Friday 6 April 2018

9 TIPS UNTUK IBU BERSEDIA MENGHADAPI TEMPOH BERPANTANG

8 TIPS UNTUK IBU BERSEDIA MENGHADAPI TEMPOH BERPANTANG


Selepas melalui proses bersalin, ibu mestilah melalui proses berpantang selama 44 hari dan ada juga berpantang selama 100 hari. Proses berpantang adalah wajib dilakukan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Pada zaman teknologi serba moden dan serba canggih ini, ramai ibu yang memilih untuk berpantang secara moden. Namun tidak kurangnya bagi para ibu yang memilih cara tradisional. Sebenarnya tak kisah lah secara moden atau tradisional, dua-dua kaedah tersebut ada keebihan masing-masing, asalkan ibu mampu beri kesihatan yang terbaik untuk diri sendiri juga untuk bayinya. Teta[i bagi pendapat saya, jika berpantang secara moden dan digabungkan sekali dengan tradisional adalah yang terbaik. Apa kata anda?

Amalan Berpantang Selepas Bersalin


  • Mengelakkan hubungan kelamin dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin
  • Pemakanab yang membantu dalam proses pemulihan badan
  • Melakukan rawatan diri seperti berbengkung dan urutan tradional
  • digalakkan minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan

9 Tips Untuk Ibu Bersedia Menghadapi Tempoh Berpantang

Untuk menghadapi proses berpantang, terdapat beberapa tips yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Jadi dalam enty ini saya nak kongsikan 9 tips untuk ibu bersedia menghadapi tempoh berpantang.

1. Persediaan Mental dan Emosi

Dari segi mental dan emosi, ibu perlu bersedia terlebih dahulu lagi-lagi anda yang baru pertama kali menjadi ibu. Ini kerana, jadual harian anda akan totally berubah sebaik sahaja bersalin. Contohnya dari segi waktu tidur. Anda mungkin perlu berjaga sepanjang malam disebabkan oleh bayi meragam, kerap menyusu dan sebagainya. Anda mungkin terkejut dengan situasi tersebut, jadi haruslah bersedia terlebih dahulu supaya proses berpantang berjalan dengan baik dan terhindar dari rasa tertekan atau stress disebabkan oleh tak cukup tidur, badan letih dan sebagainya.

2. Berbengkung

Bagi ibu yang bersalin secara normal, berbengkung adalah perkara wajib yang mesti dibuat oleh ibu. Berbengkung adalah untuk merapatkan semula tulang pinggul yang terbuka semasa proses mengandung dan bersalin. Selain itu, ia juga baik untuk proses kuruskan perut dengan cepat. Pakai bengkung membuatkan kita lebih selesa dan yakin untuk bergerak. Pilih bengkung yang sesuai dan paling bagus

3. Berstokin

Stokin adalah perkara wajib untuk ibu pakai sepanjang masa semasa berpantang kecuali masa mandi. Berstokin adalah untuk mengelakkan badan masuk angin.

4. Bertungku

Bertungku adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan. Bertungku adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses rahim mengecut juga untuk kesihatan dalaman supaya pulih seperti sedia kala. Disamping itu juga, ia adalah untuk mengeluarkan darah-darah kotor dengan cepat sekaligus dapat menaikkan peranakan.

5. Berurut

Pada pendapat saya, berurut adalah perlu. Selepas melalui proses kelahirang yang memenatkan, badan ibu akan sakit, sengal dan juga lenguh-lenguh. Tujuan berurut adalah untuk memberi kesegeran dan tenaga pada badan disamping melancarkan susu badan.

6. Makanan Berpantang

Ibu mesti mengetahu makanan yang boleh dimakan semasa dalam pantang dan juga makanan hang tidak boleh dimakan. Zaman kini, sudah terdapat banyak resepi-resepi berpantang yang boleh dibuat. Tak terikat dengan lauk berpantang dulu-dulu seperti nasi putih panas-panas, ikan garam kunyit panggang dan juga sawi rebus. Anda boleh google sahaja untuk cari resepi tersebut

7. Minum Air

Kalau orang lama punya pantang, mereka tak bagi kita minum air banyak-banyak kan. Tetapi air kosong  ni sebenarnya sangat penting untuk mengelakkan kita terhidrat disamping membantu penghasilan susu. Sebaik-baiknya anda minum air suam yang kuantiti sedikit tetapi kerap. Ini kerana jika anda kurang minum air, risiko akan jadi sembelit itu tinggi

8. Berpantang Ais

Minuman berais boleh membuatkan badan kita mudah sakit-sakit atau sengal-sengal. Sebaikknya berpantang ais selama 6 bulan atau lagi bagus tinggalkan terus minuman berais keranan sememangnya ia tidak bagus untuk kita kaum wanita dan juga ibu. Lagi-lagi ibu akan menghadapi proses penyusuan pula. Kadang-kadang minuman berais boleh menyebabkan punca susu badan berkurang. Hati-hati.

9. Set Berpantang


Set berpantang digalakkan untuk ibu sebagai persediaan. Tak kisah set berpantang jenis jamu atau vitamin moden. Tetapi anda harus mengetahuinya terlebih dahulu jika memilih jamu, kesannya pada bayi. Jamu boleh menyebabkan bayi kuning dan kepanasan hingga cirit birit. Jika memilih vitamin moden pula, anda harus pastikan set vitamin tersebut adalah semulajadi dan selamat digunakan serta berkesan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang mungkin akan melalui proses berpantang.



0 comments:

Post a Comment