Sunday 8 April 2018

10 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU BERPANTANG

10 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU BERPANTANG


Makanan seimbang dan bernutrisi tinggi serta pengambilan air yang mencukupi sangat penting semasa tempoh berpantang untuk kembalikan badan supaya cergas. Tempoh berpantang iaitu selama 44 hari adalah satu jangka masa yang sangat mencabar bagi ibu yang melahirkan anak. terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh diambil oleh ibu berpantang untuk memastikan tahap kecergasan kembali seperti sediakala, mengelakkan urat kembang, membuang angin dari badan, menyembuhkan luka dalaman sekaligus dapat mengembalikan kesihatan yang menyeluruh untuk ibu. Namun ada juga makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu atau dikatakan makanan pantang larang yang dikatakan tajam, berbisa, sejuk dan sebagainya yang boleh membuatkan ibu bentan. Dalam entry ini saya akan kongsikan dengan anda semua 10 makanan berkhasiat untuk ibu berpantang.

Kepentingan Nutrisi Bagi Ibu Berpantang

Pernah tak anda mengalami situasi seperti dibawah selepas bersalin?

1. Badan masih lagi lesu, tak bermaya serta lemah walaupun dah sebulan melahirkan anak
2. Sakit belakang dengan kerap (berkemungkinan kesan suntikan ubat semasa proses bersalin)
3. Sembelit
4. Buasir
5. Keletihan sebab perlu berjaga malam
6. Sakit belakang akibat menyusu lama atau posisi menyusu yang salah

Jika anda mengalami situasi sebegini, segera berjumpa doktor. Tetapi anda boleh mengelakkannya dengan mengambil nutrisi yang cukup. Sebab itu lah pentingnya nutrisi bagi ibu berpantang. Antara kepentingannya:

✓ Pemulihan
✓ Pengeluaran susu
✓ Mengurangkan penyakit pada bayi
✓ Meningkatkan keadaan kesihatan (osteoporosis, bahu / sakit punggung)



10 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU BERPANTANG

#1 Rempah Ratus

Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu. Namun ibu harus berhati-hati dengan pengambilan rempah ratus ini kerana ianya bersifar panas bimbang bayi tidak selesa

#2 Bawang Putih


Bawang putih mampu mengembalikan tenaga yang hilang ketika proses bersalin dan juga berfungsi membuang angin dari badan dan juga melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan ibu Boleh masukkan bawang putih kedalam makanan berpantang ibu seperti sup sayur dan sebagainya. Kuantiti bawang putih tersebut bergantung kepada ketahanan badan ibu dan juga bayi.

#3 Halia Muda

Halia muda dikatakan bagus untuk membuang angin dalam badan ibu dan juga berfungsi sebagai pemanas badan serta melancarkan proses penghadaman. Ibu boleh lah tambah halia ke dalam masakan.

#4 Kunyit


Kunyit boleh dibuat sebagai air minuman. Kunyit sangat membantu untuk mengecut, memulihkan dan menguatkan dinding rahim selepas bersalin. Ia juga berfungsi untuk mencuci darah

#5 Asam Jawa

Asam jawa dikatakan mampu mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarkan tubuh. Asam jawa juga sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Amalkan jus asam jawa setiap hari. Cuba dalam kuantiti sedikit dahulu kemudian baru tingkatjan mengikut kesesuaian badan.

#6 Daun Pegaga

Daun pegaga dapat membantu dalam mengurangkan baby blues (meroyan) dan kemurungan. Pegaga juga membantu membangkitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat dan juga mampu melancarkan aliran darah serta merawat masalah keputihan kerana sifatnya yang antibakteria dan anti bengkak maka ia sangat baik bagi ibu berpantang supaya luka bersalin cepat sembuh

#7 Peria

Peria sangat baik untuk melancarkan proses pencernaan iaitu mengatasi masalah sembelit. Ibu berpantang perlu menjaga pengambilan makanan untuk mengelakkan buasir yang mudah menyerang ketika dalam pantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu serta melancarkan peredaran darah.

#8 Ikan Tenggiri dan Haruan

Ikan tenggiri dan haruan sangat membantu dalam penyembuhan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah ibu.

#9 Serai

Serai mampu mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin, memecahkan lendir dan darah nifas dalam rahim. Serai juga merawat bisa-bisa otot dan badan, menguatkan saraf yang lemah, mengelakkan angin meroyan, mencegah kehamilan, awet muda,  menyihatkan dan menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala, sengal sendi, melawaskan kencing dan pencegah perut kembung

#10 Sawi

Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin dalam tubuh ibu yang dalam pantang.

Semoga entry ini bermanfaat bagi ibu yang bakap bersalin atau yang sedang dalam pantang. 

0 comments:

Post a Comment