Tuesday 27 March 2018

KEPENTINGAN NUTRISI BAGI KANAK-KANAK

KEPENTINGAN NUTRISI BAGI KANAK-KANAK

Pernah tak anda menghadapi situasi dimana anak anda sukar untuk makan? Saya yakin sebahagian besar dari kita mempunyai masalah ini betul tak? Termasuk lah diri saya sendiri sebagai ibu, anak saya juga dikategorikan sebagai 'peaky eater'. Sangat memilih untuk makan. Hanya mahu makan makanan kegemaran dia sahaja. Sudah semestinya keperluan nutrisinya kurang lengkap.



Jadi kita sebagai ibu bapa mesti mengambil berat tentang hal ini kerana mereka adalah amanah dan tangungjawab yang kita mesti tunaikan. Bukan tugas mudah bagi kita sebagai ibu bapa untuk memujuk kanak-kanak untuk makan kalau tidak kena pada gayanya.



Untuk entry kalini saya nak kongsikan pada anda semua berkaitan dengan KEPENTINGAN NUTRISI BAGI KANAK-KANAK dimana mereka kini sedang membesar dan sangat perlukan pemakanan yang cukup zat dan khasiat untuk membantu tumbesaran mereka tanpa sebarang gangguan.


MENGAPA KANAK-KANAK PERLUKAN NUTRISI LENGKAP?


1. Perkembangan Minda dan Intelektual 
Perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak akan terganggu jika jumlah pengambilan nutrien harian mereka tidak mencukupi. Oleh sebab itu, tumbesaran kanak-kanak dari segi fizikal termasuklah mata, minda dan pertumbuhan fizikal seperti tulang belakang dan sebagainya juga akan terganggu. Proses pembelajaran juga boleh terjejas disebabkan keperluan nutrisi mereka yang tidak lengkap. Semua ini adalah satu proses pembesaran bagi kanak-kanak dari umur satu hingga tujuh tahun


2. Perkembangan Mental dan Fizikal
Bagaimana kalau kanak-kanak mengambil hanya satu nutrien sahaja? Sebagai contoh, anak suka makan ayam goreng sahaja. Ini bermakna hanya protein sahaja yang masuk ke dalam tubuh badan kanak-kanak tersebut. Maka perkembangan mental dan fizikal yang terbaik tidak dapat dihasilkan melalui dengan hanya pengambilan satu nutrien sahaja. Ia perlukan gabungan nutrisi dan zat makanan yang seimbang bagi menyokong perkembangan keseluruhan anak kita. 

3, Pembentukan Tulang
Sumber terbaik yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk perkembangan fizikal mereka adalah kalsium dan vitamin D. Ia sangat penting untuk menyokong pembentukan tulang yang kuat, sihat dan sempurna. Sumber kalsium boleh didapati daripada produk tenusu, yogurt atau cheese manakala sumber vitamin D semulajadi adalah daripada matahari


4. Imuniti Badan dan Pembinaan Otot
Selain itu, sumber-sumber lain yang kanak-kanak perlukan adalah karbohidrat, protien vitamin, zat besi dan mineral yang lain supaya ia sama-sama membantu untuk meningkatkan kekuatan badan dan imuniti mereka supaya tidak mudah terkena demam, batuk, selesema atau jangkitan penyakit lain. Protein diperlukan untuk membina otot yang kuat dan tak lembik untuk menyokong aktiviti harian mereka. Antara sumber makanan yang mengandungi protein adalah ayam, telur, daging, dan juga kekacang.

5. Sumber Tenaga
Untuk menjadikan kanak-kanak supaya sentiasa bertenaga, mereka sangat perlukan karbohidrat. Karbohidrat boleh didapati di dalam nasi, roti, mee, pasta dan oat.

6. Elak Masalah dan Penyakit
Dan yang terakhir adalah, jika kanak-kanak kekurangan nutrisi lengkap, mereka akan berdepan dengan risiko masalah kekurangan berat badan, obesiti, atau kekurangan darah iaitu anemia.

Justeru itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan penting iaitu dengan memberi perhatian lebih, menyediakan makanan seimbang dan memantau setiap pengambilan makan harian bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ibu bapa juga hendaklah memastikan anak-anak tidak mengambil makanan ringan seperti gula-gula, jajan atau air berkarbonat yang merosakkan nutrien dalam badan mereka.

Semoga entry kali ini memberi seribu manfaat kepada anda semua.

#nutrisilengkap
#supplemen

0 comments:

Post a Comment