Thursday 8 March 2018

5 TIPS KEMBALIKAN SUSU IBU SETELAH 'DROP'

5 TIPS KEMBALIKAN SUSU IBU SETELAH 'DROP'

Meyusukan bayi adalah salah satu perkara yang membahagiakan bagi para ibu jika ibu tiada apa-apa masalah serta susunya banyak. Namun apabila ibu mendapati bekalan susunya semakin hari semakin berkurang, ini akan menyebabkan mereka rasa risau dan panik takut tak dapat nak menyusukan bayinya sehingga 2 tahun. Sangat ramai di kalangan ibu menyusu yang mengalami masalah seperti ini. 

Faktor Susu Ibu Berkurang


1. Stress / Tekanan Emosi
2. Bayi Tidak Menyusu Dengan Betul
3. Tiada Deman Dan Supply
4. Ibu Kurang Makan Bernutrisi
5. Toksin Dalam Badan
6. Kerap Mengambil Minuman Berkafein
7. Kerap Minum Minuman Sejuk

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian kan. Jadi kalini saya nak kongsikan dengan ibu-ibu semua bagaimana nak kembalikan susu ibu setelah mengalami pengurangan atau kita kata sebagai 'drop'

5 TIPS KEMBALIKAN SUSU IBU SETELAH 'DROP'

1. BERTENANG
Ibu hanya perlu bertenang dan positif. Ingat kembali kenapa ibu2 memilih untuk menyusu susu ibu secara esklusif dari awal dulu?
Semuanya pasti ada jalan penyelesaian, susu ibu2 akan kembali ke kuantiti perahan oz seperti sediakala. Contohnya sebelum ini satu botol ibu2 mampu 4-5 oz, ya sekarang badan anda juga mampu hasilkan 4-5 oz seperti dulu. Katakan pada diri, anda hanya perlu usaha keras sedikit lagi untuk kembali ke oz idaman seperti dulu.
.
2. CIPTA MIND SET MEMBINA
Set kan dalam minda anda yang anda akan usaha sehingga berjaya kembalikan susu yang drop itu.
Set kan minda anda untuk usaha seperti jaga diri dan buat power pumping. Setkan yang badan anda bersedia ke arah usaha itu dan badan anda mampu pulih dan kembalikan susu yang telah drop itu dengan usaha yang anda bakal lakukan.
.
3. DISIPLIN IKUT JADUAL PAM

Disiplinkan diri dengan ikut jadual pam yang betul sekurang-kurangnya kosongkan payudara 2-3 jam sekali, paling lama 30 minit setiap sesi ketika di tempat kerja.
Jangan skip mengepam atau tunggu payudara penuh baru pam. Itu salah untuk penyusuan esklusif. Kerap kosongkan payudara anda mengikut jadual mengepam. Ketika pulang kerja, jangan lupa buat tandem pumping ketika anak tengah direct feeding dengan kita.
Kosongkan serentak payudara anda walaupun anda berada dirumah. Semua ini untuk tingkatkan demand penghasilan susu dari kilang susu badan anda.
.
4. BUAT POWER PUMPING PADA WAKTU MALAM
Power pumping dengan teknik yang betul sangat membantu. Pastikan anda tidur terlebih dahulu dan bangun kira-kira jam 2.00 – 3.00 pagi untuk buat power pumping atau/dan 5.00 – 6.00 pagi.
Jangan hanya buat satu malam, buat untuk semingu dua minggu atau sehingga badan anda pulih dan dapat hasilkan oz susu perahan yang dikehendaki. Di sini sangat pentingnya mind set membina seperti yang kita bincangkan tadi. *Teknik power pumping saya dah share dua hari lepas ðŸ˜‰
.
5. JAGA MAKAN
Pastikan anda jaga apa yang anda makan, elakkan kafein, makan makanan berkhasiat dan sihat, tingkatkan vitamin, dan untuk kesan yang pantas, kalau dapat pastikan anda perolehi ‘raja segala tumbuhan’ iaitu alfalfa yang hebat sebab ianya kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, zat galian, vitamin, enzim & fitokimia.Insyaallah anda akan dapat merasai kesannya sepantasnya dalam masa yang sama teruskan amalan pengosongan payudara secara kerap 2 ke 3 jam sekali.

Selain daripada 5 tips diatas, ibu juga perlu

 Cukup tidur
 Kawal stress
 Doa

Kesimpulannya, anda adalah penentu penyusuan esklusif bayi anda. Anda usaha, anda dapat!

-asma-

0 comments:

Post a Comment