Saturday 14 April 2018

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT IBU MENGANDUNG PERLU TAHU

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT IBU MENGANDUNG PERLU TAHU



Antara perkara yang peting bagi seorang ibu mengandung adalah pengambilan makanannya. Ini kerana, pemakanan ibu sendiri akn mencorakkan kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Makanan ibu mengandung mesti lah mengandungi zat, mineral dan vitamin yang mencukupi untuk keperluan ibu dan anak baik dari segi jenis, kuantiti dan kualitinya. Oleh sebab itu, walaupun pengambilan makanannya banyak tetapi jenis yang tidak berkhasiat, maka ia tidak membantu para ibu hamil untuk mendapat kesihatan yang optimum.

Pengambilan Kalori Ibu Mengandung

Ibu mengandung perlukan 300kCal tambahan berbanding wanita biasa. Ini adalah untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan.

Di awal kehamilan, ada sesetengah ibu yang mengalami morning sickness seperti muntah-muntah, loya, pening membuatkan mereka hilang selera makan, tetapi ia hanyalah bersifat sementara dan ibu-ibu masih perlu mengambil makanan yang sihat semasa melalui tempoh tersebut.

Ada sesetengah ibu yang mengambil lebih daripada 300kCal dan hanya mengikut selera makan dia sahaja tanpa mempertimbangkan faktor makanan sihat. Walaupun digalakkan menambah kalori makanan semasa mengandung, makan berlebih-lebihan semasa menagndung boleh mengakibatkan masalah kegemukan, darah tinggi dan kencing manis.

Oleh sebab itu, adalah amat penting ibu-ibu mengandung mempunyai ilmu yang betul tentang pemakanan sihat.

Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan 7 tips pemakanan sihat ibu mengandung perlu tahu.

7 Tips Pemakanan Sihat Ibu Mengandung Perlu Tahu

1) Pelbagaikan Jenis Makanan Sihat

Ibu mengandung perlu pelbagaikan jenis makanan sihat yang mengandungi karbohidrat, protein, serat, vitamin, dan zat besi. Anda tidak digalakkan makan makanan proses seperti maggi, karipap frozen, KFC, McDonald, kek, roti putih, kerepek, jajan dan sebagainya kerana ianya todak mengandungi zat-zat yang secukupnya. Anda juga jangan makan karbohidrat sahaja jika terasa lapar. Makanlah nasi dengan sayur atau ulam dan lauk seperti ikan, telur, ayam atau daging.

2) Banyakkan Sayuran dan Ulaman



Terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang amat berkhasiat yang boleh diambil oleh ibu mengandung seperti sawi, kangkung, bayam, salad, kacang panjang, dan sebagainya. Banyakkan pengambilan sayuran hijau. Sayuran berdaun hijau pula mengandungi zat besi dan asid folik yang mana ianya sangat penting untuk pembentukan sel darah merah dan seterusnya dapat mengelakkan masalah anemia yang sering dihidapi di kalangan ibu mengandung. Asid folik juga sangat penting untuk mengelak kecacatan tulang belakang bayi.

3) Makanan Berserat



Makanan yang kaya dengan serat seperti oat, gandum, beras perang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran adalah baik untuk mengelakkan masalah kegemukan melampau dan juga melawaskan pembuangan air besar

4) Minum Susu



Susu mengandungi kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Ia juga adalah sumber protein yang baik. Jika anda tidak gemarkan susu, boleh digantikan dengan produk tenusu kerana ia juga mempunyai kalsium seperti keju, dan yogurt. Ibu mengandung perluakn 1000mg-12000mg kalsium sehari. Antara sumber kalsium yang lain ialah brokolo, bayam, makanan laut, ikan bilis dan kekacang. Selain itu, pengambilan vitamin D juga sangat penting untuk memastikan penyerapan kalsium secara optimum iaitu diserap sepenuhnya.

5) Amalkan Makan Buah-Buahan



Buah sangat penting untuk ibu mengandung sebagai sumber vitamin C, B kompleks, mineral seperti magnesium, zink, kalium dan sebagainya. Keperluan vitamin C bertambah semasa mengandung untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan. Buah-buahan yang boleh dimakan oleh ibu mengandung ialah tembikai, betik, epal, pisang, mangga, oren, anggur, dan pelbagai jenis buah lagi mengikut kegemaran anda.

6) Makanan Yang Tinggi Vitamin A

Lobak merha, keledek, labu, bayam, apricot, mangga, betik adalah antara contoh makanan yang tinggi kandungan vitamin A. Ia amat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan supaya sentiasa sihat

7) Pengambilan Supplemen

Memandangkan makanan yang kita makan kini sangat kurang nutrisinya berbanding 10 tahun yang lepas disebabkan oleh cara penanaman dan juga disebabkan oleh teknologi yang canggih sehinggakan tumbuhan tersebut tidak begitu organik, pengambilan supplemen amat digalakka oleh ibu mengandung. Namun anda harus bijak memilih supplemen yang sesuai, selamat dan berkesan untuk anda. Amalkan pengambilan suppemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, omega 3 untuk memenuhi keperluan zat-zat surih yang kekurangan dalam pemakanan seharian.. Tetapi pemakanan sihat setiap hari adalah amat oenting untuk diambil berterusan walaupun anda mengambil supplemen. Supplemen sebagai tambahan kepada nutrisi makanan yang tidak cukup.

Justeru itu, ibu mengandung sangat perlu menitikberatkan hal pemakanan kerana apa yang ibu makan, bayi dalam kandungan akan dapat sekali. Baik pemakanan ibu, maka baiklah kesihatan pertumbuhan bayi dalam kandungan dan sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment