Thursday 5 April 2018

5 MAKANAN HEBAT ANAK BIJAK

5 MAKANAN HEBAT ANAK BIJAK


Pemakanan adalah penyumbang utama kepada kesihatan dan kecerdasan minda seseorang. Baik makanan yang diambil maka baik juga lah kesannya pada otak seseorang bermula dari umur 6 bulan. Setiap ibu bapa juga mengimpikan anak yang bijak. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah mengetahui makanan apa yang membantu perkembangan minda kognitif kanak-kanak.

Anak yang mempunyai minda yang cerdas dan pintar memudahkan mereka untuk faham apa yang mereka pelajari dan boleh mengaplikasikan sesuatu perkara yang mereka pelajari. Mereka mudah untuk mengingat perkara yang dibaca. Jadi untuk entry kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua 5 makanan hebat anak bijak.

5 Makanan Hebat Anak Bijak

(1) Telur

Menurut kajian, protein yang terdapat pada putih telur meningkatkan tyrosine di dalam darah dan otak kanak-kanak, yang mana ia menggalakkan sel-sel otak dan membantu mereka kekal cerdas dan aktif. Selain sumber protein, telur juga mengandungi asid amino yang baik untuk otak. Kuning telur kaya dengan acethylcholine yang membantu perkembangan daya ingatan mereka. Zat ini juga meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak. Cuma perlu berpada-pada kerana kuning telur mengandungi kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan.

(2) Susu


Susu adalah sumber tenusu yang mengandungi protein dan karbohidrat yang memberi bekalan tenaga utama kepada otak kanak-kanak. Susu dan yogurt mengandungi protein dan vitamin B yang penting untuk pertumbuhan tidu otak, neurotransmitter dan enzim. Produk tenusu juga kaya dengan vitamin D yang mana ia adalah vitamin yang penting untuk sistem saraf dan kitaran kehidupan sel-sel manusia.

(3) Kekacang

Kekacang mengandungi karbohidrat komplex yang berfu gsi sebagai sumber tenaga kepada otak. Kekacang juga kaya dengan sumber protein, serat, mineral dan vitamin yang penting untuk perkembangan otak. 

(4) Beri

Segala jenis beri iaitu strawberi, beri hitam, ceri biru, buah ceri dan raspberi dimana ia kaya dengan vitamin C yang mempunyai tahap antioksidan tinggi untuk melawan sel radikal bebas dan membantu mencegah kanser. Kajian juga menunjukkan ingatan akan bertambah baik dengan memakan extract beri biru dan strawberi.

(5) Salmon

Salmon adalah antara sumber ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 termasuk EPA dan DHA. EPA & DHA sangat penting untuk pertumbuhan dan oerkembangan otak kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil lebih banyak asid lemak omega 3 ini mempunyai daya fikiran yang lebih baik dalam ujian kemahiran mental. Selain salmon, tuna dan sardin juga mengandungi EPA & DHA.

Justeru itu, faktor pengambilan makanan adalah penyumbang utama untuk menjadikan anak-anak lebih bijak, pintar dan cergas. Sikap peduli ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk pastikan anak-anak mendapat keperluan yang terbaik supaya masa depannya lebih gemilang. Semoga entry ini bermanfaat untuk anda semua.

0 comments:

Post a Comment