Monday 16 April 2018

ATASI MASALAH SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

ATASI MASALAH SAKIT GIGI KETIKA HAMIL



Pernah tak anda hadapi masalah sakit gigi ketika sedang hamil? Sakit gigi ketika memang sangat menyakitkan! Sakit gigi sering terjadi kepada ibu hamil akibat perubahan hormon dan boleh bertambah buruk akibat simptom kehamilan yang mempengaruhi kesihatan mulut seperti morning sickness. Sakit gigi ketika hamil sering berlaku apabila kandungan mencapai usia trimester kedua.

Faktor Sakit Gigi Ketika Hamil

1. Perubahan Hormon -  Hormon berubah semasa mengandung. Perubahan hormon berkemungkinan menyebabkan radang gusi. Ia menyebabkan gusi bengkak dan ketika memberus gigi terdapat darah yang keluar. Namun, ibu-ibu perlu menggosok sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana perubahan hormon akan menyebabkan sistem imunisasi badan berkurang. Sekiranya imun badan ibu rendah, nakteria boleh menyerang dan mengakibatkan sakit gigi dan gusi.

2. Muntah - Ibu hamil sering muntah ketika awal kehamilan akibat perubahan hormon.. Ketika muntah, asid perut akan keluar. Anda perlu berkumur sehingga bersih selepas muntah kerana asid perut yang tinggi boleh merosakkan enamel gigi dan boleh menyebabkan gigi berlubang

3. Kekurangan Kalsium - Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan sakit gigi. kalsium ibu semakin berkurang ketika hamil kerana tumbesaran bayi di dalam kandungan telah menyerap sumber kalsium di dalam badan ibu. Apabila kalsium berkurang, sakit gigi boleh berlaku.

Pengalaman Sendiri

Pengalaman mengandung anak pertama saya mengalami sakit gigi yang amat teruk. Sangat teruk sehinggakan kepala sering menjadi pening. Apabila malam, mula lah sakit gigi datang menyerang sampai tak boleh nak tidur langsung. Kadang-kadang tak tidur sampai pagi akibat dari menahan sakit gigi.

Teruk sangat rasa sakit!!

kadang-kadang sampai terganggu emosi akibat menahan sakit yang amat sangat. Saya ingat lagi masa tu usia kandungan baru 3 bulan tetapi dan sakit gigi melampau. Gigi memang berlubang teruk, cepat sangat berlubang. Saya pergi klinik untuk cabut gigi sebab dah tak tahan sangat. 

Masuk dalam bilik doktor saya cakap "saya nak cabut gigi dan saya sedang mengandung" sambil hulur buku rekod kesihatan mengandung.

Doktor tanya berapa usia kandungan. Saya bagitau la 3 bulan, Doktor tak benarkan cabut gigi lagi sebab baru di trimester pertama. Saya pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat kecewa kerana saya tahu sakit gigi mesti akan kembali menyerang bila-bila masa sahaja. Setiap kali lepas makan mesti akan sakit gigi. Wajib!

4 bulan mengandung, saya pergi ke klinik lagi untuk cabut gigi. Ramai kawan-kawan bagitahu tak boleh cabut gigi ketika mengandung kerana ia berkaitan dengan sarat dan mungkin akan menyebabkan gangguan pertumbuhan bayi dalam kandungan

Saya jadi buntu. Gigi sakit yang amat dan pada masa yang sama saya risaukan kandungan. Stress juga jadinya. Saya terus dapatkan nasihat dari doktor gigi tersebut. Dan mujur alhamdulillah doktor cakap saya dah boleh cabut gigi sebab masa tu usia kandungan dah cecah 4 bulan iaitu pada trimester kedua.

Terus cabut sebatang gigi. Lega!

Sepanjang mengandung anak pertama saya langsung abaikan pengambilan makanan sihat terutama kalsium yang sangat diperlukan untuk gigi yang kuat dan sihat. Saya tak minum susu pun masa mengandung. Rasa kurang berilmu sangat.

Itu lah pengalaman ngeri yang saya pernah alami sewaktu mengandung anak pertama tahun 2014 dulu.

Hamil Anak ke Dua Lebih Bersedia

Tahun 2015 saya hamil lagi alhamdulillah rezeki Allah. Saya belajar daripada pengalaman. Saya tak mahu dah masalah sakit gigi melampau menghantui saya lagi untuk kali kedua ini. Jadi sebaik sahaja saya disahkan hamil, terus saya cari ikhtiar untuk ambil kalsium yang cukup setiap hari. Ibu hamil perluakn 1000-1200mg kalsium setiap hari.

Saya tahu daripada pemakanan harian sangat tidak mencukupi. Saya makan ala kadar dan tak ikut pemakanan yang betul pun. Jadi saya nekad untuk tambah nutrisi dengan supplemen. Saya ambil Ostematrix sebagai bekalan kalsium setiap hari. Saya consume ostematrix sampai akhir mengandung dan sambung sehingga menyusu sekarang ini.



Sebelum tidur saya mewajibkan diri untuk telan 4 biji ostematrix sekaligus. Sepanjang tempoh kehamilan, saya tiada lagi masalah sakit gigi. Gembira sangat rasa sebab saya tak perlu nak rasa stress lagi dan rasa pening kepala akibat tahan sakit. Saya dapat menikmati masa mengandung dengan lebih bahagia.

Selain ostematrix, saya juga ambil ESP dan juga Vita C Shaklee untuk menampung keperluan protein dan vitamin C. ESP untuk beri saya tenaga sepanjang hari dan vitamin c untuk lindung badan saya dari rasa nak demam sebab vita C Shaklee kaya dengan atioksidan yang tinggi untuk meningkatkan imuniti badan kita.

Saya memang sangat-sangat syorkan set mengandung Shaklee untuk ibu-ibu hami diluar sana yang ada apa-apa masalah ketika hamil mahupun yang tiada masalah kerana supplemen sebagai penambah dan pelengkap nutrisi makanan harian kita.

Bagi anda yang ingin dapatkan set mengandung shaklee boleh lah wasap saya. Konsultasi percuma hanya untuk anda.

Bulan ni promosi ESP tau. Jom dapatkan harga murah ini segera




Asma
0129388321

FB Page : By Asmarehan Alias

0 comments:

Post a Comment