Tuesday 10 April 2018

8 CARA HILANGKAN SEMBELIT TERUK SEMASA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

8 CARA HILANGKAN SEMBELIT TERUK SEMASA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN


Antara masalah yang sering ibu alami selepas bersalin dan semasa dalam berpantang adalah sembelit. Adalah biasa jika anda tidak membuang air selama beberapa hari pertama selepas melahirkan bayi. Tetapi tempoh berpantang akan menjadi lebih mudah jika anda tidak mengalami apa-apa masalah baik masalah kesihatan ibu mahupun anak. Pada awal fasa berpantang, ibu mudah mengalami stress jika berhadapan dengan dua masalah ini seperti bayi jaundis (bayi kuning) dan ibu sembelit. Jadi untuk entry kali ini saya nak kongsikan 8 cara hilangkan sembelit terus semasa berpantang selepas bersalin

Kenapa Sembelit Terjadi?

Semasa di hospital, anda mungkin tidak rasa hendak membuang air jika anda diberi enema semasa peringkat awal kelahiran. Selain itu:

  • Jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan anda semasa hamil boleh menyebabkan sembelit
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran
  • ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran seperti peditina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lemah
  • Anda melalui kelahiran dibantu seperti forcep atau ventous
  • Anda mengambil pil zat besi atau ubat anti depressi yang menyebabkan sembelit
  • Anda mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan
  • Anda pernah melahirkan bayi sebelum ini
  • Anda mendapat jahitan sebab luka atau episiotomi
Membuang Air Besar Selepas Bersalin Menyakitkan?

Lazimnya membuang air besar selepas bersalin tidak menyakitkan. Ini kerana saraf di dalam dan sekeliling vagina ibu telah longgar akibat proses kelahiran menyebabkan bahagian di antara anus dan perinium terasa sedikit kebas atau dengan kata lain, ibu tidak akan rasa terlalu sakit apabila menggerakkan usus untuk pertama kali selepas bersalin.

8 CARA HILANGKAN SEMBELIT TERUK SEMASA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

1. Minum Air Suam Secukupnya

Minum banyak air suam sangat membantu proses pembuangan dan juga memudahkan pergerakan usus. Cecair akan membuatkan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Menyusukan bayi membuatkan ibu akan dahaga. Jadi ibu perlulah minum banyak air. Minum sedikit-sedikit tapi dengan kerap.

2. Makan Makanan Tinggi Serat

Ibu perlu makan makanan yang tinggi kandungan seratnya terutamanya buah-buahan. bahan serat sangat membantu melawaskan penghadaman.

3. Banyakkan Pergerakan

Elakkan duduk atau baring terlalu lama kerana ia akan menyebabkan sembelit akan menjadi lebih teruk. Cuba berjalan sedikit demi sedikit dengan kerap dalam jarak yang dekat sahaja. 

4. Jangan Menangguh Untuk Membuang

Ibu perlu segera ke tandas jika terana ingin membuang air besar. Elakkan dari mengamal sikap bertangguh dan cuba hilangkan rasa fobia untuk ketandas. Fikirkan dan tumpukan perhatian kepada perkara yang lebih bermanfaat.

5. Posisi Membuang Haruslah Mirip Mencangkung


Elakkan guna tandas mencangkung untuk membuang air besar tetapi sebaikknya gunalah tandas jenis duduk tetapi dalam posisi mirip mencangkung iaitu dengan melapik kekuda bawah kaki supaya paha lebih tinggi dari tempat duduk dan letakkan siku pada lutut kerana posisi ini lah yang paling baik untuk menggerakkan usus. Ia sangat membantu untuk memudahkan ibu yang dalam pantang untuk membuang air besar

6. Mengambil Ubat Julap

Biasanya doktor akan bekalkan ubat julap atau pelembut najis epada ibu berpantang apabila anda keluar dari hospital. Jika tidak, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu kerana bimbang ubat julap yang anda beli di farmasi tidak sesuai dan serasi dengan anda. Penggunaan ubat julap yang berterusan adalah tidak baik untuk kesihatan usus.

7. Jangan Teran Tapi Tolak Dengan Nafas

Kita akan rasa nak membuang dan rasa nak meneran supaya najis cepat-cepat keluar. Tetapi bila teran, najis tak keluar juga. Jika perkara ini berlaku, anda perlu bertenang dahulu dan tarik nafas panjang-panjang kemudian hembuskan sambil bayangkan nafas kita tolak najis tersebut. Teknik ini adalah teknik untuk bersalin tanpa koyak. Ia juga berkesan untuk hilangkan sembelit. 

8. Pengambilan Supplemen Magnesium

Magnesium dalam bentuk kalsium-magnesium sangat membantu dalam menlawaskan sistem penghadaman. Jadi, najis akan keluar dengan lancar, lembut dan mudah tanpa paksaan dan tanpa perlu kita meneran.

Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada anda semua.

2 comments:

  1. Setuju. Untuk elak sembelit, pemilihan makanan amatlah penting selain kandungan air yang mencukupi dalam badan. Purata pengambilan air harian yang baik adalah berat badan dikali dengan 3. Contoh, Berat badan 50kg kali 3 = (150) x 100 = (1500ml) sehari. Saya juga syorkan minuman jus semulajadi yang saya amalkan semasa berpantang utk memudahkan proses pembuangan harian saya. Boleh lihat di sini >>> https://www.solusisembelit.com/

    ReplyDelete
  2. Wah baru tahu tentang posisi membuang tu.. terima kasih ya sudi berkongsi tips :)

    ReplyDelete