Sunday 11 March 2018

KEPERLUAN NUTRISI YANG IBU MENYUSU WAJIB TAHU

KEPERLUAN NUTRISI YANG IBU MENYUSU WAJIB TAHU


Ramai sangat ibu menyusu sekarang ini yang 'tak pantang' dalam pengambilan makanan harian mereka. Ada juga yang makan ikut sedap tekak saja tanpa kira samada ianya baik untuk ibu dan bayi atau sebaliknya.


Pengambilan makanan ibu sangatlah penting supaya bayi yang menyusu mendapat keperluan nutrisi yang cukup. Malah ibu juga perlu lebih peka dan menitik beratkan lagi pengambilan makanan harian mereka untuk memastikan keadaan ibu sentiasa bertenaga dan sihat.

Kesan Jika Ibu Tidak Mengambil Makanan Bernutrisi


1. Tumbesaran bayi terganggu
2. Ibu akan cepat letih
3. Ibu akan mudah mengalami tekanan
4. Susu akan berkurang
5. Kualiti susu ibu yang dihasilkan adalah rendah
6. Susu ibu cair
7. Bayi mudah terkena penyakit
8. Risiko ibu untuk mendapat penyakit osteoporosis
9. Kulit tidak cantik

10. Bayi tidak puas menyusu


Jadi saya kongsikan dengan ibu-ibu semua 7 jenis keperluan nutrisi lengkap bagi ibu yang masih menyusu bayi.

Ibu wajib ambil berat!


KEPERLUAN NUTRISI YANG IBU MENYUSU WAJIB TAHU


1. KEPERLUAN PROTEIN
Contoh sumber protein yang boleh didapati adalah daripada daging, ayam, makanan laut, keju, telur, taufu, susu, yogurt dan cheese. Untuk melengkapi keperluan protein dalam badan, ibu menyusu perlu makan 2 hingga 3 hidangan protein dalam sehari.

Memakan dalam jumlah protein seperti yang diperlukan badan yang menyusukan boleh membantu memaksimumkan bekalan susu anda, yang secara langsung akan membantu mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi 2009 “Kejururawatan dan Sains Kesihatan” melaporkan bahawa kepekatan protein dalam susu ibu ditentukan dengan jumlah pengambilan kalori dan lemak seorang ibu.



Tambahan lagi, ibu yang menyusu perlu makan apabila berasa lapar.

2. KEPERLUAN KALSIUM

Contoh sumber kalsium yang boleh didapati adalah daripada susu lembu. susu kambing, tauhu, yogurt dan cheese. Seperti ibu mengandung, ibu menyusu juga perlu cukup kalsium dalam menu pemakanan seharian.

Kalsium penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang sedang disusui dan  yang sedang membesar. Sekiranya tidak cukup pengambilan kalsium oleh ibu dalam menu sehariannya, kilang susu ibu akan mengambil sumber kalsium daripada tulang dan gigi ibu.

Lama-kelamaan akan menjejaskan badan ibu yang menyebabkan ibu cenderung untuk mengalami osteoperosis dan kerapauhan gigi dalam usia yang lebih muda. Jadi pengambilan kalsium perlu dititik beratkan.

3. KEPERLUAN ZAT BESI
Contoh sumber zat besi yang boleh didapati adalah kekacang, daging merah, makanan laut, ikan bilis, buah-buahan kering dan lain-lain. Zat besi adalah nutrien yang juga perlu di ambil oleh ibu yang menyusu. Seperti ibu yang mengandung, zat besi dapat membantu mengelakkan masalah anemia ibu mengandung. Sama seperti ibu menyusu, zat besi yang cukup adalah perlu.

Zat besi membantu ibu menyusu supaya tidak mudah pening dan sebagainya. Jumlah zat besi harian yang perlu di ambil untuk ibu menyusu yang berumur lebih 19 tahun adalah 9 miligram setiap hari

4. KEPERLUAN VITAMIN C

Contoh sumber vitamin c yang boleh didapati adalah buah-buahan sitrus segar dan sayur-sayuran seperti brokoli, buah-buahan seperti betik, oren, tembikai, jambu batu dan sebagainya. Vitamin C perlu di ambil dalam 120 miligram sehari oleh ibu menyusu yang berumur 19 tahun dan ke atas.Ibu menyusu memerlukan jumlah vitamin C lebih daripada ketika mengandung

5. KEPERLUAN VITAMIN B
Contoh sumber vitamin b yang boleh didapati adalah bayam, asparagus, brokoli, sawi hijau, daun bawang dan sebagainya. Vitamin B Complex sangat penting selain vitamin C. Pastikan ibu mengambil Vitamin B Complex yang bukan sahaja bagus untuk proses dalam badan, memberi tenaga, sistem saraf, melancarkan metabolisme badan malah sangat bagus untuk meredakan stress/tekanan ibu yang sedang menyusukan.

Kekurangan vitamin B mengakibatkan anemia, mengganggu fungsi otak, masalah depresi (tekanan perasaan), hilang daya memori, cepat letih, sesak nafas, insomnia, kurang fokus dan konsentrasi dan mudah tersinggung

6. KEPERLUAN MULTIVITAMIN
Mengikut RDA, ibu menyusu perlu mengambil multivitamin dalam menu seharian. Ibu boleh ambil supplement multivitamin untuk membantu meningkatkan kandungan pelbagai vitamin dalam badan. Multivitamin yang di ambil oleh ibu akan disalurkan untuk keperluan bayi yang disusuinya

7. KEPERLUAN AIR
Air sangat penting bagi ibu yang menyusukan bayi. Ibu menyusu memerlukan lebih 8 gelas sehari untuk memastikan badan terhidrat dan susu air ibu dapat dihasilkan dengan lebih baik. Air susu ibu seperti yang kita tahu adalah 70% daripada kandungan bendalir. Jadi ibu menyusu perlu minum air yang cukup malah lebih bagus jika di ambil lebih dalam sehari.

.
.

Jadi itulah antara 7 keperluan yang sangat penting bagi ibu yang masih menyusukan bayinya. Ibu sebolehnya jangan mengabaikan tanggungjawab ini terhadap bayi mahupun diri sendiri kerana ia akan memberi kesan yang buruk pada bayi.



Jadilah ibu yang bertanggungjawab.

Semoga entri kali ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang masih struggle untuk cukupkan keperluan nutrisi harian insyaAllah.



0 comments:

Post a Comment