Sunday 15 April 2018

8 TIPS ATASI KELETIHAN MELAMPAU IBU HAMIL DAN KEMBALI CERGAS!

7 TIPS ATASI KELETIHAN MELAMPAU IBU HAMIL DAN KEMBALI CERGAS!



Mengandung itu sendiri sebenarnya meletihkan bagi ibu mengandung. Namun ada tips untuk ibu hamil nampak ceria dan cergas sepanjang tempoh mengandung tanpa rasa keletihan. Biasanya ibu hamil sering mengalami keletihan dan juga selalu mengantuk pada awal kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan simptom muntah-muntah yang dialaminya. Keletihan ini akan berkurang apabila masuk trimester kedua fasa mengandung tetapi ia mungkin akan merasa keletihan semula apabila masuk trimester ketiga.

Hal ini kerana apabila perut semakin membesar, ibu hamil akan lebih sukar untuk mendapat tidur a\yang selesa apatah lagi lena sepanjang malam serta sering ke tandas. Perubahan tubuh badan ibu hamil menjadi punca yang menyebabkan seseorang wanita sentiasa letih dan mengantuk terutama pada siang hari.

Untuk mengatasi masalah letih dan mengantuk di kalangan ibu hamil, saya akan kongsikan kepada anda semua 7 tips atasi keletihan melampau ibu hamil dan kembali cergas sepanjang tempoh mengandung supaya dapat menjalankan tugas harian dengan lebih baik dan lebih bahagia.

7 Tips Ibu Hamil Atasi Keletihan Dan Kembali Cergas

1. Lakukan Senaman Ringan

Walaupun kita rasa keletihan, ringan-ringankan badan untuk membuat senaman ringan selama lebih kurang 30 minit sahaja setiap hari. Senaman ringan seperti contoh berjalan di sekitar rumah pun boleh. Ini akan membantu mengembalikan tenaga anda yang hilang. Kalau di pejabat, anda boleh membuat senaman regangan dan hirup udara segar melalui tingkap. Terdapat banyak jenis senaman khas untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba. Ia juga dipercayai dapat membantu memudahkan proses bersalin.

2. Pilih Makanan Berkhasiat



Antara perlara penting yang ibu hamil perlu ambil berat supaya tidak mengalami keletihan melampau iaitu dengan bijak memilih makanan. Ibu hamil perlu lebihkan tenaga dengan mengambil protein, karbohidrat yang tidak diproses dan lemak sihat. Protein adalah sumber tenaga baik untuk ibu dan juga tumbesaran bayi dalam kandungan. Sumber protein yang boleh didapati ialah ikan, ayam, tauhu dan soya.

Karbohidrat juga merupakan sumber tenaga yang penting. Gantikan pengambilan nasi dan pasta dengan karbohidrat sihat seperti bijirin penuh dan roti mil. makanan bergoreng dan merjerin juga perlu diganti dengan minyak sihat semulajadi seperti avokado dan mentega kacang.

3. Rehat Dan Tidur Yang Berkualiti

Kurang mendapatkan rehat dan tidur adalah antara punca ibu hamil letih dan lesu setiap hari. Pastikan anda tidur awal setiap hari. Jika ada waktu kelapangan cuba ambil masa untuk lelapkan mata sekejap. Elakkan minum air sebelum masuk tidur supaya tidak terjaga tengah malam untuk ke tandas. Anda juga boleh dapatkan urutan khas ibu mengandung atau boleh juga mandi di dalam rendaman air suam dan titiskan beberapa titis aromaterapi yang menenangkan sebelum masuk tidur.

4. Banyakkan Minum Air Kosong

Air kosong banyak manfaatnya. Tidak kira mengandung atau tidak, masalah letih, lesu, dan mengantuk juga boleh terjadi disebabkan oleh kehausan. Jadi, anda perlu lebihkan pengambilan air kosong setiap hari. Mereka yang minum air walaupun setengah gelas setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga. Boleh juga minum jus buah atau teh tanpa kafein untuk kelainan. Buah dan sayur seperti tomato dan timun juga dapat menambah kandungan air dalam badan.

5. Makan Sedikit Tetapi Kerap

Mengandung bukan alasan untuk anda makan untuk 2 orang. Kajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makanan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak. Cara ini dapat membendung keletihan badan dan mengembalikan tenaga. Anda digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang biasa diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Jika anda jenis yang suka mengunyah, isilah tenaga anda dengan makan kudapan yang berkhasiat seperti kurma, badam atau yogurt serta buah-buahan setiap 4 jam untuk kekal cergas.

6. Hirup Udara Segar

Menurut pakar, udara segar dapat membantu untuk mengurangkan keletihan. Bila anda hanya terperap di dalam rumah tanpa keluar untuk menghirup udara luar membuatkan anda lebih terdedah dengan bakteria kerana anda hanya menghirup udara yang sama. Anda seharusnya keluar rumah setiap hari walaupun sekejap setiap pagi untuk menyedut udara yang mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak. Ini dapat membantu untuk meningkatkan daya tubuh anda

7. Mandi Dengan Kerap

Jika badan berpeluh akan membuatkan ibu hamil lagi cepat letih. Ditambah pula dengan faktor cuaca di Malaysia kini yang kadang-kadang sangat panas menyebabkan anda kurang selesa akibat berpeluh. Sebaiknya anda harus kerapkan mandi. Mandi juga dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 

8. Bersarapan

Sebaiknya anda tidak skip sarapan pada waktu pagi. Ini kerana ibu hamil yang mengambil sarapan pagi akan lebih bertenaga untuk melakukan kerja harian dan mempunyai emosi yang lebih positif sepanjang hari tersebut. Tetapi anda perlu pastikan sarapan anda kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang dan bahagian daging yang tidak berlemak kerana kekurangannya sering dikaitkan dengan punca keletihan. Penyerapan zat besi yang optimum dibantu oleh pengambilan vitamin C.

Tiada Alasan Lagi Untuk Ibu Hamil Tampil Lebih Bertenaga

Justeru itu, tiada alasan lagi untuk anda para ibu hamil untuk tampil lebih cergas dan bertenaga seterusnya dapat mengatasi masalah keletihan melampau disebabkan masalah-masalah tertentu. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cuma anda sahaja yang nak mengatasinya atau hanya biarkan sahaja ia terjadi sehingga menjejaskan aktiviti harian anda dan juga keluarga. 

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

0 comments:

Post a Comment