Monday 16 April 2018

TIPS BERPUASA BAGI IBU HAMIL

TIPS BERPUASA BAGI IBU HAMIL



Apakah hukum bagi wanita hamil yang ingin berpuasa di bulan Ramadhan? Hukumnya masih lagi wajib jika keadaan ibu sihat, kuat dan mampu serta tidak ada penyakit lain yang menyebabkan mereka perlu berbuka puasa untuk makan ubat.

Hukum Puasa Bagi Ibu Hamil

Terdapat dua hukum puasa bagi ibu yang sedang mengandung.

Pertama
Wanita hamil yang mengalami masalah kesihatan semasa mengandung dan risau ianya akan memberi kesan kepada keselamatan diri dan bayi dalam kandungan. Seperti contoh, alahan yang teruk, kencing manis semasa mengandung, darah tinggi, anemis (kurang darah merah), sakit jantung, athma, mengandung anak kembar dan sebagainya.

⇒ Hukumnya adalah : Wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa membayar fidyah

Kedua
Wanita hamil yang sihat tetapi risau akan keselamatan bayi dalam kandungan

⇒ Hukumnya adalah : Wajib menggantikan puasanya yang ditinggalkan dan wajib membayar fidyah.

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil

1. Sewaktu Sahur

Ketika sahur, seeloknya pilih lah makanan yang mengandungi protein  dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua-dua jenis nutrisi ini dapat bertahan lebih lama kerana proses pencernaannya perlahan menyebabkan ibu hamil akan berasa lambat lapar pada siang hari. Antara makanan yang mempunyai protein untuk ibu hamil adalah daging. Daging adalah sumber makanan yang mengandungi kalori dan protein yang sangat tinggi dimana ia mampu disimpan dalam tubuh waktu yang cukup lama

Makanan yang kaya dengan vitamin C juga baik untuk diamalkan ketika sahur. Elakkan dari ambil makanan manis ketika sahur supaya tubuh badan tidak cepat berasa lapar disebabkan oleh gula masuk kedalam darah secara drastik.

Sebaiknya, minum air putih sebanyak mungkin sehingga waktu sahur hampir tamat

2. Ketika Sedang Berpuasa

Betulkan niat anda sebelum menjalani ibadah puasa dan ikhlas melakukannya agar hari-hari puasa anda lebih tenang dan ceria tanpa sebarang masalah walaupun sedang mengandung

Banyakkan berehat dan kurangkan aktiviti yang menggunakan tenaga lebih. Jangan kusutkan fikiran juga dengan pelbagai masalah. hadapinya dengan tenang supaya dapat mengelakkan tekanan

3. Ketika Berbuka

Segerakan waktu berbuka puasa dan diawali denfan minuman yang suam dan manis sedikit untuk meningkatkan kadar gula dalam darah. Namun, ibu hamil juga harus tetap menghadkan minuman dan makanan manis. Elakkan minuman sejuk berais.

Kemudian boleh ibu hamil mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat simpleks seperti kurma. Seterusnya bolehlah mengambil makanan tetapi dengan jumlah yang sederhana sahaja. Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa kerana bimbang anda akan berasa lemah. Makan secukupnya sahaja. Lepas solat terawih boleh sambung makan lagi walau hanya sedikit.

Segera Batalkan Puasa Jika Ibu Hamil Mengalami

✔️ Muntah-muntah lebih dari 3 kali kerana bimbang anda akan terhidrasi
✔️ Mengalami cirit-birit diikuti rasa memulas
✔️ Pening kepala atau rasa nak pitam

Ibu hamil yang menjalani ibadah puasa tidak perlu bimbang kalau-kalau bayi dalam kandungannya kelaparan. Ini kerana jika bayi dalm kandungan ibu lapar, secara automatiknya akan mengambil gizi dari tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui plasenta. 

Proses nutrisi yang optimum sebenarnya bermula sejak seseorang ibu itu berada di zaman kanak-kanak lagi. Seseorang yang mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sejak dari awal, akan mempunyai status pemakanan yang amat bagus dan mempunyai bekalan yang cukup sehingga ke awal kandungan

Dengan meneruskan tabiat ini, mereka bukan sahaja dapat mengelakkan kekurangan nutrien, malah mereka juga akan memastikan anak di dalam kandungannya sentiasa sihat.

0 comments:

Post a Comment