Friday 6 April 2018

6 KEBAIKAN MEALSHAKE UNTUK KANAK-KANAK

6 KEBAIKAN MEALSHAKE UNTUK KANAK-KANAK


Meal shake sangat sinonim dikaitkan dengan kanak-kanak. Ini kerana Mealshake boleh diambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun. Walaubagaimana pun orang dewasa juga boleh amalkannya. Jadi saya nak kongsikan dengan anda semua tentang apa yang ada dalam Mealshake serta 6 kebaikan mealshake untuk kanak-kanak.




Kandungan Nutrisi Mealshake



1. Glisemik Indeks (GI) rendah untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. GI yang rendah akan membuatkan kanak-kanak berasa kenyang lama dan tidak mudah lapar


2. Protein yang lengkap dengan 9 amino asid yang mana penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Protein yang tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku, rambut, organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya

3. Vitamin A, C, E, dan zink dimana ia adalah komponen antioksida yang melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit dan membaikpulih sel-sel badan

4. Serat yang membantu penghadaman dan untuk mengelakkan sembelit

5. Vitamin B yang membantu mengekalkan fokus dan perhatian kanak-kanak serta memelihara kesihatan sistem saraf mereka.

6. Sodium dan magnesium membantu keseimbangan cecair dalam badan agar kanak-kanak tidak mudah berasa letih

7. Kalsium dan Vitamin D yang membantu kesihatan dan perkembangan tulang

8. Iron dan Vitamin B12 yang penting dalam pembinaan sel-sel darah merah

9. Vitamin A yang membantu kesihatan mata. Sangat sesuai buat kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun mata

10. Vitamin C yang penting dalam kesihatan gusi, gigi dan kulit serta menentang infeksi kuman.

Kenapa Mealshake sangat bagus untuk kanak-kanak?

Ikuti 6 kebaikan Mealshake untuk kanak-kanak

1. Kanak-kanak yang sangat memilih makanan atau kurang selera makan.

Dalam tempoh fasa kanak-kanak dari usia 2 hingga 6 tahun, mereka sangat memilih makanan dan kadang-kadang tiada selera langsung untuk makan. Mereka sangat cerewet dalam pemilihan makanan. walaupun ibu dah habis idea untuk jadi sekretif yang mungkin untuk menarik perhatian anak-anak namun sia-sia. Disebabkan oleh kanak-kanak yang kurang selera makan, maka mereka secara tidak langsung akan kekurangan zat-zat makanan yang diperlukan untuk pertumbuhan mereka

2. Kanak-kanak suka makan junk food

Kebanyakan kanak-kanak memang gemar dengan junk food atau makanan ringan yang mengandungi banyak MSG. Disebabkan oleh kanak-kanak yang sering mengambil makanan ringan ini, mereka tidak suka dengan makanan tanpa MSG seperti nasi, sayur, buah dan sebagainya. Kadang-kadang ibu bapa sedaya upaya tidak mahu biasakan anak dengan makanan yang tidak bagus ini tetapi saudara mara pula yang bagi.

3. Kanak-kanak sering deman, batuk dan selesema

Kekurangan pelindung diri seperti vitamin dan zat mineral yang sepatutnya diperoleh melalui pemakanan harian tetapi diet tersebut tidak mencukupi akan mengakibatkan anak-anak mudah terkena jangkitan penyakit seperti demam, batuk dan selesema

4. Kanak-kanak yang aktif bermain atau bersukan

Kanak-kanak yang aktif bersukan sememangnya perlukan tenaga untuk terus aktif di sekolah, di taska mahupun di rumah sendiri. Maka ibu boleh amalkan bancuhan Mealshake setiap pagi supaya anak anda kekal bertenaga, tak mudah lapar dan mampu fokus dalam aktiviti mereka.

5. Kanak-kanak mudah sembelit

Sembelit sangat menyiksakan kanak-kanak. Ia juga pedih dan sakit untuk membuang air besar. Kanak-kanak ini mungkin kurang minum air masak atau kekurangan serat dalam badan. Mealshake sangat membantu dalam mengatasi masalah sembelit dengan kehadiran magnesium yang bertindak sebagai pelembut najis seterusnya melancarkan sistem pencernaan mereka

6. Kanak-kanak memang menggemarkannya

Mealshake berperisa vanilla yang sangat sedap. Apabila dibancuh dengan air kegemaran mereka seperti jus, susu formula atau air sejuk, ia akan bertambah lagi sedap.

Jika anda berminat untuk dapatkan Mealshake ini boleh terus wasap saya. Semestinya konsulatsi percuma untuk anda. Untuk sebarang pertangan dan order boleh terus ke wasap dibawah

Rakan Shaklee anda,
Asmarehan Alias
0129388321

FB Page : By Asmarehan Alias
WhatsApp: Klik 0129388321

0 comments:

Post a Comment