Sunday 15 April 2018

5 KEPENTINGAN SUSU UNTUK IBU HAMIL

5 KEPENTINGAN SUSU UNTUK IBU HAMIL



Susu boleh dikatakan minuman yang wajib diambil oleh ibu hamil untuk melengkapi pengambilan makanan harian mereka. Hal ini kerana ibu hamil memerlukan 72mg susu berkualiti sehari bagi memenuhi keperluan protein. Namun terdapat segelintir dari mereka yang tidak gemarkan susu. disebabkan loya muntah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, mereka tetap perlu ambil sumber protein lain iaitu produk tenusu seperti keju, yourt dan soya atau boleh ambil protein dari haiwan.

5 Kepentingan Susu Untuk Ibu Hamil

1. Sumber Kalsium Yang Penting

Seorang ibu hamil memerlukan antara 1000-1200mg protein setiap hari berbanding wanita biasa. Semasa hami, keperluan nutrien semakin meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Makan, 3 cawan susu dapat membantu anda untuk memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika mengandung. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga penting dalam membantu melancarkan ransangan pada saraf dan otot janin.

2. Mengurangkan masalah Kehamilan

Ibu hamil biasanya cenderung untuk mengalami masalah seperti pedih ulu hati dan jug gastrik. Memandangkan susu adalah sejenis antasid, ia dapat berperanan melegakan masalah tersebut.

3. Mencegah Risiko Bayi Kurang Berat

Tahukah anda, vitamin D juga penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat? Ya, selain kalsium, susu untuk ibu hamil juga mengandungi vitamin D. Terdapat sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2011, ia menemukan bahawa pengambilan produk tenusu dengan vitamin D selama kehamilan membantu mengurangkan risiko multiple sclerosis, iaitu sejenis komplikasi saraf pada bayi.

4. Menggalakkan Perkembangan Janin

Susu juga mempunyai protein yang sangat penting untuk keperluan ibu hamil. Fungsi nya adalah untuk pembentukan rahim, darah dan tisu bayi. Selain itu, susu juga mengandungi zat yang penting seperti folat dan DHA yang berperanan dalam pembentukan sarat serta otak janin.

5. Manfaat Jangka Masa Panjang Untuk Anak

Ibu hamil yang minum susu seawal kehamilan bukan untuk perkembangan bayi semasa dalam kandungan sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada perkembangan anak yang bakal dilahirkan nanti, iaitu dalam jangka masa panjang. Saintis mendapati bahawa wanita hamil yang minum sekurang-kurangnya 150ml susu setiap hari berpotensi mendapat anak yang lebih tinggi dan cepat berkembang berbanding mereka yang kurang minum susu semasa hamil. Ada juga yang mengatakan bahawa anak-anak ini memiliki tahap insulin yang lebih tinggi dalam darah, lalu mengurangkan risiko diabetes type 2

Kandungan Nutrisi Dalam Susu Khas Untuk Ibu Hamil

✔️ Kalori
✔️ Protein
✔️ Kalsium
✔️ Zat Besi
✔️ Asid Folat
✔️ AHA/DHA
✔️ Zink
✔️ Vitamin A
✔️ Vitamin B1
✔️ Vitamin B2
✔️ Niacin
✔️ Vitamin B12
✔️ Vitamin C
✔️ Fosfur
✔️ Sodium

Sebagai kesimpulannya, susu adalah antara tambahan terbaik bagi setiap ibu hamil. Minum susu selain sihat, ia juga praktikal kerana menjadi 5 elemen yang menyempurnakan kekurangan nutrisi makanan. Susu menjadi pelengkap keperluan nutrisi ibu hamil kerana kandungan nutrisinya yang banyak. Minum susu juga menjamin  pengambilan zat-zat penting yang diperlukan untuk perkembangan janin teruatama jika pengambilan gizi daripada makanan yang bermenu tidak bervariasi dan seimbang atau tidak diserap dengan baik

0 comments:

Post a Comment