Sunday 15 April 2018

7 SENAMAN TERBAIK IBU MENGANDUNG

7 SENAMAN TERBAIK IBU MENGANDUNG



Sangat penting bagi ibu mengandung untuk bersenam walaupun 30 minit sahaja untuk setiap hari supaya ibu sentiasa berkeadaan cergas dan sihat. Walaubagaimana pun senama ibu mengandung tidaklah seperti golongan yang tidak mengandung. Ibu hamil mempunyai jenis senaman yang khas untuk mereka. Dalam entri kalini yang saya nak kongsikan iaitu 7 senaman terbaik untuk ibu mengandung.

Kebaikan Ibu Mengandung Kerap Bersenam

⇒ Membantu anda membawa berat yang nda tambah semasa mengandung
⇒ Mempersiap sedia diri anda untuk cabaran fizikal untuk proses kelahiran
⇒ Memperbaiki mood dan memberi anda tenaga
⇒ Membantu anda tidur dengan lebih baik
⇒ Membuatkan anda lebih mudah kembali ke bentuk asal selepas bersalin
⇒ Memberi peluang kepada anda untuk berjumpa dengan bakal-bakal ibu yang lain sekiranya ada mengikuti kelas senaman.

Jadi saya teruskan kepada jenis senaman yang terbaik khas untuk ibu mengandung. Senaman berikut adalah jenis senaman yang selamat untuk anda yang bakal bergelar ibu. Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko berbahaya seperti tergelincir, terjatuh seperti gimnastik, bermain sepatu roda, menunggang kuda atau berain ski.

7 Senaman Terbaik Ibu Mengandung

1. Berjalan

Berjalan adalah satu senaman untuk jantung. Ia adalah senaman yang sangat selamat untuk ibu mengandung tanpa mencederakan lutut dan buku lali. Berjalanlah dalam 30 minit sehari dan lima kali seminggu. Anda boleh cuba berjalan pusing di taman kawasan perumahan anda atau di ruang legar pejabat semasa waktu makan tengah hari

2. Naik Tangga

Senama ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih lagi belum kukuh dan kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

3. Berenang

Berenang adalah satu senaman yang selamat untuk ibu mengandung dan ia amat disarankan kerana ianya memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa bebas. Kawalan pernafasan ketika berenang akan membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada dalam air. Tekanan air akan membuatkan otot anda lebih sedikit daripada biasa.

4. Kerja Rumah

Ibu mengandung digalakkan untuk membuat kerja-kerja rumah yang ringan. Ibu mengandung yang di awal kehamilan, kerja-kerja seperti menyapu lantai dan menyidai pakaian tidak menjadi masalah. Elakkan dari mengemop lantai, mencuci bilik mandi dan mengangkat barang yang berat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungan.

5. Senaman Lantai Pelviks

Jika anda mudah terkucil sedikit ketika batuk atau bersin, anda mungkin mempunyai otot lantai pelvik yang agak lemak\h. Buatlah senaman lantai pelvik setiap hari untuk menguat otot lantai pelvik. Senaman ini bukan sahaja untuk ibu hamil tetapi juga sesuai untuk semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak.

6. Yoga



Yoga untuk kehamilan membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksible dan memperbaiki postur anda. ia lebih lembut pada sendi berbanding jenis senaman yang lebih keras. Walaubagaimanapun, anda mungki perlu juga membuat beberapa aktiviti aerobik seperti berjalan kaki beberapa kali seminggu untukmembolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik.

7. Bertinggung

Apa itu bertinggung? Bertinggung adalah seakan mencangkung, tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakala mencangkung ditahan oleh tapak kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

Bersenama sememangnya aktiviti yang sangat baik untuk ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungannya. Namun begitu, anda perlu merujuk kepada pakar terlebih dahulu sekiranya  ada komplikasi yang boleh menghalang anda untuk bersenam sepanjang tempoh kehamilan. Pakailah pakaian yang sesuai semasa bersenam. Bersenamlah mengikut kemampuan dan jangan sesekali memaksa diri walaupun tidak mampu atau mempunyai masalah kesihatan yang lain. Jangan lupa untuk minum banyak air supaya badan sentiasa bertenaga.

1 comment:

  1. Play Live Casino Online at Lucky Club Casino Sites
    Lucky Club Casino is a well-established luckyclub.live online gambling site that is open 24/7. They also offer online slots, live table games and more. All games are streamed by

    ReplyDelete