Thursday 29 March 2018

10 PUNCA ANAK KURANG SELERA MAKAN YANG IBU PERLU TAHU

10 PUNCA ANAK KURANG SELERA MAKAN YANG IBU PERLU TAHU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ada tak antara ibu-ibu yang punya masalah anak kurang selera makan? Semestinya masalah ini amat merunsingkan ibu-ibu sekalian. Bukan anda saja yang mengalami masalah ini, saya sendiri juga sebagai ibu sedang berhadapan dengan masalah sebegini. Anak saya sangat cerewet dalam membuat pemilih makanan. Nak makan makanan kegemaran dia sahaja. Tak suka makan sayur.

Jadi dalam entry kalini saya nak kongsikan dengan ibu-ibu semua tentang punca anak kurang selera makan yang ibu perlu tahu.

PUNCA ANAK KURANG SELERA MAKAN YANG IBU PERLU TAHU


1. Makan Bersendirian
Anak-anak tak suka makan bersendirian. Mereka lebih suka dan rasa gembira bila dapat makan bersama-sama dengan keluarga, adik beradik atau saudara sebaya mereka. Mereka akan rasa lebih seronok

2. Kembung Perut
Boleh jadi jika anak mengalami kembung perut atau perut masuk angin, selera makannya juga mungkin akan berkurang. Periksan keadaan perut anak anda

3. Masalah Cacing
Kanak-kanak yang mempunyai masalah cacing juga mungkin akan mengalami masalah hilang selera makan akibat daripada gangguan pada ususnya. Sebab tu ada orang-orang tua cakap anak kurang selera makan ni mungkin ada masalah cacing. Kenyataan tersebut adalah berkemungkinan ianya benar.

4. Tidak Sukakan Sayur
Kanak-kanak yang pernah mengalami pengalaman makan sayur yang pahit rasanya seperti sawi kampung berkemungkinan boleh hilang selera makannya jika anda hidangkan makanan bersama-sama dengan sayur.

5. Menu Sama
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan kan. Apabila mereka melihat menu yang dihidangkan sama setiap hari, mereka mungkin merasa bosan dengan makanan tersebut. Usahkan kanak-kanak, orang dewasa pun akan bosan jika makan makanan sama setiap hari. Jadi anda perlu kreatif untuk olah makanan harian supaya ada sedikit kelainan dari segi warna, bentuk atau rasanya sendiri.

6. Cara Hidangan Tidak Menarik
Cara hidangan makanan yang langsung tidak menarik perhatian kanak-kanak juga satu punca mereka hilang selera makan walaupun rasanya mungkin sedap

7. Jatuh Sakit
Anda perlu periksa dahulu keadaan anak anda. Mungkin mereka demam, batuk atau selesema yang menyebabkan selera makannya hilang.

8. Leka Bermain
Kanak-kanak yang sangat leka bermain akan tidak hiraukan untuk makan dan kadang-kadang mereka lupa untuk makan. Ini menjadikan waktu makan mereka menjadi terabai oleh kerana habitnya yang gemar bermain dan menangguh untuk makan.

9. Sakit Gigi
Kanak-kanak yang sedang membesar kebanyakannya mempunyai masalah gigi rosak. Justeru itu, keadaan mulutnya yang tidak selesa menyebabkan mereka akan menolak segala makanan.

10. Suka Makanan Ringan
Makanan ringan kebanyakkannya mengandungi MSG. MSG dalam makanan ringan akan membuatkan mereka tidak suka dengan makanan bebas MSG. Ia juga akan menyebabkan anak anda kenyang hanya waktu sementara sahaja atau merasa ketahih dengan makanan ringan tersebut.

Justeru itu, anda perlu pastikan masalah anak anda mengapa mereka kurang selera makan. Dengan itu anda akan dapat mengatasi masalah tersebut. Anda juga boleh mengetahui tentang Tips Atasi Masalah Anak Kurang Selera Makan.  Anak adalah amanah yang dikurniakan kepada ibu bapa. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan hak dan keperluan mereka terjamin.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment