Wednesday 4 April 2018

4 PUNCA UTAMA KANAK-KANAK OBESITI DAN CARA ATASI

4 PUNCA UTAMA KANAK-KANAK OBESITI DAN CARA ATASI

Ramai di kalangan ibu bapa kini yang kurang kesedaran tentang masalah obesiti yang berlaku di kalangan anak-anak mereka. Ada yang menganggap masalah itu adalah normal dan lebih teruk lagi mereka anggap masalah kegemukan itu sesuatu yang sihat disebabkan anak mereka aktif dan  mereka fikir anak-anak sebegini akan mengalami penurunan berat badannya sendiri dari semasa ke semasa.

Tetapi ternyata ia adalah TIDAK BENAR. Semakin dibiarkan masalah tersebut berlarutan semakin tinggi risiko untuk kanak-kanak tersebut terdedah kepada masalah kesihatan

Masalah Kesihatan


1. Penyakit jantung dan angin ahmar
2. Kencing manis
3. Kanser
4. Penyakit pundi hempedu dan batu karang
5. Tekanan darag tinggi
6. Gout
7. Masalah paru-paru
8. Masalah sendi akibat berat badan yang berlebihan
9. Kemurungan
10. Masalah kesihatan lain

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak ini berlaku. Dalam enty kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua 4 punca utama kanak-kanak obesiti.

4 PUNCA KANAK-KANAK OBESITI

1. Gaya Hidup Yang Tidak Sihat


Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa anak-anak yang dibesarkan dibandar mengalami masalah obesiti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang dibesarkan di kampung atau di luar bandar. Faktor persekitaran ini juga banyak menyumbang kepada gaya hidup mereka. Di bandar, kanak-kanak lebih terdedah kepada teknologi terkini yang menyebabkan mereka menjalani gaya hidup yang tidak sihat. Mereka lebih gemar terperap dirumah dan bermain dengan alam maya berbanding bermain di alam nyata. Faktor gaya hidup bebas ini dan ditambah pula dengan pemilihan makanan yang tidak sihat, akan menyebabkan anak-anak mendapat kandungan kalori yang berlebihan. Kalori yang tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan di dalam badan sebagai lemak dan seterusnya menyebabkan obesiti.

2. Pemilihan Makanan Yang Tidak Sihat

Melalui pemakan yang tidak sihat yang sering di amalkan oleh kanak-kanak mendorong mereka untuk mendapat risiko obesiti. Fast food atau frozen food yang menjadi makanan utama dimana makanan tersebut mudah didapati menyebabkan anak-anak menjadi ketagih untuk makan dalam kekerapan yang tinggi dan ini mendorong mereka untuk menjadikan makanan tersebut sebagai makanan utama mereka. Faktor yang menyebabkan anak-anak gemar memilih makanan segera tersebut adalah kerana kekangan masa yang dihadapi oleh ibu bapa mereka yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk menyediakan makanan yang dibuat dari rumah sehingga mereka memilih untuk memberi makanan segera kepada anak-anak mereka. Seperti yang kita sedia maklum, makanan segera tersebut langsung tidak mempunyai nutrisi yang cukup  dan tinggi kandungan kolesterol menyebabkan ia lebih berisiko untuk mendapat masalah kegemukan.

3. Genetik

Terdapat kajian yag menunjukkan bahawa sekitar 70% kanak-kanak akan menghadapi masalah obesiti jika kedua-dua ibu bapanya juga obesiti. Genetik turun temurun ini juga salah satu faktornya tetapi sebelum genetik dipersalahkan, harus dilihat dahulu gaya hidup dan cara pemilihan makanan mereka dahulu.

4. Ibu Bapa Yang Kurang Kesedaran Tentang Obesiti

Akibat daripada sikap ibu bapa yang kurang kesedaran tentang bahayanya obesiti menyebabkan anak-anak terus menerus akan mengamalkan pemilihan makanan yang tidak menentu selain mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan akhirnya menyebabkan masalah obesiti menjadi lebih serius.

Kenapa Perlu Sedar?

Ini kerana bimbang akan memberi kemudaratan kepada anak-anak dan penyakit yang akan singgah pada mereka seperti yang dikongsikan diatas. Penyakit tersebut mungkin tidak kelihatan untuk masa sekarang tetapi ianya akan muncul untuk jangka masa depan apabila anak-anak tersebut semakin meningkat dewasa.

Anak-anak yang obesiti ini juga mudah untuk menjadi bahan ejekan rakan-rakan sebaya mereka dan ini akan menyumbang pula kepada masalah kemurungan. Ini sangat membimbangkan kita kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk bunuh diri akibat tidak tahan diejek rakan sebaya akibat gemuk. Ini kerana mereka hidup dalam keadaan tertekan, trauma, emosi terganggu, rasa teranianya, dianggap bodoh dan hodoh dan seterusnya mereka membesar dalam persekitaran yang negatif


Cara Atasi Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

  • Memastikan anak-anak mendapat sumber makanan yang berkhasiat
  • Galakkan anak-anak untuk makan lebih sayur dan buah-buahan
  • Pilih protein yang rendah lemak
  • Elakkan mengambil makanan segera, frozen food dan makanan manis terlalu banyak
  • Galakkan anak-anak untuk bersukan setiap hujung minggu
  • Memasak makanan di rumah
  • Luangkan masa bersama anak-anak untuk aktiviti luar rumah


Justeru itu, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak ini mampu dibendung di peringkat awal lagi jika ibu bapa memainkan peranan masing-masing. Pemilihan makanan dan gaya hidup adalah yang paling utama menyumbang kepada kesihatan anak-anak. Jadi anda mampu mengubahnya untuk masa depan anak-anak anda agar lebih sihat, gembira, berjaya dan terjamin. 

Semoga enty kali ini memberi manfaat kepada anda semua.

0 comments:

Post a Comment