Thursday 12 April 2018

BADAN KEMBALI CERGAS BERTENAGA SELEPAS 7 HARI BERSALIN

BADAN KEMBALI CERGAS BERTENAGA SELEPAS 3 HARI BERSALIN



Normal kalau kita lihat mereka yang baru sahaja lepas bersalin berkeadaan lemah, tak terdaya, tak bermaya, muka pucat tak berseri dan sebagainya. Perkara tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk kembali pulih seperti sedia kala. Namun, ada juga ibu yang lepas bersalin mengambil masa yang lama untuk kembali cergas bertenaga dan tampil seri di wajah. Kadang-kadang sampai berbulan-bulan pun ada.

Kenapa saya kata ibu berpantang harus cepat-cepat kembalikan kecergasan dan bertenaga? Ini kerana anda ada tanggungjawab yang baru iaitu menyusukan bayi. Jika badan lemah, longlai, tak bermaya, kurang cergas, kulit kusam dan sebagainya, anda akan mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi. Jika badan tak ada tenaga, mana mungkin badan anda akan mampu nak hasilkan susu yang banyak.

Cabaran Berpantang Anak Pertama



Saya ingat lagi masa berpantang anak sulung. Pengalaman pertama berpantang dengan ilmu yang kurang. Hihi. Jadi masa tu tak tau keadaan macam mana, cuma ikut saja flow berpantang dari hari ke hari. Saya rasa badan berat sangat walaupun dah berurut 3 hari berturut-turut. Badan saya masih lagi lemah. Dengan berjaga malam lagi sebab anak meragam dan nak menyusu kerap, dengan tak cukup tidur lagi. Pukul 6 pagi baru dapat tidur tapi sekejap sahaja sebab pukul 8 pagi nak bertungku pula dan mandi air serum. Sampai lah habis pantang baru dapat catch up semula. Badan pun dah kembali seperti biasa. Tapi bagi saya ia mengambil masa yang lama untuk recover.

Belajar Dari Pengalaman

Setahun selepas itu, saya bersalin lagi anak ke dua. Hihihi. Setahun sorang pulak kejadiannya. kali ini lain sikit sebab dah ada pengalaman pertama. Untuk berpantang kedua ni saya lebih bersedia. Saya banyak membaca tentang cara untuk kembalikan badan cergas bertenaga dalam masa yang cepat, ilmu penyusuan, pemakanan dalam berpantang sebab ia sangat penting dan banyak lagi yang saya baca. Anak yang kedua ni saya bersalin secara pembedahan sebab masa dalam labor room bayi nak cepat-cepat kelaur tapi pada masa yang sama jalan keluarnya terbuka baru 6cm. Maka bayi hampir lemas terus ditolak masuk ke dewan pembedahan. 

Disebabkan oleh saya banyak mencari ilmu untuk berkeadaan lebih baik dan tak mahu perkara sama berulang lagi, maka saya terjumpa lah satu set bersalin yang mampu mengembalikan tenaga dan kecergasan dengan cepat selepas bersalin. Saya pun beli 1 set. Saya cuba sahaja kalau betul menjadi alhamdulillah la kan. Lagi pula saya bersalin cara pembedahan jadi agak risau untuk mula consume set berpantang yang saya beli tu.

Jadi saya google sendiri tentang Set Berpantang Shaklee yang saya beli tu. Rupanya sangat bagus untuk ibu berpantang supaya dapat kembalikan tubuh badan seperti sedia kala dalam masa yang singkat. Hari ketiga saya mula consume supplemen tersebut kerana hari pertama dan kedua masih di hospital. Saya ambil ESP, ostematrix, vitalea dan vit C sahaja kecuali Alfalfa Compex sebab Alfalfa boleh ambil jika parut ceaser dah kering. Risau juga kalau lambat sembuh sebab pergerakan agak terbatas.

BADAN KEMBALI CERGAS SELEPAS 7 HARI BERSALIN



Setiap hari saya rajin ambil supplemen-supplemen tersebut tanpa skip dan selepas 7 hari saya rasa sungguh cergas dan memang bertenaga. Luka ceaser saya dah kering dan saya boleh mula berjalan seperti biasa. Orang yang datang melawat nak tengok baby pun cakap saya macam bukan orang lepas bersalin. Saya tanya kenapa? Mereka kata saya nampak ceria dan berseri saja. Alhamdulillah memang set berpantang shaklee ni sangat-sangat membantu. Bukan saya dapat tenaga dan kembali cergas dalam masa yang cepat saja, susu badan saya pun meriah, sakit-sakit belakang pun cepat hilang, sembelit pun tiada.

Pengambilan makanan kita sangat penting ketika dalam tempoh berpantang. Pemakanan adalah penentu kepada badan kita macam mana. Pernah dengar kan "You are what you eat". Itu lah dia istilah yang digunakan bukan untuk kecantikan luaran sahaja tetapi dalaman juga sama. Saya sedar pemakanan saya tak mengikut dan mencukupi keperluan zat dan khasiat yang sangat diperlukan oleh kita, maka saya ambil supplemen sebagai makanan tambahan untuk melengkapi keperluan zat tambahan saya.

Kebaikan Set Berpantang Shaklee



1) Energizing Soy Protein (ESP)

Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, ayam, daging, telur serta minum air soya. Protein cuma bertahan pada suhu bilik tidak lebih 36°c. Jadi apabila kita menggoreng dan memasak sudah pasti suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut. Ini akan mengganggu asid amino dalam protein tadi. 

Pengambilan protein yang lengkap dengan asid amino membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar yang lebih cepat dan bayi yang menyusu akan kenyang kerana ibu menyusu yang ambil ESP berpotensi untuk menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkualiti.

2) Vita C Sustained Release

Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan samada bersalin secara normal atau pembedahan serta membaik pulih tisu yang rosak akibat proses kelahiran.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan juga penting untuk kecantikan kulit.

3) Vitalea Iron

Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang. Zat besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

4) B Complex dan Asid Folik

Bertindak sebagai penenang  dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu yang sedang berpantang. Ia juga dapat meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan 

5) Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Bertindak sebagai 'kacip fatimah' kepada wanita. Membantu mempercepatkan pengecutan rahim bagi ibu bersalin supaya kembali dikedudukan asal. Selain dalaman, ia juga sebagai penggalak susu ibu dan bertindak sebagai milkbooster bagi ibu menyusu.

6) Ostematrix

Penting untuk melegakan sembelit ibu semasa berpantang kerana kandungan magnesiumnya yang bertindak sebagai pelembut najis. Ia juga membantu untuk mengurangkan sakit-sakit sendi belakang dan lenguh-lenguh badan ibu.

7) Omega

Bertindak sebagai mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang, mengurangkan sakit kepala, mengekalkan tekanan darah normal. Omega juga mempunyai asid lemak omega-3, EPA dan DHA untuk mengurangkan keradangan dan menggalakkan fungsi otak dan juga membantu memecahkan lemak bagi penurunan berat badan.

Jom Berpantang Dengan Bahagia

Untuk anda yang bakal bersalin tak lama lagi dan nak dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh terus wasap saya nombor dibawah. Istimewa untuk anda yang dapatkan set berpantang bulan ini kerana ada promosi hebat. Harga lebih murah tau, rugi la tak grab bulan ini. Jangan risau saya akan beri konsultasi percuma juga khas untuk anda.


Love,
Asmarehan Alias
0129388321

Fb Page : By Asmarehan Alias

0 comments:

Post a Comment