Sunday 8 April 2018

10 PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

10 PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Sebagai seorang ibu, sepatutnya anda berasa bertuah kerana dapat melalui tempoh berpantang dan dapat merasai pengalaman berpantang itu sendiri. Trtapi ada juga antara ibu yang merasakan berpantang adalah sesuatu yang rumit, melecehkan serta menyiksakan tetapi ia sebenarnya sesuatu proses yang sangat bermanfaat kepada ibu yang baru sahaja melahirkan anak.


Kebaikan Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang merupakan satu fasa proses pemulihan bagi ibu yang baru lepas bersalin. Ibu perlu memulihkan kembali tubuh badan yang sihat dan mereka harus melalui tempoh berpantang sekurang-kurangnya 44 hari. Antara kebaikan berpantang selepas bersalin:

✓ Untuk memulihkan tenaga yang banyak digunakan semasa proses bersalin
✓ Memberi masa proses penyembuhan luka elok sepenuhnya
✓ Mengembalikan bentuk badan ibu selepas bersalin
✓ Mengelakkan mengandung dalam masa terdekat
✓ Memastikan tubuh ibu sentiasa sihat dalam tempoh yang panjang

10 PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

1. Tidur tidak berbantal

Secara rsionalnya, tidur berbantal memberikan postur yang lebih baik kepada ibu. Kedudukan kepala yang lebih tinggi daripada badan menyukarkan darah kotor atau angin naik ke kepala. Keadaan ini mengelakkan ibu berpantang mudah terkena sakit kepala semasa berpantang

2. Tidak Memakai Stokin

Membiarkan kaki sejuk tanpa berstokin dan berisiko tinggi untuk dimasuki angin akan mengganggu proses ibu berpantang untuk kembali sembuh. Oleh itu, pemakaian stokin amat disarankan kepada ibu yang dalam pantang untuk mengelakkan perkara tersebut.

3. Ibu Jari Tersepak Benda Keras

Ibu jari kaki ibu harus dijaga dengan sebaik-baikknya. Jika ibu jari kaki tersepak sesuatu yang keras, ia boleh menyebabkan ibu terkena bentan atau pitam.

4. Mandi Air Sejuk

Ketika dalam waktu berpantang, elakkan mandi air sejuk tak kira pada waktu pagi atau senja. Seeloknya ibu perlu mandi air rebusan daun herba yang suam-suam pada setiap pagi. Elakkan badan menggigil ketika mandi. Ratakan air menggunakan tangan

5. Jangan Tidur dan Keluar Rumah Waktu Senja

Tidur bagi ibu berpantang haruslah dalam kedudukan kaki lurus, kepala tinggi daripada badan dan kaki harus dirapatkan supaya tidak mudah berasa pening kepala dan juga untuk mempercepatkan peranakan sembuh seperti sediakala.

6. Jangan Terlalu Aktif

Seminggu selepas melahirkan bayi, ibu seharusnya duduk baring diam sahaja di atas katil tanpa banyak melakukan pergerakan. Jika mampu untuk dapatkan pembantu lagi bagus sebenarnya untuk membantu menguruskan bayi dan juga kemas rumah. Ini akan membantu pulihkan tenaga luar dan dalam kerana ibu telah banyak kehilangan tenaga semasa proses kelahiran. Biarkan tubuh benar-benar dapat rehat yang cukup.

7. Jangan Makan Ubi

Makanan atau apa sahaja hidangan yang berasaskan ubi tidak dibenarkan oleh ibu berpantang. Ini kerana makanan tersebut akan mengganggu pencernaan si ibu malah akan menyebabkan sakit perut seperti kembung perut. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusukan bayi kerana ia boleh dialami oleh bayi juga. 

8. Tidak Boleh Minum Ais

Ini adalah pantang yang paling besar sekali bagi semua ibu bersalin. Air sejuk atau ais sama sekali tidak dibenarkan selama tempoh berpantang 44 hari. Ini kerana ais membuatkan badan ibu menjadi sakit-sakit dan lenguh-lenguh.

9. Mandi Tidak Berbangku

Disebabkan oleh ibu yang baru lepas bersalin tidak boleh bergerak kasar dan aktif walaupun anda sudah berasa sihat dan betenaga sekalipun, duduk lah dibangku setika mandi. Ini kerana, setiap regangan yang dilakukan tubuh akan mengeluarkan tenaga seterusnya dapat membantutkan proses pemulihan rahim dan peranakan.

10. Jangan Menjahit dan Membaca

Ibu yang berpantang dilarang menjahit dan membaca. Secara logiknya, aktiviti tersebut memerlukan 2 kali ganda daya tumpuan daripada ibu yang fizikalnya masih lagi lemah. Hal ini akan menyebabkan  minda ibu cepat letih dan tidak fokus.

Demikian lah 10 pantang larang semasa berpantang selepas bersalin dimana ibu itu sendiri mesti elakkan jika tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sesungguhnya semua yang ditegah ini adalah untuk kebaikan ibu itu sendiri.

Semoga bermanfaat!!

0 comments:

Post a Comment