Saturday 10 March 2018

6 MAKANAN PENGGALAK SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

6 MAKANAN PENGGALAK SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

Setiap ibu mesti mempunyai makanannya yang tersendiri sebagai penggalak penghasilan susu badannya. Namun makanan yang menjadi penggalak susu badan itu tidak sama bagi setiap ibu. Lain ibu, lain Milkboosternya.

Terdapat banyak jenis makanan penggalak susu yang ibu-ibu mudah untuk dapati secara semulajadi dan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai makanan semulajadi tersebut. Tapi ibu-ibu harus pastikan makanan yang dimakan bukan saja boleh merangsang pengeluaran susu yang banyak tetapi juga sesuai dengan bayi. Maksunya makanan tersebut tidak memberi kesan buruk pada bayi. Ini kerana, apa yang ibu makan, bayi pun akan dapat sekali

Tanda-tanda Bayi Tidak Sesuai Dengan Sesuatu Makanan

1. Meragam
2. Kembung perut
3. Cirit-birit
4. Timbul ruam pada badan bayi

Secara puratanya, ibu perlu mengamalkan konsep 'try and error' untuk lihat samada makanan tersebut sesuai untuk bayi atau sebaliknya. Jika terdapat simptom-simptom seperti diatas, ibu perlu menghentikan makanan tersebut dengan kadar segera walaupun makanan tersebut bertindak sebagai penggalak susu mereka.

6 MAKANAN PENGGALAK SUSU IBU SECARA SEMULAJADI

1. KURMA
Kurma merupakan makanan sunnah Nabi Muhammas SAW. Ia amat sesuai diamalakan oleh ibu yang menyusukan bayi. Kurma mengandungi kalsium dan zat besi yang sangat tinggi. Selain bertindak sebagai penggalak susu badan, ia juga dikatakan dapat memberi tenaga kepada ibu menyusu. Kurma sangat mudah didapati di pasaran dengan harga mampu milik. Ibu-ibu boleh meyediakan kurma dengan mengisar dengan susu segar untuk dibuat sebagai jus atau dimakan begitu sahaja.

2. HALBA


Halba sanfat mudah didapati. Malah setiap rumah mesti akan ada halba untuk diletakkan ke dalam masakan betul tak? Halba mampu merangsang penghasilan susu dengan merendam 1-2 sudu besar ke dalam air panas.Kemudian airnya diminum setelah agak suam. Ia juga membantu melancarkan proses penghadaman dan ia boleh diminum setiap hari.

3. HABATUSSAUDA (JINTAN HITAM)


Air rebusan habatussauda boleh dijadikan sebagai Milkbooster. Sifat semulajadi habatussauda yang memberi haba dan memanaskan badan mampu melancarkan pengaliran susu badan ibu. Ia boleh diamalakn 2 hingga 3 kali seminggu.

4. JANTUNG PISANG
Jantung pisang sangat kaya dengan mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Terdapat banyak cara untuk menyediakan jantung pisang ini seperti membuat masak lemak, dibuat kerabu atau dicelur sahaja untuk dijadikan sebagai ulam. Ramai ibu yang mampu meningkatkan penghasilan susu badannya dengan mengamalkan jantung pisang.

5. LOBAK PUTIH
Lobak putih sangat terkenal sebagai makanan yang dijadikan sebagai penggalak susu ibu dengan berkesan. Biasanya lobak putih dibuat sup sayur semasa ibu berada dalam pantang. Amalan membuat sup sayur lobak ini telah diamalkan sejak turun temurun untuk meningkatkan penghasilan susu badan.

6. LONGAN KERING
Longan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk ibu menyusu. kandungan potassium yang tinggi membantu hilangkan stress ibu menyusu sekaligus mempermudahkan penghasilan susu ibu. Air erbusan kurma merah dan longan kering bantu memperbanyakkan susu badan. Rasanya yang sedap dan bau yang harumnmerupakan menu pilihan bagi kebanyakan ibu untuk memperbanyakkan susu badan.

Keenam-enam jenis makanan ini sangat popular dikalangan ibu yang ingin meningkatkan penghasilan susu badannya serta ia sangat mudah didapati dan juga berkesan.

Oleh yang demikian, ibu menyusu yang mempunyai masalah susu kurang boleh lah mencuba makanan-makanan ini sebagai ikhtiar untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.

Ibu juga mesti amalkan pengambilan makanan yang seimbang untuk mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi untuk ibu itu sendiri dan juga untuk bayi yang menyusu. dan jangan lupa banyakkan meminum air masak.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat oleh ibu-ibu semua juga bakal ibu.

0 comments:

Post a Comment