Monday 12 March 2018

KESALAHAN DALAM MENGENDALIKAN SUSU IBU PERAHAN DAN PENYELESAIANNYA

KESALAHAN DALAM MENGENDALIKAN SUSU IBU PERAHAN DAN PENYELESAIANNYA

Mengendalikan susu ibu perahan bukanlah mudah seperti yang disangka. Susu ibu perahan sangatlah sensitif. Jika salah cara mengendalikannya, maka susu tersebut tidak dapat bertahan lebih lama dan akan cepat rosak. Jika ibu tidak mendalami ilmu penyusuan secara details, akan mengakibatkan banyak masalah yang bakal berlaku.

Apa yang akan terjadi jika ibu tidak tahu bahawa susu perahan yang dikendalikannya itu tidak betul? Pastinya kesan akan dirasai oleh bayi. Kesian la kan, bayi yang terpaksa menanggung sakit akibat daripada kesalahan ibu sendiri.

Ini banyak berlaku di kalangan ibu menyusu yang bekerja kerana ibu perlu mengepam susu di pejabat untuk disimpan dan diberi kepada pengasuhnya. Ibu juga perlu mengajar pengasuh mereka tentang cara pengendalian susu ibu perahan supaya kesalahan sebegini tidak akan berlaku.

KESAN JIKA SUSU IBU PERAHAN TIDAK DIKENDALIKAN DENGAN BETUL

Pastinya kesan yang diperoleh adalah kepada bayi yang diberi susu perahan tersebut.

1. Bayi akan meragam
2. Bayi kembung perut
3. Bayi akan mengalami muntah-muntah
4. Berlaku jangkitan kuman pada bayi
5. Bayi mudah mendapat penyakit
6. Sistem imunisasi bayi berkurang

KESALAHAN DALAM MENGENDALIKAN SUSU IBU PERAHAN DAN PENYELESAIANNYA

1. PERUBAHAN SUHU YANG MENDADAK
Kesalahan
❌Lepas pam susu terus bekukan
❌Bawa turun susu yang beku dari freezer dan terus panaskan
❌Panaskan susu dengan air mendidih

Sepatutnya
☝Selepas pam susu, biarkan susu pada suhu bilik kemudian sejukkan dahulu di peti ais bawah (chiller) baru bekukan
☝Untuk panaskan susu, bawa turun dahulu susu beku dan biarkan ia mencair di bahagian chiller. Setelah sepenuhnya mencair baru panaskan dengan air suam-suam kuku sahaja.

2. JANGAN GONCANG SUSU IBU
Kesalahan
❌Setelah panaskan susu, anda goncang susu tersebut.

Sepatutnya
☝Hanya alirkan perlahan susu ibu dan terbalikkan botol ke atas kemudian kebawah sehingga susu sebati (bercampur)

3. BUANG SUSU YANG TELAH ROSAK
Kesalahan
❌Bayi diberi susu yang lebih dari satu jam setelah dipanaskan dan menyimpan baki susu yang tidak habis diminum

Sepatutnya
☝Susu yang sudah sampai tarikh expired, susu yang sudah dipanaskan lebih dari satu jam tetapi tidak dihabiskan oleh bayi, dan susu yang lebih 4 jam pada suhu bilik perlu dibuang dan jangan disimpan atau beri semula pada bayi. Tiada istilah "sayangnya nak buang'' dalam susu ibu ni. Lebih baik kita elakkan risiko daripada bayi yang terpaksa sakit.

4. SUSU IBU HANYA BOLEH DICAMPUR PADA SUHU YANG SAMA
Kesalahan
❌Ibu pam susu pada waktu pagi kemudian simpan dalam peti ais. Ketika tengah jhari, ibu pam susu dan kemudian terus mencampurkan susu yang baru dipam kedalam bekas yang dipam pagi tadi

Sepatutnya
☝Susu yang di pam pada hari yang sama tetapi pada masa yang berbeza  boleh dicampurkan dengan syarat suhu perlu sama dahulu

5. KEDUDUKAN SUSU IBU PERLU DALAM PETI AIS DAN TIDAK BERCAMPUR
Kesalahan
❌Susu ibu disimpan di bahagian rak tepi pintu dalam peti ais. Malah diletakkan berselebahan dengan bahan mentah seperti ayam dan daging dan tidak bertutup.

Sepatutnya
☝Susu ibu perlulah disimpan didalam peti ais dan dibahagian dalam. Sebolehnya khaskan 1 rak peti ais hanya untuk letakkan susu ibu sahaja. Contohnya di bahagian chiller. Suhu peti ais di kawasan ini lebih stabil dan susu akan tahan lebih lama
☝bahan basah seperti ayam, ikan atau daging dibahagian beku perlu disimpan dalam bekas bertutup dan kedap bau supaya bau bahan mentah tidak menyerap ke dalam susu ibu.

Ini lah antara 5 kesalahan dalam mengendalikan susu ibu perahan dan cara untuk menyelesaikannya. Bukan mudah tetapi ianya perlukan cara dan teknik yang betul melalui ilmu pengetahuan berkaitannya. Ibu menyusu perlu banyak belajar dan membaca supaya sentiasa dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam dunia penyusuan. 

Semoga perkongsian ini mendapat seribu kebaikan kepada ibu-ibu semua.

0 comments:

Post a Comment