Sunday 15 April 2018

8 BAHAYA ANEMIA BAGI IBU HAMIL

8 BAHAYA ANEMIA BAGI IBU HAMIL



Antara masalah bagi ibu mengandung sangat biasa adalah anemia atau kekurangan sel darah merah. Masalah Hb rendah di kalangan ibu mengandung ini bukan lagi perkara luar biasa. Ini kerana ramai sangat ibu mengandung yang mengalami masalah ini. Kebiasaannya pada trimester pertama, bacaan Hb ibu-ibu mengandung masih lagi di tahap normal. Tetapi apabila tiba pada trimester kedua, bacaan Hb mula menunjukkan masalah. Masalah ini tidak seharusnya dipandang remeh walaupun ia sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu mengandung kerana ia boleh memudaratkan ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Punca Anemia Bagi Ibu Mengandung

✓ kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang
✓ Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
✓ Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu
✓ Kehilangan banyak darah ketika haid / hamil
✓ Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
✓ Pendahraha serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit
✓ Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talasemia

Tanda-tanda Ibu Mengandung Mengalami Anemia

✓ Kulit, bibir, kuku pucat
✓ Rasa letih dan lemah
✓ Rasa pening
✓ Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
✓ Denyutan jantung laju
✓ Sukar untuk fokus



8 Bahaya Anemia Bagi Ibu Hamil



1) Ibu Boleh Mengalami Keguguran

2) Ibu Boleh bersalin lebih awal iaitu kelahiran bayi pramatang yang boelh menyebabkan risiko kesihatan lain pada

3) Kematian janin dalam kandungan

4) Mengalami tumpah darah semasa bersalin yang boleh menyebabkan ibu berada dalam keadaan bahaya

5) Bayi mengalami kurang berat semasa lahir iaitu kurang daripada 2.5kg

6) Bayi lahir tidak cukup bulan

7) Bayi berisiko lemas semasa lahir

8) Pertumbuhan bayi terbantut

Apabila kita lihat kepada kesan yang mungkin terjadi kepada ibu dan juga bayi, ianya sangat merbahaya bukan? Hakikatnya, itu lah risiko yang mungkin diterima oleh ibu akibat daripada masalah anemia tersebut. Justeru itu, ibu perlu banyakkan makan makanan berkhasiat dan bernutrisi supaya dapat memelihara kesihatan yang baik bagi ibu dan juga untuk bayi dalam kandungan. Untuk masalah anemia, ibu perlukan zat besi secukupnya supaya dapat mengelak dari masalah kekurangan darah.

0 comments:

Post a Comment