Saturday 14 April 2018

8 TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG BUAT KALI PERTAMA

8 TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG BUAT KALI PERTAMA



Saat diberitakan bahawa kita mengandung untuk kali pertama sudah pasti ianya sangat mengujakan dan menggeambirakan semua orang disekeliling kita. Ia juga satu titik permulaan untuk ibu menerima jasad baru dalam badan ibu. Pastinya ada antara kawan-kawan, saudara mara, ibu ayah kita sendiri atau orang yang lebih tua dari kita memberi tips dan juga panduan untuk menghadapi tempoh mengandung 9 bulan 10 hari. Dalam entri kali ini, saya pun ingin berkongsi 8 tips untuk ibu mengandung buat kali pertama supaya anda rasa mengandung ini adalah satu perjalanan yang membahagiakan dan menceriakan bagi anda dan pasangan.

Kepada anda yang sedang mengandung. tahniah diucapkan! Anda bakal seorang ibu! Pelajari tips berikut bersama-sama

8 Tips Untuk Ibu Mengandung Buat Kali Pertama

1) Bersyukur

Pertama sekali anda perlu lah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan anugerah terindah yang bakal melengkapkan dan mewarnai kehidupan anda bersama pasangan. Sujud syukur tanda anda mensyukuri kehadiran cahaya mata ini. Buat lah solat hajat untuk meminta dipermudahkan tempoh kehamilan dan diberi kesihatan yang baik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Sentiasa berdoa dan berzikir agar hati tidak mudah rasa tertekan jika ada masalah tertentu dan minta supaya sentiasa lebih tenang kerana ibu mengandung sebolehnya perlu elak dari stress.

2) Membuat Buku 'Pink'

Setelah yakin bahawa keputusan ujian air kencing menunjukkan tanda positive, anda boleh mula membuat buku 'pink' iaitu buku rekod kesihatan ibu dan anak. Pergi ke klinik berhampiran dan memberitahu bahawa anda hamil. Anda juga sebaiknya semak terlabih dahulu tarikh akhir menstruasi anda agar memudahkan anda dan pakar kesihatan untuk mengetahui usia kandungan dan menentukan tarikh jangkaan bersalin. Setelah itu, anda akan dibekalkan buku 'pink' tersebut yang mengandungi butiran peribadi anda dan dan suami serta keputusan ujian pemeriksaan antenatal. Ujian air kencing seerta ujian darah akan dibuat setiap kali ada temujanji.

3) Mengambil Makanan Tambahan

Pengambilan makanan adalah sangat penting untuk ibu mengandung kerana nutrisi yang diambil ibu akan dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Berkhasiat pemakanan ibu, maka berkhasiat juga lah yang bayi akan dapat dan sebaliknya. Tetapi disebabkan oleh pemakanan hari ini yang terlalu kurang nutrisi samada dai buah atau sayur, maka ibu mengandung sangat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan (supplemen) yang sesuai dengan anda. Pihak klinik biasanya akan membekalkan vitamin seperti asid folik dan obimin untuk pengambilan ibu setiap hari. Tetapi ketahuilah bahawa ianya sangat tidak mencukup keperluan anda. Anda boleh memilih makanan tambahan lain untuk diamalkan. Pilihlah makanan tambahan yang berasaskan sumber semulajadi, selamat dan berkesan. Tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

4) Berhenti Mengambil Sebarang Ubat



Sebaik sahaja anda mengetahui yang anda kini hamil, berhenti dari mengambil sebarang jenis ubat-ubatan seperti panadol. Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan kerana menghidapi penyakit tertentu, maklumkan kepada doktor bahawa anda hamil agar anda dibekalkan ubat alternatif yang selamat untuk kandungan anda. Perlu diingatkan bahawa sesetengah ubat boleh memudaratkan kandungan

5) Jangan Merokok

Sebenarnya jarang bagi wanita yang merokok. Namun ada saja yang merupakan perokok tegar. Jika anda merokok dan mengetahui bahawa anda hami, sila hentikan segera tabiat merokok. Ini kerana, merokok akan menyebabkan keguguran dan bayi mati selepas dilahirkan atau mati mengejut. Jika hidup, bayi tersebut akan mengalami banyak komplikasi kesihatan. Nikotin yang terdapat dalam rokok adalah sangat merbahayakan nyawa bayi dalam kandungan. Berhenti merokok dengan segera dan mulakan amalan gaya hidup sihat. Sayangi bayi di dalam kandungan anda. Bukan para isteri sahaja, suami yang merokok pun sebaiknya mengurangkan tabiat tersebut untuk kesihatan dan keselamatan bayi.

6) Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Sebelum mengandung lagi sebenarnya perlu amalkan pemakanan yang sihat. Apatah lagi mengandung, anda harus menjaga pengambilan makanan. Pastikan mengambil makanan yang memberi manfaat kesihatan untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Jauhi dari mengambil minuman beralkohol, elakkan mengambil makanan ringan dan segera, kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan tumbesaran bayi. Hindailah buat sementara waktu atau lebih bagus elakkan terus.

7) Kawal Berat Badan



Ketika hamil, cubalah untuk mengawal kenaikan berat badan anda. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak tanpa membuat senaman ringan dalam sehari. Jangan pula anda berdiet kerana badan ibu hamil sangat memerlukan nutrisi. Cara untuk mengawal berat badan adalah anda hanya perlu makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap. Pantau setiap hari kenaikan berat badan anda dengan membeli penimbang.

8) Elak Kerja Berat

Ibu hamil perlu mengelakkan dari membuat kerja berat lagi-lagi pada peringkat awal kehamilan seperti angkat perabot, basuh baju guna tangan, mencuci tandas dan sebagainya. Namun, jangan lah anda memanjakan diri pula. Buatlah kerja-kerja ringan sahaja seperti menyapu, mencuci pinggan, meneglap meja atau apa sahaja kerja ringan yang lain. Ibu hamil juga diingatkan jangan berdiri terlalu lama.

Proses kehamilan adalah satu tempoh yang agak panjang. Ianya penuh dengan cabaran dan dugaan sebelum kelahiran. Kesihatan perlu dititikberatkan dan ia adalah perkara utaman bagi seorang ibu mengandung kerana ia berkaitan dengan bayi dalam kandungan. 

Justeru itu, seeloknya suami perlu sentiasa ada disisi isteri untuk memberi sokongan dan menjadi tempah dikala isteri ingin meluah rasa supaya memperoleh ketenangan sepanjang empoh kehamilan. Ia adalah lebih baik dan lebih bahagia insyaAllah. Hal ini dapat mengelakkan isteri menjadi stress disebabkan oleh keletihan, sakit-sakit pinggang dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment