Thursday 15 March 2018

7 TIPS PENTING UNTUK IBU MENYUSU

7 TIPS PENTING UNTUK IBU MENYUSU

Menyusu adalah satu pengalaman yang sangat berharga yang mana tak semua ibu mampu melakukannya. Menyusu adalah sesuatu yang sangat mencabar bagi setiap ibu. Namun lain ibu lain cabaran yang di hadapinya. Sebagai seorang yang bakal bergelar ibu tak lama lagi atau baru saja bergelar ibu, anda seharusnya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Disini saya kongsikan 8 tips penting untuk ibu menyusu tak kira samada bakal ibu atau baru sahaja bergelar ibu. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua

7 TIPS PENTING UNTUK IBU MENYUSU

1. TIDAK MENYUSUKAN ANAK TIDAK BERMAKNA ANDA GAGAL MENJADI SEORANG IBU YANG BAIK
Lain ibu, lain bahagian rezekinya. Ada ibu dikurniakan rezeki susu yang melimpah ruah sampai selalu mengalami bengkak susu yang amat dasyat. Ada ibu yang mengalami masalah susu sedikit dan tidak cukup untuk keperluan harian bayinya. Usah stress sengan menyalahkan diri sendiri.

Usaha selagi mampu. Banyak sangat teknik untuk membanyakkan susu ibu, makanan yang meningkakan susu ibu, teknik power pumping dan sebagainya.

Tapi bagi ibu yang terpaksa menambah susu dengan memberikan susu formula pun tidak salah. Buatlah apa yang terbaik untuk anak dan keluarga anda. Jangan dengar suara-suara sumbang yang bercakap itu dan ini kerana ini pilihan terbaik anda.

Kelilingi dengan mereka yang bersifat positive supaya dapat membantu dari segi emosi sebagai galakan untuk anda. Sokongan dari orang sekeliling mampu melancarkan pengaliran susu yang lebih baik.

2. CABARAN UNTUK MULA MENYUSUKAN ANAK
Pada mulanya memang mencabar untuk menyusukan bayi lagi-lagi bagi ibu yang kali pertama menyususkan bayi. Lain ibu lain cabarannya. Ada yang mengalami luka pada puting menyebabkan proses penyusuan terganggu dan ibu tiada jalan lain selain memberhentikan menyusu pada puting sebelah tersebut. Ada juga yang belum pandai memerah susu dengan tangan dan pam susu yang dibeli ibu langsung tidak sesuai menyebabkan susu yang keluar hanyalah sedikit tetapi payudara bengkak. Jadi ibu mesti belajar teknik-teknik untuk menyusus. Ia menjadi lebih senang dan tenang. Bersabar dengan semua dugaan tersebut untuk beberapa minggu sahaja. Selepas itu, ia akan menjadi lebih mudah.

3. BERJUMPA DOKTOR JIKA RASA SAKIT SEMASA MENYUSU

Sila berjumpa dengan doktor jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena semasa proses penyusuan samada masalah susu, payudara atau sebagainya untuk ketahui samada ianya normal atau ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin anak anda mempunyai masalah tali lidah pendek yang menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan lekapan yang betul. Ia akan mengganggu proses penyusuan tetapi perkara ini tidak perlu risau. Ia hanya perlu pembedahan kecil sahaja untuk membetulkan tali lidahnya sebelum dapat menyusu dengan baik

4. GUNA PELINDUNG PUTING (NIPPLE SHIELD) JIKA PERLU
Apa itu pelindung puting atau kita panggil nipple shield? Nipple shield dalam bahasa mudahnya ialah puting tiruan yang dipakikan dipayudara semasa penyusuan. ia biasanya diperbuat daripa silikon, getah atau lateks. Pelindung ini akan melitupi kawasan areola payudara. ia mempunyai lubang kecil yang membolehkan susu mengalir keluar semasa bayi sedang menyusu.

Mengapa pelindung puting diperlukan?

  • Membantu mengurangkan masalah lekapan semasa menyusu
  • Membantu bayi yang pra-matang supaya melekap dengan lebih baik
  • Membantu mengurangkan rasa sakit jika ibu sedang mengalami sakit pada puting.
  • Membantu bayi yang lebih suka puting tiruan
  • Disarankan menggunakannya hanya selepas beberapa hari kelahiran sahaja.

5. NURSING PAD YANG BOLEH DICUCI

Nursing pad yang boleh dicuci dan digunakan semula dapat menjimatkan kos. Jika pilih nursing pad yang jenis kain lebih bagus kerana ianya lembut dan lebih selesa berbanding yang jenis pakai buang.

6. ANAK SUKA MENGGIGIT PUTING KETIKA MENYUSU
Tips ni berkesan bagi anak yang suka menggigit puting ibu semasa sedang menyusu. Senang sahaja, bila anak menggigit, picit sahaja hidung anak untuk beberapa saat supaya anak membuka mulutnya untuk bernafas. Ia tidak membahayakan anak anda. Cuba lah dalam 2 3 kali pasti menjadi.

7. POSISI MENYUSU JIKA ANDA MELAHIRKAN ANAK SECARA PEMBEDAHAN

Pergerakan akan lebih terbatas bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan berbanding ibu yang normal. Tempat luka pembedahan akan merasa sangat sakit jika ibu memilih posisi menyusu yang salah. Sebaiknya, posisi yang terbaik adalah dengan menyusu sambil baring mengiring bersama-sama bayi. ia akan memberi lebih keselesaaan kepada ibu dan juga bayi.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua ibu.

0 comments:

Post a Comment