Tuesday 3 April 2018

PETUA HILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK TANPA UBAT

PETUA HILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK TANPA UBAT


Batuk adalah perkara normal bagi bayi dan kanak-kanak jika mereka aktif seperti biasa dan menyusu dengan baik. Jika batuk tersebut menyebabkan mereka jadi lemah dan tidak bermaya serta tidak aktif, dinasihatkan segelah membawa mereka ke klinik untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

Batuk sering menyerang golongan kanak-kanak dan tiada ubat untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. Jika anak anda mengalami gejala batuk, terdapat banyak petua yang boleh menghilangkan batuk secara semula jadi tanpa ubat.

Punca Kanak-Kanak Batuk

1. Virus yang menjangkiti saluran nafas
2. Habuk
3. Asap
4. Debunga
5. Wangian
6. Bulu Haiwan
7. Bedak
8. Cuaca yang terlalu panas atau sejuk
9. Selesema
10. Jangkitan Tekak

Batuk juga bahaya. tak semua batuk adalah sama. Sesetengah batuk adalah disebabkan oleh selesema biasa tapi ada juga batuk lain yang menendakan masalah kesihatan yang lebih serius.

Jenis Batuk Yang Berbahaya

(1) Batuk seperti menyalak. Ini adalah tanda-tanda batu croup. Croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anak anda mengalami selesema. Batuk ini boleh sembuh. Pastikan anak anda minum banyak air.

(2) Batuk dengan kahak. Jika batuk anak anda berbunyi seperti ada banyak kahak, ia mungkin disebabkan oleh selesema. Cuma mandikan mereka dengan air hangat untuk mereka merasa lebih tenang

(3) Batuk kering waktu malam. Jika anak anda batuk pada waktu malam atau pada cuaca sejuk, atau apabila anak anda melakukan apa-apa aktiviti fizikal, ia mungkin tanda-tanda kepada penyakit athma.

(4) Batuk yang sengsara. Jika anak anakda mengalami batuk sehingga serak suara, sakit otot, selesema serta demam yang tinggi, ia mungkin boleh jadi tanda-tanda selesema influenza

(5) Batuk berdehit. Jika batuk anak anda kedengaran parau dan dia perlu menarik nafas dengan cepat, itu tanda-tanda jangkitan bronkiolotis.

(6) Batuk terkokol-kokol. Jika anak anda mengalami sawan batuk atau batuk berkali-kali dalam satu nafas tunggal dan batuk mereka mempunyai bunyi "kokol", maka ia mungmin batuk terkokol-kokol

(7) Batuk berbunyi kasar, basah dan berkahak. Jika anak anda mengalami selesema selama seminggu, dan batuknya berbunyi basah dan berkahak, ia mungkin menjadi tanda kepada pneomonia


Demikian adalah jenis-jenis batuk yang anda boleh kenal pasti terutamanya melalui bunyi batuk itu sendiri. Jadi apa yang anda boleh ikhtiar kepada anak-anak yang mengalami batuk? Mari saya kongsikan beberapa petua hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak tanpa ubat.


PETUA HILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK TANPA UBAT


1. BERSIHKAN RUMAH, PERKAKAS DAN PAKAIAN

Walaupun anda nampak keadaan rumah anda bersih tetapi tidak salah anda memeriksa perkakas rumah, meja yang mungkin berhabuk, kipas yang juga ada debu-debu kotor. Mop lantai dengan air panas yang dicampur dengan pencuci Dettol. Juga perlu membasuh pakaian, cadar, sarung bantal, totoo dan sebagainya, Bimbang terdapat virus daripada kekotoran tersebut yang menyebabkan anak anda mengalami batuk.

2. ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK

Perkara ini sangat penting tetapi ramai dikalangan ibu bapa yang mengabaikannya. Jika di rumah anda gemar membuka aircond, tutup seketika dan buka tingkap supaya udara luar dapat masuk ke dalam rumah dan dari situ terdapat aliran udara keluar masuk.

3. TEPUK PERCUSSION

Teknik tepuk percussion ini adalah untuk memberi ruang kepada paru-paru supaya lebih terbuka.  Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan depan dan belakang dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.

4. WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN

Caranya adalah masak air panas kemudian masukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Bakar bawang putih dan masukkan kedalam mangkuk bersama-sama dengan sedikit minyak zaitun. Riba anak dengan menghadap mukanya kearah mangkuk tersebut. Kemudian tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap dari air panas tadi akan masuk kedalam rongga badan melalui hidung. Ia akan melancarkan pernafasan dan selesema akan cepat kering serta batuknya akan lega.

5. IBU MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu lah yang perlu amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam dan sup daging. Masukkan lebih banyak bawang putih kedalam sup tersebut. Apa yang ibu makan, bayi juga akan dapat khasiatnya melalui susu ibu. Khasiat dari masakan tadi akan menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit.

6. KUNYIT

Ini adalah cara traditional dengan menggunakan kunyit. Caranya senang sahaja. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut pada batang hidung dan dahi anak. InsyaAllah dengan beberapa kali sapuan, selesema dan batuknya akan hilang

7. BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS

Ini juga merupakan petua cara traditional. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Caranya adalah ambil bunga belimbng dan campurkan ke dalam air didihan beras, tapiskan dan beri anak minum.

8. LEMON, HALIA DAN MADU

Caranya mudah saja. Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.

9. GARLIC SOCK

Cara ini pun mudah sahaja. Cuma bakar bawang putih. Kemudian tumbuk dan letakkan di dalam stokin anak.

10. MANDIAN LEMON

Mandian lemon ini dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hiris lemon ke dalam bekas mandian anak. Seeloknya air suam-suam dan mandikan anak dengan air tersebut. Bau lemon dipercayai membantu mengeringkan hingus bayi.

11. MINYAK MASAK

Sapukan minyak masak yang belum digunakan lagi pada batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan selesema bayi.

12. DAUN KADUK

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Kemudian sapu di dada dan belakang badan bayi.

13. URUTAN BAYI

Anda boleh cuba cjadikan amalan urutan bayi ini setiap kali selepas mandi. kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.

Diharap anda dapat mengaplikasikan petua-petua di atas untuk melegakan batuk anak anda. Semoga ianya sangat bermanfaat bagi anda semua.

0 comments:

Post a Comment