dan b yang terdapat dalam tubuh badan kita. Ya memang betul. Boleh rujuk posy berkaitan di sini. Klik

4. Pengambilan supplemen diet

Apabila seorang ibu menyusu mengambil supplemen diet seperti minuman beriber, secara tidak langsung ibu itu telah mengurangkan zat asli dalam badan. Ibu mesti faham konsep pengambilan supplemen. Pengambilan supplemen adalah untuk mengisi kekosongan ruang nutrisi untuk mencukupi keperluan pengambilan makanan harian ibu menyusu dan bukan untuk menggantikan makanan ibu. Jika itu berlaku, khasiat sebenar akan berkurang dan akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu yang mana susu ibu sangat kaya dengan nutrisi dari pemakanan ibu.

Ibu-ibu boleh lihat perbezaan mengambil supplemen diet dan supplemen tambahan melalui hasil perahan susu ibu yang mana ibu yang mengambil supplemen diet mempunyai hasil perahan susu yang cair manakala ibu tang mengambil supplemen tambahan mempunyai susu yang lebih pekat, berkrim dan pastinya lebih enak!

5. Merungut setiap masa

Kita seharusnya banyakkan bersyukur dan bukannya merungut dan kecewa dengan hasil perahan yang diperolehi. Orang yang bersyukur akan ditambah nikmatnya oleh Allah s.w.t.

Lumrah manusia bila hasil perahan susu sedikit kita kecewa, stress dan rasa geram walhal bila hasil perahan susu banyak kita pula yang alpa dan lupa nak bersyukur. Ucaplah Alhamdulillah walaupun banyak mana sekalipun rezeki yang Allah beri. InsyaAllah keberkatannya akan menyusul.

Semiga entry kali ini bermanfaat bagi ibu-ibu di luar sana insyaAllah

Regards,.
Asma

Fb Page : By Asmarehan Alias
Ig : supermom_vitaspace

#yourBFpartner
#jombisnes2018
#infosharig

0 comments:

Post a Comment