Thursday 12 April 2018

BAHAYA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG LEPAS BERSALIN

BAHAYA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG LEPAS BERSALIN

Korang pernah tak mengalami sembelit sewaktu dalam pantang? Masalah sembelit dikalangan ibu berpantang memang menjadi trauma terutama ibu-ibu yang bersalin secara normal. Sembelit bagi orang biasa yan bukan bersalin pun dah menyiksakan, ini kan pula kalau sembelit ketika dalam tempoh berpantang. Ngeri kalau dengar kan. Sebab mungkin ada sesetengah ibu yang mengalami koyakan besar ketika proses melahirkan. Kene pula dengan sembelit. Susah nak membuang kan. Nak kene meneran lagi, bimbang juga kalau jahitan terbuka. Ngeri sungguh rasanya kan.

Punca Sembelit Ketika Berpantang

Antara punca masalah sembelit ketika berpantang adalah kerana kurang minum air. Ibu tak minum air dengan kadar yang secukupnya, maka sistem pencernaan tidak berjalan lancar. Selain itu, ada juga ibu yang takut untuk membuang air besar kerana bimbang akan jahitan pada luka epistomi terbuka. Jika tidak membuang air besar, maka akan berlakulah sembelit kerana lantai pelvis anda akan meregang.

Pengalaman Sendiri

Saya mempunyai dua orang anak. Pengalaman berpantang saya antara kedua-dua anak sangat berbeza. Semasa berpantang anak pertama, biasa lah kan pengalaman pertama, ilmu berpantang pun belum cukup mendalami lagi, berpantang seperti biasa saja. Cuma masa tu saya memang kurang minum air masak dan saya tak tahu pun jika kurang minum air masak akan menjadi sebab kepada sembelit. Saya fikir sembelit biasa rupa-rupanya sembelit sewaktu dalam pantang ni luar biasa sangat sakitnya. Dengan fikiran saya rasa macam fobia tak takut disebabkan oleh luka jahitan epistomi belum sembuh sepenuhnya dan terbuka. Jadi saya menangguh untuk membuang air besar. Akibat dari sikap menangguh tu la sembelit semakin teruk. Sangat siksa sampai rasa nak menangis. Masuk tandas punya lah lama tapi tak membuang juga. Sampai saya rasa ianya begitu menyakitkan. Dalam beberapa hari juga la nak bebas sembelit ni.


Apabila berpantang anak kedua saya dah tau siksanya sembelit. Jadi saya mula bersiap sedia jika berlaku sembelit lagi untuk kali yang kedua. Saya minum air secukupnya tapi kadang-kadang bukan sebab tak cukup air jugak sembelit ni terjadi. Sebab banyak punca yang terjadinya sembelit. Saya bersiap sedia juga dengan Set Berpantang Shaklee. Saya banyakkan membaca untuk tambah ilmu sebagai bekalan semasa berpantang. Saya dapati, ibu berpantang sangat perlukan magnesium untuk membantu melawaskna sistem penghadaman. Saya mula study satu-satu produk Shaklee yang ada dalam Set Berpantang Shaklee tersebut. Akhirnya saya jumpa!! Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu melembutkan najis. Saya jadi yakin untuk mencuba Set Berpantang Shaklee tersebut.

Set Berpantang Shaklee Sangat Membantu Saya Untuk Tidak Sembelit Lagi



Selepas bersalin anak kedua, saya terus ambil vitamin-vitamin dalam set berpantang shaklee seperti ESP, Vita C, Vitalea, B complex, Ostematrix dan Alfalfa Compex. Saya cuba dulu saja. Dalam beberapa hari saya ada juga macam nak jadi smebelit, saya dah mula risau takut fobia tu datang lagi. Cepat-cepat la saya makan ostematrix, terus tak jadi sembelit. Lega sangat-sangat sebab takut terjadi lagi buat kali kedua.

Saya sangat syorkan set berpantang Shaklee kerana ia bukan sahaja mengelak kita dari terjadinya sembelit yang menyeramkan, tetapi buatkan badan kita rasa cergas, tak lemah dan rasa ceria. Susu badan pun meriah kerana badan kita bertenaga untuk hasilkan susu badan yang cukup untuk bayi.

Jika anda nak mencuba set berpantang shaklee, boleh terus wasap saya okey.

Asma
0129388321

Fb Page : By Asmarehan Alias 

0 comments:

Post a Comment